07 October 2015

Hari Sukan Negara #Fit Malaysia

Lama betul aku tidak bersukan untuk mengeluarkan peluh yang dapat menyihatkan badan. Sudah lama juga aku tidak bermain futsal dan bola sepak. Mahu ada dekat setahun rasanya. Itu yang dah mula rasa macam banyak toksin dalam badan ini. Mudah penat, mengah dan tidur pun tidak berapa lena. Pemakanan yang mempunyai diet seimbang pun aku tak ikut. Bedal aja makanan yang diinginkan .Tapi sedar pulak kesan negatif kalau kita tidak menjaga kesihatan luaran dan dalaman badan.  Aku sering melayari laman web Kevin Zahari. Banyak tip mengenai cara senaman yang mudah, betul dan boleh dibuat di mana-mana sahaja seperti di rumah. Tapi sekali sahaja aku buat. Lepas itu emm….harammm.. Bila dikaitkan dengan masa aku macam tidak sempat sahaja nak bersenam ini. Ooo..tapi bila habis waktu pejabat, pergi ngeteh dan pekena roti canai boleh pulak. Huhh..ini memang berkaitan dengan pengurusan masa aku yang tidak berdisplin.

Pada 10 Oktober 2015 ( Sabtu ) ada program Hari Sukan Negara  #FitMalaysia . Program Hari Sukan Negara yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Fit Malaysia ialah buah fikiran Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau. Fit Malaysia bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat. Hari Sukan Negara ini akan berjalan secara serentak diseluruh pelusuk negara , negeri dan daerah masing-masing. Di Segamat pula, program Fit Malaysia ini akan berlangsung di Dataran Segamat. Waktu pendaftaran bermula pada 06.45 pagi sehingga jam 07.30 pagi. Terdapat pelbagai aktiviti direncanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama NGO dan pelbagai agensi kerajaan.  Jadi , orang ramai khususnya penduduk daerah Segamat di jemput bagi menyertai program Hari Sukan Negara peringkat daerah ini. Terdapat juga aktiviti Cabutan Bertuah untuk para peserta-peserta yang hadir.  Manalah tahu “rezeki terpijak” berpihak pada anda.


InsyaAllah , aku dan isteri serta anak-anak akan hadir ke program ini. Ia bukan sekadar aktiviti bersenam beramai-ramai, malahan boleh berkenalan antara satu sama lain serta meramaikan kawan baru dan juga mengeratkan ikatan ahli keluarga kita. Semoga dengan menghadirkan diri ke program Fit Malaysia akan mendorongkan aku , isteri dan anak-anak untuk menjadi seorang yang lebih cergas di dalam aktiviti yang menyihatkan badan yang dapat diimplimentasikan dalam kehidupan seharian .

Hari jumaat ini bercadang untuk membuat Medical Chekup di klinik.Sudah lama aku tidak melakukannya. Aku nak tahu juga berapa lemak tepu dalam badan ini. Dan apakah aku juga mempunyai tanda-tanda penyakit tiga serangkai.

Kalian bagaimana pula???

 





sumber gambar : FB Hari Sukan Negara Segamat

No comments: