06 October 2015

Bila ayah dah jadi Tarzan


Bila ada anak tiga orang anak yang selang dua tahun kelahirannya, apa yang dapat kau bayangkan kehidupan sebagai ibu bapa kepada mereka? Mereka ini sedang membesar. Sudahlah sedang membesar,banyak belajar dari kita sebagai role model. Dari alam sekeliling, dari pemerhatian mereka seperti di televisyen. Tengok perbuatan orang lain dan pelbagai lagi sumber. Itu yang sedang aku dan isteriku alaminya sekarang. Anak kita apabila menginjak umur ke 1,2,3,4,5 tahun , engkau tahu apakah satu benda yang perlu kita pun kena "upgrade" juga. Benda itu ialah "SABAR".Sekarang anak-anak memang sedang menguji KESABARAN kami.

Aku pun sedar , di rumah sekarang , aku pun dah mengeluarkan suara macam Tarzan pada anak-anak aku. Cakap baik2x 5,6 kali tidak mahu dengar. Maka terpaksalah buat suara Tarzan. Kebiasaannya pada waktu nak mandi , waktu tengah bermain waima waktu santai sambil tengok tv sekalipun .Anak-anak aku yang abangnya Aqil kejap dah dengki Dahlia atau  Ariq , kejap Ariq pula gigit kakaknya Dahlia , kejap pula Dahlia tolak si Ariq sampai jatuh. Ada juga terpaksa menggunakan rotan.Tapi seboleh rotan aku gunakan sebagai peringatan kpd mereka. Tapi kalau dah terpaksa . terpaksa juga bagi sebat. Sebatlah dekat tapak kaki .Sebelum sebat anak2x dulu, terangkan apakah kesalahan mereka.Tapi rotan ni aku lebih banyak gantung aja dekat dinding rumah sahaja. Namun ,ada juga aku terlepas pukul guna tangan dekat atas badan anak aku sendiri. Malam tadi aku tengah lipat baju. Anak-anak main bakul baju. Masing-masing hendak masuk dalam bakul baju. Maka berebutlah. Bila ada yang tak dapat mulalah mencari pasal. Si Aqil, bila dah tak masuk dalam bakul , tolaknya bakul itu sampai Dahlia jatuh terlentang. Menangis. Aku apa lagi. Ternaik temperature aku.

“Pang”.Tangan aku hinggap di bahu Aqil dan peha Dahlia. Aku jadi geram. Aqil terkejut dengan tindakan aku. Aku tenung matanya. Riak mukanya dah mula sedih dan mula menangis. Dahlia nangis lagi kuat. Aku menghela nafas. Aku berlalu pergi ke dapur ambil air untuk di minum. Selang beberapa minit, aku terfikir “agaknya mereka ini lapar”. Aku pergi ke depan semula dan minta Aqil datang kepada aku. Aku peluk dia yang sedang menangis. Si Dahlia uminya yang pujuk. “ Ayah minta maaf sebab pukul Aqil guna tangan. Ayah sayang Aqil. Ayah tidak mahu pukul Aqil. Tapi ayah juga tidak mahu Aqil dengki Dahlia” ujarku sambil  Aqil menangis teresak-esak. “Ok, jom kita pergi makan dekat luar ok. Aqil nak makan apa”? tanyaku.Tujuannya aku ingin memujuk Aqil semula selepas tindakanku yang mungkin kurang wajar itu` “ Jom kita makan kat luar “ si Dahlia mencelah pula.Hmm dah berhenti nangislah tu. Tengok jam baru pukul 8.15 malam. Aku minta isteriku bersiap-siap dan kami pun keluar makan. Tak jadi isteriku nak goreng nasi malam tadi.

Di kedai makan ,aku order apa yang anak-anak aku ingin makan. Wajah anak kembali ceria sambil aku bergurau dengan mereka. Kegemaran anak-anak aku ialah nasi goreng dan satay dan mereka makan sehinggalah kenyang. Wajah kekenyangan mereka itu membuatkan aku berasa sangat puas hati dan menghilangkan rasa serba salah aku pada mereka. Inilah realitinya. Aku akan menghadapi situasi yang sama pada setiap hari. Namun setiap hari bersama dengan anak2x itulah nikmat yang Allah berikan. Memang kita perlukan kesabaran yang tinggi dalam menahan perasaan marah , geram dan bengang kepada anak-anak kita. Kata Professor Dr. Muhaya , sikap anak adalah cerminan diri kita sendiri. Maka kita pulalah yang bermuhasabah diri kita dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa.

Permata Hati Ayah & Umi

No comments: