23 September 2014

Umur 32 Sambung Belajar??Salahke??

Umur 32 tahun baru hendak sambung belajar?Apalahkan?12 tahun lepas dpt peluang belajar,diri sendiri yang telah menggagalkan.Ini dah kerja 9 tahun,dah ada keluarga,dah ada anak 3 org.Baru nak pi sambung belajar.Kawan2x,jangan jadi macam aku ye.Dpt peluang smbung belajar ke peringkat Ijazah atau Diploma belajar bersungguh2x ye.Emak dan ayah kalian menaruh harapan tinggi melihat anaknya berjaya mengenggam segulung ijazah atau diploma.Melihat,mendengar atau mengetahui sahabat2x aku berjaya menjadi seorang profesional dlm bidang perguruan,peguam,dan menjadi pegawai atasan dan adakalanya menjadikan aku spt tidak berdiri sama tinggi,duduk sama rendah spt mereka.Justeru,bulan Jun lepas,aku mendaftarkan diri sbg pelajar epjj UiTM dlm jurusan Diploma.Belajar itu sepanjang hayat beb.Telah beberapa kali masuk dalam suratkhabar ada shj anak beranak sama2x menerima sijil dalam konvensyen penerimaan anugerah masing2x setelah tamat belajar.Hati aku pula berkata,aku pun mesti smbung belajar untuk menimba ilmu yg baru.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kita dan dimanfaatkan untuk diri sendiri dan kpd orang lain.Dan sebagai platform aku untuk memohon jawatan yang lebih tinggi.Jadi aku menganggap aku mencabar diri.Aku teringat kata2x Tuan DenaiHati yg dinukilkan dalam FBnya kelmarin,"Ada ketika kita perlu korbankan masa rehat kita,tidur beberapa minit sahaja dan berjalan beribu kilometer demi mencapai cita2x kita atau menguruskan masalah kita kerana banyak masa kita yg santai dan tidak memaksa diri".Aku simpan dan pegang kata2 hikmat itu untuk dijadikan Motivasi diri aku.Dan esok aku akan menghadapi peperiksaan akhir.Bermula 24 Sept.-11 Oktober 14.Aku tidak banyak membuat persiapan yg rapi bagi menghadapi peperiksaan ini,tapi aku cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.Maklumlah aku ini telah berkeluarga dan berkerjaya.Jadi mesti banyak masa aku yg perlu di bahagikan .Aku cuba menguruskan masaku sebaik mungkin agar ia tidak membazir begitu shj.Besar hasrat dan impianku agar aku berjaya ke semester ke 2 dan seterusnya mendapatkan keputusan yg baik dengan usaha mengulangkaji pelajaran di saat akhir yg berterusan sehinggalah habis peperiksaan yg aku ambil.Hanya doa dan puasa sunat menjadi senjata penting kepadaku supaya mampu menjawab soalan peperiksaan dgn baik.Aku telah pun merangka frame kehidupan dengan matlamat yg jelas agar nampak visi kehidupan aku yang diinginkan.Semoga Allah s.w.t melancarkan urusan dan cita2xku ini.Aku mengucapkan terima kasih pada ibuku dan juga isteriku kerana menjadi pendorong yg kuat di belakangku untuk menjadi seorang yang berjaya.Aku sangat menghargai mereka berdua.Tidak lupa pada anak2xku yang  menjadi sumber inspirasi.Mereka juga menjadi motivasiku untuk tidak banyak berehat dan bekerja keras dalam melayari bahtera keluarga sebagai pemimpin .

Adakah anda juga seorang pelajar epjj ? Jika iye kongsikanlah rahsia dan tips untuk menjadi pelajar yg berjaya.Yang pelajar fulltime tidak kira mana tempat belajar sekalipun dialu-alukan juga.
Sahabat seperjuangan.Semoga kita kekal begini sehingga berjaya akhirnya
Baru kenal tetapi ramahnya seperti telah bertahun kenalnya.

10 comments:

Unknown said...

Takpe.. ayah mertua saya ambik degree pada usia 50 tahun =) Nak cabar anak-anak katanya =)

Salam perkenalan. Jom follow

http://butikgebugebu.blogspot.com/

PuteraOhtraBulan said...

Iye.itulah.Menjadikan anak lebih bermotivasi untuk belajar lebih gigih lagi. :)

Ana Jingga said...

usia bukan halangan, asalkan ada kemahuan, All the best, singgah sini ..nice blog POB.. :)

PuteraOhtraBulan said...

Ye benar.Usia bukan halangan lagi dalam mengejar cita2x..

Anonymous said...

Sy pon umo 32 , becadang nk sambung belajar juga

Unknown said...

Ilmu tak pernah habis untuk dipelajari , lagi banyak kita pelajari..sebenarnya baru kita tsu lagi banyak yang kita tak tahu... Buat yang terbaik..akak tak minat sambung belajar..tapi madih belajar gak..ilmu intenet utk perniagaan.

ayukamarudin said...

wah tahniah sebab sudi sambung belajar lagi, saya pun still fulltime wpun dh 33 and anak dua.. chaiyok2.. hanya Allah swt tahu samaada ketabahan kita teruji atau tidak waktu tgh belajar nih. all the best ye

PuteraOhtraBulan said...

Terima kasih Hidayu kerana sudi menjengah blog ini.BENAR,ketabahan kita teruji dan sbb itu sangat bergantung kpd Allah s.w.t.Biar susah dulu,senang kemudian.Menuntut ilmu utk menambahkan pengetahuan dan keprofesionalan kita dalam kerja kita.Lagi2x sbg public servant. :)

Dyinaz said...

Dimana untuk terus pengajian sy diwaktu umur 30an mcm nih

Dyinaz said...

Dimana untuk terus pengajian sy diwaktu umur 30an mcm nih