06 December 2015

Buah Pir Nikkori dan Ubi Keledek Ibaraki

Pada 30 November 2015 ( Isnin ) kelmarin , aku berkesempatan menghadiri satu program di AEO Big (M) Sdn Bhd di MidValley untuk menyaksikan pelancaran produk buah-buahan yang di import dari negara Matahari Terbit iaitu “Tochigiri Nikkori Pear” dan Ibaraki Sweet Potato. Pemasaran buah Nikkori Pear dan Sweat Potato ini adalah menambahkan pilihan kepada warga Malaysia khususnya , mereka yang suka makan makanan  yang sihat , segar dan berkualiti tinggi.

Tochigi Nikkori Pear merupakan buah pir baru yang dibangunkan oleh Persekutuan Kebangsaan Persatuan Koperasi Pertanian ( Zen-Noh ) di Jepun. Penanaman buah Pir ini dilaksanakan di wilayah Tochigi. Manakala ubi keledek Ibaraki dihasilkan di wilayah Ibaraki. Ia merupakan pengeluar kedua terbesar ubi keledek  di Jepun. Justeru itu AEO Big menjadi pasar raya besar yang pertama di Malaysia memperkenalkan produk pertanian inovatif ini .Menurut Pengarah Urusan AEON Big , Mitsuru Nakata dalam ucapannya , syarikatnya berhasrat akan memperkenalkan lebih banyak lagi produk berasaskan pertanian Jepun kepada pasaran Malaysia pada masa akan datang dengan kerjasama Zen Noh.Buak Pir ini besar dan seberat hampir 1 kilogram. Rasanya amat manis dimakan. Ubi keledek Ibaraki pula juga manis. Aku dapat juga membawa bali 2 biji Buah Pir dan Ubi keledek untuk dikongsi dan keluargaku. Iya mereka pun merasakan buah itu sangat sedap. Namun mereka terkedu apabila aku katakan buah itu mahal dengan harganya RM22.90/biji.











Ini ialah satu event buat pertama kali aku hadirinya. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blogger Femos iaitu Broframestone kerana sudi memberikan aku peluang dalam menghadiri majlis yang seumpama ini. Ini menambahkan lagi satu pengalaman yang bernilai bagi diri aku dalam dunia blogging dan sedikit bidang media sosial apatah lagi majlis ini merupakan majlis syarikat yang besar seperti AEON Big. Di dalam majlis itu juga aku dapat bertemu dengan beberapa orang blogger yang mempunyai reputasi tinggi , tetapi aku belum mengenali sangat mereka sbg blogger yg comel itu. Aku tidak pasti dapat menghadiri majlis seumpama ini lagi pada masa akan datang atau pun tidak.



Jauh perjalanan,luas pengetahuan , bertambah pengalaman. Walaupun aku turun ke KL dari Segamat dengan memandu kenderaan sendiri sampai Seremban dan menaiki KTM menuju Mid Valley pula , ia sangat berbaloi. 

1 comment:

iuzira said...

sedap sweet potato tu nak beli lagi tp xtau la harganya brapa