29 October 2015

Gadis Mualaf

Usai solat berjemaah Subuh di masjid, aku bergegas keluar dari masjid kerana mahu membeli sarapan pagi sebagai bekalan isteriku yang akan mula bekerja shift pagi pada hari ini. Tiba-tiba, aku ternampak seorang gadis berdiri di hadapan pintu. Aku memandang pada wajahnya."Siapa pula gadis ni?" getus hatiku. "Assalamualaikum" gadis yang bertudung hitam labuh memberi salam padaku."Waalaikummussalam",aku menghampiri dia. Dalam hatiku pula , teragak-agak untuk mengejar masa membeli sarapan atau memberikan sedikit masaku pada dia."Cari siapa?"soalku."Saya hendak mencari AJK Masjid,ada tak?"dia memberi jawapan dengan suara yang lemah. "Oh,ada.Tapi kenapa ye?", aku bertanya lagi. Gadis itu menceritakan padaku. Dia hendak balik ke Kuala Lumpur pada hari ini tetapi tiada wang walaupun satu sen. Dia datang ke sini pada hari semalam dari Kuantan dengan menaiki bas untuk meminta pertolongan saudaranya.Kuantan merupakan tempat tinggal ibubapanya. Namun saudaranya juga tidak dapat membantu juga "Boleh saya melihat surat itu?"aku meminta izin melihat surat yang dibawa bersamanya. Aku meneliti surat itu. Surat daripada PERKIM. Pengesahan menyatakan bahawa gadis ini telah memeluk Islam pada 07 Oktober 2015 yang bernama Siti. Ah..aku ingat Siti sahaja namanya.Lahir pada tahun 1989.Benar.dia seorang gadis muda. Ada tandatangan pegawai pada surat itu tetapi aku terlupa akan namanya. Kalaulah aku bawa handset ,memang aku ambil gambar surat itu. Siti juga memaklumkan padaku bahawa dia juga sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur dan mata sebelah kirinya juga kabur.Ye aku dapat melihat matanya yang agak merah dan ada kad rawatan tertulis namanya daripada Hospital Kuala Lumpur.Allahu Akbar.Besar sungguh ujian yang Siti lalui.

"Alhamdulillah,tahniah Siti kerana kamu memilih agama fitrah."Dia senyum melirik sahaja namun aku melihat sedikit pucat pada wajahnya. "Dah solat Subuh?Kalau belum kamu naiklah dan solat dulu". Aku memberitahunya.Apa jua sekalipun menempuh kesusahan biarlah solat diutamakan dulu. "Saya tidak boleh masuk masjid,saya uzur." ujar gadis mualaf itu. Aku cuma mengangguk Aku memaklumkan hal ini kepada ketua kampung yang sering solat Subuh berjemaah usai mereka selesai mengaminkan doa. Selepas sedikit perbincangan, aku dapat mengumpulkan jumlah kutipan dan diserahkan kepada gadif mualaf ini. Jumlahnya dalam RM 70.00. Dia mengucapkan  terima kasih dan rasa sangat bersyukur ke atas pertolongan yang dihulurkan. Dalam serba salahku juga , aku menawarkan diri untuk menghantarnya ke stesen bas Segamat. Bukannya dia tahu selok belok Segamat ini. Inilah kali pertama dia sampai ke Segamat. Itupun hanya sampai di sebuah pekan kecil iaitu Buloh Kasap. Namun dia menolak dengan baik. Katanya , biarlah dia meminta pertolongan saudaranya untuk menghantar ke stesen bas. "Baiklah Siti,semoga kamu selamat dibawah perlindungan Allah S.W.T. dan selamat sampai di Kuala Lumpur" ujar aku padanya sebelum aku berlalu pulang. Dalam perjalanan, aku memikirkan nasib insan-insan yang baru sahaja memeluk Islam. Selama ini aku cuma membaca di media akhbar mahupun media massa. Seringkali mendengar rintihan mualaf dengan dibuang keluarga,hilang kawan,hilang saudara dll. Namun ada juga mualaf yang mendapat respon yang baik dari keluarga dan sanak saudara yang memeluk Islam. Mungkin asas kefahaman Islam ada pada mereka masuk Islam bukan masuk Melayu, dan masuk Islam tidak memutuskan hubungan keluarga apatah lagi dengan ibu bapa. Pada kali ini aku menghadapi dengan sendirinya pula. Bagiku Allah menghantar ujian padaku pada waktu Subuh yang hening. Ingin melihat bagaimana hambaNya menguruskan ujian itu. Kalau aku tidak tolong dia , aku takut di akhirat nanti aku akan di soal tentang hal ini.

Hal yang aku lalui membuatkan aku bersemangat untuk membantu mualaf yang baru memeluk agama Islam . Bagiku,mereka sangat menghayati Islam. Mereka lebih fokus dan tekun untuk mendapatkan kedudukan yang baik di sisi Allah S.W.T. Manakala aku yang lahir sebagai Muslim kadang-kadang lalai dan leka dgn nikmat dunia, hawa nafsu dan godaan syaitan. Semoga Allah menerima taubat dan keampunanku. Jam 07.15 pagi aku menghantar anak-anakku ke rumah emak mertua. Aku melalui jalan masjid dan menjengah untuk melihat kelibat gadis mualaf itu seandainya ada. tetapi barangkali saudaranya telah menjemput dia. Dalam perjalanan menuju pejabat, hatiku meronta untuk mencari gadis mualaf di stesen bas. Akhirnya jam 08.20 pagi , aku keluar dari pejabat menuju ke stesen bas. Di stesen bas ,aku cuma mengambil masa dalam 10 minit sahaja berjalan sambil mataku melihat seorang demi seorang dengan harapan aku dapat menemui gadis itu namun tiada kelibatnya. Ahh..Barangkali mungkin dia telah menaiki bas jam 08.00 pagi atau mungkin masih berada di rumah saudaranya.InsyaAllah,ia bukan soal gadis muda atau tidak.Ia merupakan tanggungjawab dan keprihatinan kita sebagai Muslim. kalaulah ditakdirkan nyonya yang datang ke masjid pada waktu itu, kita hulurkan pertolongan juga. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi peringatan muhasabah untuk diriku.

 




No comments: