29 November 2015

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7

Pada hari semalam 28 November 2015, telah genap 7 tahun aku dan isteri bersama-sama dalam satu perkongsian kehidupan. Alhamdulillah. Dalam tujuh tahun ini pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui bersama dengan isteri. Mempunyai tiga orang cahayamata menambahkan lagi seri seri kehidupan kami. Walau bagaimanapun aku dan isteri sentiasa mengingatkan diantara satu sama lain akan sentiasa ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi pada hari yang mendatang. Justeru itu, aku sbg suami wajib membimbing isteri dan anak-anak aku iaitu matlamat dalam hidup ini ialah mengejar Syurga Allah. Tetapi ia bukanlah suatu perkara/tugas yang mudah dilaksanakan seperti memetik api “lighter”. Ianya memerlukan kudrat dan mental yang sentiasa mempunyai ISTIQAMAH yang konsisten. Sebagai seorang manusia ,kita memang terlalai atau terleka dengan rutin harian.
Tujuh tahun di alam perkahwinan, aku yakin kita akan mula sentiasa mencari titik persefahaman dengan pasangan kita isteri. Kita juga sebagai suami mungkin akan membayangkan perubahan demi perubahan dalam segala aspek daripada isteri kita. Namun harus kita ingat, kita tidak boleh menjangkakan perkara berkenaan secepat yang mungkin. Namun dalam masa 7 tahun, aku dan isteri juga masing-masing telah memahami karakter , bahasa badan dan  kemahiran sosial antara satu sama lain. Sebenarnya aku dan isteri telah mula berkenalan pada tahun 1998. Sewaktu itu aku di tingkatan empat C ( Cerdas ). Isteriku di tingkatan empat A. Katagori kelas budak bijak pandai. Aku berkenalan dengan isteriku ( waktu itu terus jatuh cinta ) semasa ada persembahan seni drama bersama pelajar senior tingkatan 5. Waktu itu aku dapat watak jadi CROOK..kah3x. Selama 10 tahun kami berkawan , pada 28 November 2008 ,kami pun diijabkabulkan. Allah telah menentukan jodoh itu pada kami berdua walaupun isteriku ada juga lelaki yang suka pada dia sebelum ini. Kenangan semasa bertunang hampir setahun setengah juga  , menjadi ujian kpd aku dan isteri pada waktu itu.


Itu kisah lama kami. Kami simpan dalam ingatan. Sekarang aku berazam memperbaiki hubungan dan amalan dengan Allah S.W.T pada setiap hari bersama isteri dan anak-anak. Allah tempat kita bergantung.  Aku mengharapkan kehidupanku ini diberkati,diredai dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Aku tidak mahu gagal dalam menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan kepadaku. Teringatkan sahabat-sahabatku yang gagal dlm perkahwinan mereka walaupun belum sampai 1 dekad mereka berkahwin. Iye aku kasihankan mereka.Aku kasihan anak-anak mereka yang masih kecil. Tetapi itulah ujian yang mereka terpaksa tempuhi.
Usia perkahwinanku baru 7 tahun. Seperti kanak2x baru bersekolah dalam darjah satu. Bermakna aku masih lagi mentah lagi dalam alam perkahwinan ini. Banyak ilmu rumah tangga serta ilmu keibubapaan yang perlu aku pelajari dan praktik bersama dengan isteriku. Sedemikian aku juga mendoakan kpd blogger yang membaca artikel ini , semoga alam perkahwinan kalian sentiasa berada dalam perlindungan Allah,dalam Rahmat Allah dan dalam keberkatan. Jomlah kita sebagai suami bersama isteri dan anak2x kita mengejar syurga yang hakiki.

1 comment:

Amie said...

Tahniah! 7 tahun usia perkahwinan sebenarnya sudah boleh menjadi batu yang kukuh dalam alam rumahtangga. Rumahtangga perlu dibina dengan batu bata kesetiaan, kasih sayang, kesabaran, tanggungjawab dan keinsafan. Moga bahagia hingga ke syurga.