14 August 2017

Bola Nike Ordem 5 bola rasmi Premier League 2017/2018

Nike yang menjadi pembekal bola rasmi untuk musim 2017/2018 telah memperkenalkan bola baru keluaran syarikatnya iaitu Ordem 5. Bola baru ini  digunakan buat pertama kali semasa perlawanan di antara Arsenal dan Chelsea dalam Piala Community Shield dan seterusnya perlawanan pada hujung minggu yang lalu. Ini adalah musim ke 18 bagi Nike yang telah menjadi pembekal bola rasmi EPL sejak tahun 2001 yang menggantikan bola berjenama Mitre. Nike menjadi pembekal bola rasmi Premier League dengan bermula bola Nike Geo Merlin.





Sejarah Nike Ordem.
Pada tahun 2014/2015 Nike memperkenalkan bola yang diberi nama Ordem 2 kepada seluruh peminat bola sepak dunia. Tidak dapat dipastikan, mengapakah syarikat sukan yang paling bernilai sekarang ini terus meletakkan nama Ordem 2 bukan Ordem 1. Ordem 2 menggantikan bola Nike Incyte yang telah digunakan pada musim 2013/2014. Pada musim 2015/2016 Nike tampil dengan bola rekaan baru menggunakan nama Ordem 3 pula. Bagi musim 2016/2017 Nike memperkenalkan pula bola Ordem 4. Warna bola Ordem 4 ini sangat menarik perhatian kerana menggunakan warna pelangi. Kemajuan teknologi dalam sains sukan yang digunapakai oleh Nike membuatkan rekaan dan bahan bagi penciptaan bola itu sentiasa mempunyai maju dari semasa ke semasa.

Nike Ordem 5 yang memperlihatkan warna-warna yang terang digunakan pada bola berkenaan seperti kuning, oren,hitam dan biru. Beberapa teknologi yang diterapkan kepada bola Ordem 5 seperti Graphical Motion Distorted' nya berkilat ketika bola berputar, untuk membantu para pemain dapat melihat bola lebih cepat dan membuat keputusan cepat ketika mereka bertindak balas terhadap permainan di sekelilingnya. Begitu juga teknologi. Grafik dicipta dengan menggunakan dakwat 3-D yang menambah rasa bertekstur untuk cengkaman yang lebih baik dan sentuhan yang lebih baik. Sebaliknya putih, oren, dan hitam membantu membuat bola mudah dilihat oleh pemain sedang beraksi. Selain sebagai pembekal bola kepada PL , Nike juga menjadi pembekal bola rasmi kepada Liga Spanyol (Spanish La Liga) dan Liga Itali ( La Liga Italania)

Bagi seorang pemain bola sepak professional berkelas dunia, atau tempatan , ciri rekaan bola boleh menjadi faktor prestasi pemain itu untuk memberikan aksi yang terbaik di dalam padang dan cuba memenangi setiap perlawanan yang telah dijalankan.



Bola rasmi Premier League

Sumber


No comments: