17 February 2014

Biskut OAT Snek Yang Sihat


Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sihat atau sedang berdiet untuk menurunkan berat badan, aku mencadangkan belilah biskut OAT 25 keluaran Julie's ini. Biskut OAT ini berperisa strawberry.Ia sangat sedap .Sebelum ini aku pernah membeli biskut OAT tapi rasanya tawar membuatkan aku tawar hati untuk membeli biskut OAT . Namun apabila sudah terjumpa biskut OAT berperisa Strawberry ini , ia sebagai pengganti kepada snek yang tidak sihat untuk diri sendiri , isteri dan anak-anak aku pada setiap hari.

Ada seorang sahabat aku satu tempat kerja yang sama sedang berusaha menurunkan berat badannya.Badan dia tidaklah besar atau terlebih besar.Cuma dia mahukan badan yang FIT  dan sesuai dengan ketinggiannya.Diet sahabat ini ialah tidak menjamah nasi. Dia berdetnya pada setiap hari dan kekal mengamalkannya pada tempoh 10 hari ini.Menurutnya,pada waktu pagi sebelum pergi kerja,dia akan makan 2 keping roti berkaya,atau makan oat dan minum secawan air manis. Pada jam 10.00  pagi ,dia akan mengambil pula makanan buah-buahan atau kuih muih dan minum air masak sahaja.Semasa menunggu lunch hour dia ,akan makan biskut oat bagi mengurangkan kelaparan. Pada waktu tengahari dia, akan mengambil semangkuk sup,samaada,ayam,daging, atau sayur diselangi buah-buahan.Pada jam 05.00 ptg dia akan makan laksa ataupun roti bakar,pisang goreng dan kuih muih.Jam 08.00 malam katanya dia akan makan telur dadar ataupun 2 ketul ayam goreng.Setelah 10 hari dia mengamalkan diet sedemikian ,hasilnya dia dapat menurunkan berat badan sebanyak 3 kilogram.Seluar jeans yang sebelum ini dia pakai agak sempit , tapi telah selesa di pakai sekarang.Tshirt bersaiz XL sebelum ini di pakai ditukar kepada saiz L . Rumusannya , dia amat gembira kerana sasaran dia telah tercapai dan dia berusaha menurunkan berat badannya 7 kilogram lagi dalam tempoh 3 bulan.

Apakah motivasi dia membuatkan dia mahu mendapatkan fizikal badan yang baik?Katanya dia mahu nampak yakin dan orang selesa memandangnya.Kira mahu tampak maskulin.Tapi matlamat utamanya ialah ingin mengelakkan diri dari terkena penyakit semasa muda lagi. Contoh penyakit seperti Diabetes,J antung,Darah Tinggi dan sebagainya.Walaubagaimanapun ,ada satu benda yang dia belum mampu buat lagi iaitu berhenti hisap rokok.Untuk berhenti hisap rokok memang memerlukan kekuatan hati yang kuat.Rokok ini ibarat macam Mat Gian yang perlukan dadah.Aku berharap dia boleh melakukannya untuk berhenti dari menghisap rokok.Berhenti hisap rokok adalah lebih baik untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang.


Kesihatan perlu dijaga kerana selagi masih sihat kita mampu memberikan khidmat kita dalam pekerjaan kita sehingga sampai tempoh bersara wajib.Jikalau tidak sihat atau telah terkena penyakit maka kuranglah produktiviti dalam pekerjaan.


7 comments:

suri said...

amat suka jenis boleh di bawa kemana-mana diat bagus ni

Diyanazman said...

bro try la green smoothie macam aku duk makan tu. org tak diet pun elok makan terutama org yg tak suka makan sayur macam aku :)

Denaihati said...

biskut ni sedap makan macam tu je. bukan anak-anak je suka, kita pun boleh tumpang sekaki...heeee

Hafizul said...

Suka juga makan biskut ni..hehe

puteri kasih said...

biskut oat selalunya puteri tak berapa nak suka..tapi yang ni ada strawberyy eh? nanti nak cuba la juga :)

Anonymous said...

Boleh try nie...

mahmud thalut said...

Assalam
Nampaknya, ada juga merasa makan biskut tersebut. Boleh tahan.