22 September 2015

Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M)


Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M) merupakan contest yang paling mudah untuk disertai.Setiap hari para peserta boleh memenangi wang tunai RM 1000. Ia dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan slogan Telus & Tulus.Semua rakyat Malaysia tidak kira lapisan umur dan kaum boleh menyertainya. Hanya bermodalkan RM 1.20 untuk membeli Sinar Harian itu dan anda hanya perlu menjawab satu soalan yang cukup mudah.Cukup senangkan? Hadiah wang tunai sebanyak RM 1000 yang ditawarkan pada setiap hari, siapa yang tidak mahukannya. Begitu juga dengan aku. Pada mulanya aku tidak menghiraukan contest PR1M ini. Tetapi ia satu peluang untuk aku. Manalah tahu Allah S.W.T izinkan aku mendapat rezeki RM 1000 dari contest ini. Bolehlah aku menggunakan wang yang dimenangi ini untuk membayar hutang, berikan sedekah ,kongsikan dengan isteri dan anak-anak serta boleh di simpan sebagai tabungan dalam akaun ASB atau Tabung Haji. Namun setakat ini, RM 1000 itu masih lagi bukan rezeki aku. Aku mula menyertai contest PR1M pada bulan Mei agaknya. Tapi bukanlah pada setiap hari kerana tidak pun membeli Sinar Harian pada setiap hari.

Apa pun aku berfikiran positif untuk terus mencuba dalam contest PR1M sehinggalah contest ini ditutup. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Kalau tidak berjaya, ia bukannya satu kerugian kerana kita setiap mendapat info baru atau flashback perkara yang kita tahu sebelum ini. Mungkin ada setengah individu banyak menyertai mana-mana contest yang boleh disertai asalkan ia menawarkan wang tunai, produk, voucher atau pakej melancong. Sebelum ini ada juga contest lain aku sertai tetapi masih belum berjaya lagi. Berbalik pada akhbar Sinar Harian, aku memang pembaca setia akhbar ini kerana berita yang menyentuh tentang apa jua isu seperti politik, ekonomi, global, sukan mahupun berita antarabangsa dan tempatan, isi kandungannya ringkas tetapi padat. Aku juga memerhatikan bahawa Sinar Harian terutamanya berita politiknya seimbang. Ada berita dari parti pembangkang dan ada berita dari pro kerajaan. Mungkin ia jelas selaras dengan slogannya Telus dan Tulus. Ia membantu kita sebagai pembaca akhbar untuk menilai kedua-dua maklumat yang telah disampaikan agar kita mendapat info yang benar-benar sahih.

Apa pun semua akhbar dalam negara ini cuba memberi maklumat yang sensasi dan panas bagi bertujuan melariskan jualan akhbarnya.Terserahlah kepada keinginan dan kegemaran kita pada surat khabar yang kita merasakan membantu kita mendapatkan input yang baik.




No comments: