26 October 2015

Suami Juga Perlu Bentangkan Bajet 2016 Keluarga

Pada hari Jumaat yang lalu , Perdana Menteri yang kita kasihi ( heh3x) telah membentangkan Bajet 2016 di Parlimen dengan tema Mensejahterakan Kehidupan Rakyat . Namun apa jua sekalipun baik buruk Bajet 2016 yang telah dibentangkan, apakah kita sebagai ketua keluarga telah membuat Bajet 2016 untuk keluarga kita pula?Pada pandangan saya dalam menjalani kehidupan seharian , dengan gaji bulanan yang diperolehi , seharusnya kita suami+isteri harus berbincang mengenai pengurusan perbelanjaan harian . Tujuan merancang kewangan keluarga kita ialah supaya kita tahu kemanakah perginya duiit gaji yang kita perolehi. Dengan adanya perancangan perbelanjaan , kita boleh mengatur kewangan kita dengan baik . InsyaAllah. Di dalam dunia yang semuanya memerlukan duit dan kerana peningkatan kos , setiap sen yang kita belanjakan harus kita ketahuinya. Bukanlah kita dianggap sebagai seorang yang teliti dan kedekut , tetapi ia sebagai satu langkah untuk menyelamatkan duit kita dari berbelanja berlebihan dari yang sepatutnya.

White Board Kewangan Keluarga


Tips Bajet Keluarga
Suami = Menteri Kewangan
Isteri = Menteri Ekonomi

Suami sudah boleh membuat Bajet 2016 untuk keluarga serumah.Suami bentangkan bajet pada isteri dan anak2x.Terangkan kedudukan pendapatan terkini dengan  telus.Berikan keutamaan bajet spt sewa rumah,duit kereta,bil2x utiliti dan yuran sekolah anak.Kemudian barulah diikuti yang lain spt belanja barang dapur,petrol,duit kutu,belanja diri sendiri dll.Yg penting agihkan 5-10% drpd pendptn sbg simpanan terlebih dahulu.Di dalam perbelanjaan harian, saya akan merekod setiap perbelanjaan yang saya lakukan di dalam sebuah buku kecil. Saya juga mempunyai 1'white board' yang diletakkan di dalam bilik tidur saya. Saya akan menulis di white board berkenaan jumlah gaji yang saya dan isteri perolehi dan item-item yang perlu diselesaikan setiap bulan. Justeru itu Menteri kewangan dan menteri ekonomi rumahtangga mestilah sentiasa sama2x memantau perbelanjaan yg dilakukan. Semoga tips ini boleh menjadi satu comtoh kepada anda sebagai seorang suami yang berdedikasi dan bijak menguruskan kewangan keluarga. InsyaAllah

Sekian terima kasih.
Y.benar,
Perunding kewangan keluarga amatur
University of Experience & Open eyed

1 comment:

akubiomed said...

Betul kena rancang belanjawan keluarga memandangkan kos sara diri semakin meningkat.