11 October 2015

Hari Sukan Negara # Fit Malaysia Meriah

“Tidak sampai 40% penduduk Malaysia yang menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian mereka”. Begitulah intipati ucapan Y.B Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap ADUN kawasan Kemelah dalam perasmian program Hari Sukan Negara yang berlangsung di dataran Segamat pada hari Sabtu (semalam). Aku memang sudah lama tidak melakukan apa jua aktiviti senaman sehinggalah pada hari semalam

Orang ramai mula membanjiri kawasan dataran

Pelepasan Belon-belon tanda rasmi hari sukan negara bermula


Program Hari Sukan Negara yang serentak dilaksanakan di seluruh negara membuatkan keinginan aku menyertai program sukan ini membuak-buak. Pada pukul 7.30 pagi kami sekeluarga keluar dari rumah menuju ke Dataran Segamat. Mengejutkan anak-anak di awal pagi juga bukanlah satu masalah lagi kerana mereka telah terbiasa dengan rutin harian aku bersama mereka. Aqil dan Dahlia juga berasa seronok dan teruja untuk menyertai aktiviti senaman ini. Sampai di dataran Segamat , aku mendaftarkan diri dulu untuk mendapatkan cabutan nombor bertuah dan sedikit goodies ( air kotak dan roti ). Lebih kurang setengah jam juga aku menunggu sebelum program ini bermula di mana ia dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Ayub bin Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Johor. Bermula dengan nyanyian Bangsa Johor , Negaraku , bacaan doa dan seterusnya perasmian program ini. Ia bermula dengan senaman “warming up” ( pemanasan badan dulu).Dalam aturcaranya dipanggil J-robik. Nama pun J-robik, diiringi dengan lagu , aku pun cubalah step seperti yang instructor senaman di atas pentas tunjukkan. Aku dan isteriku , kami bersebelahan sahaja. Manakala anak-anak aku berada di depan kami.  Aku melihat Aqil paling bersemangat untuk mengikuti segala step J-robik. Takpe walaupun baru umur 5 tahun asal boleh aja Aqil. Aku dengan wife pun bukan semua step yang boleh diikuti.

J-robik berakhir dalam 20 minit selepas itu. Acara seterusnya ialah 10 ribu langkah. Maka bermulalah langkah kami untuk mara 10 ribu langkah. Aku memimpin tangan Aqil dan Dahlia berjalan , isteriku pula mendukung Ariq. Ingat baru 100 meter berjalan Aqil dah minta didukung. Kalau Aqil dah minta didukung, Dahlia pun minta di dukung juga oleh aku. Mula-mula aku pujuk Aqil supaya jalan dahulu. Bagi kata-kata semangat dan sokongan untuk mendorong dia terus berjalan. Tapi kalau dah mula buat muka poyo dia dan beritahu kaki dia dah sakit, maka terpaksa juga aku mendukung kedua-dua budak ini. Kiranya aku membawa beban hampir 30 kilogram jugalah. Lenguh tangan tu. Aku mengikuti segerombolan peserta 10000 langkah sehinggalah sampai di simpang tiga aku belok ke kanan mengikuti segerombolan peserta yang lain pula. Sebenarnya jalan itu untuk mereka yang menyertai aktiviti treasure hunt dan untuk murid-murid yang berpendidikan khas. Jalan tu pula memang menuju ke tempat parking kereta aku. Macam mengelat, tapi terpaksa. Hendak buat macam mana. Memang kami tidak menghabiskan acara 10 ribu langkah itu. Namun bagi aku, ia merupakan langkah pertama untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup yang sihat. Ianya boleh memberikan pendedahan yang baik buat anak-anak aku yang melibatkan aktviti kecergasan ini.

Banyak program berteraskan aktiviti sihat dilaksanakan dalam seharian ini. Tapi isteri masuk kerja shift petang, setakat itu sahajalah aktiviti yang boleh kami sertai. InsyaAllah, ia akan berterusan. Mungkin selepas ini kami memulakan aktiviti jogging pula. Di samping itu menjaga pemakanan yang baik dan mampu membuat senaman di rumah sendiri.

Jangan habiskan air abang dulu ye
Dahlia kena habiskan roti dulu ni
Lamanya tunggu J-Robik

1,2 hiiiaaahhh..laju sangat step ni!!!

1 comment:

akubiomed said...

Pada Hari Sukan Negara saya sibuk memotong rumput di kebun orang tua. :)