23 October 2015

Sambutan 20 Tahun Filem Dilwale Dulhania Le Jayange

Bagi mereka yang dilahirkan pada tahun 70an,80an sehinggalah 90an mungkin merupakan peminat filem Hindustan iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange (DDLJ). Bagi peminat filem ini juga mungkin telah menonton satu ‘trailer” bagi menyambut ulangtahun ke 20 filem lakonan Shah Rukh Khan (SRK) sebagai Raj dan Kajol sebagai Simran di dalam (DDLJ) ini. Filem ini ditayangkan pada 20 Oktober 1995 adalah diakui oleh seluruh peminat Bollywood seluruh dunia bahawa ia adalah filem paling romantik menyentuh perasaan bagi sesiapa yang telah menontonnya. ( HOW SWEET). Aku akui bahawa aku juga merupakan peminat filem Bollywood pada zaman 1990an sehinggalah tahun 2000 di mana filem SRK termasuk DDLJ ini sebagai kewajipan untuk ditonton sekiranya ia keluar di dalam tv atau menontonnya di dalam VCD ( masa tu mana ada DVD ).Kebiasaanya ia ditayangkan samada di TV2 atau di TV3 pada setiap hari Sabtu. Tapi itu dulu kerana  filem Bollywood sekarang  sangat bosan. Pada hari Khamis (semalam) Sinar Pagi oleh trio Krill,SY dan KE pun ada bercakap mengenai filem ini. Komen dan cerita kenangan daripada setiap pemanggil Sinar Pagi pada hari semalam itulah realitnya. 

(DDLJ) ini berjaya menggondol 10 trofi dalam Filmfare Awards termasuklah Filem Terbaik, Pelakon Terbaik,Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik pada tahun 1996. “Trailer” yang aku sebutkan diatas  juga dibintangi oleh SRK dan Kajol sendiri. Ia sangat menarik ditonton. Walaupun SRK dan Kajol  telah menjangkau umur 40 tahun tetapi auranya telah mengembalikan nostalgia  memori indah filem berkenaan. Aku suka tonton trailer itu dan berkali2x aku menontonnya. Part yang best  dimana SRK ingin memberikan sekuntum bunga yang sebenarnya ia adalah ‘trick’ untuk mengenakan Kajol itu sendiri, ia sama dalam filem (DDLJ) itu. Namun di  dalam dunia realitinya mereka tidak berkahwin antara satu sama lain. Cuma yang ada ialah “chemistry lakonan” mereka sangat hebat.  Bagi aku filem itu masih relevan untuk ditonton lagi pada zaman sekarang ini

Filem Dilwale Dulhania Le Jayange (DDLJ) ini dibawah arahan pengarah hebat iaitu Aditya Chopra ini mempunyai rangkaian lagu yang hebat oleh alunan suara seperti Udit Narayan, Lata Mangeshkar dan Manpreet Kaur. Selain SRK dan Kajol, antara nama besar yang membintangi file mini seperti Amrish Puri, Farida Jalal,Anupam Kher,Karan Johar, Mandira Bedi dan Pooja Ruparel. SRK dan Kajol juga mencipta poster DDLJ 2015 dimana SRK mendukung Kajol. Itulah yang akan menjadi legendanya dan akan terus diingati sebagai filem Bollywood yang sangat hebat.

Picking Kajol Again -SRK-


P/s : Ada filem Malaysia yang gah boleh disambut sebagai legenda oleh pelakon yang sama nanti?

No comments: