24 April 2015

Antara Alvin Tan Yang Kafir dan Kita Muslim

Alvin Tan blogger yang sering mencetuskan kontroversi dan provokasi kepada umat Islam Malaysia.Kali ini lelaki Cina yang telah melarikan diri ke luar negara dan menumpang kasih di Amerika Syarikat mempermainkan azan waktu solat pula.Mesti ramai yang dah tengok video itukan?Tapi aku tidak tengok dan tidak mahu tengok.Malas agaknya.Sudah tentu provokasi si Alvin Tan ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam kita.Ada yang buat report polis.Ada juga yang menghamburkan kata kemakian dan ada juga yang tenang serta sabar tetapi mendoakan agar Alvin Tan pada suatu hari nanti dikurniakan hidayah.Di sini aku kongsikan 2 artikel dari status FB iaitu Alvin Tan dan Dr.Harlina Siraj.Satu lagi artikel Sinar Harian pada hari ini.Artikel dan status FB ini menarik untuk dikongsi.

1.Status FB Alvin Tan itu nampaknya seperti satu peluru berpandu untuk umat Islam.Benar apa yg di katakan oleh Alvin Tan.Kita ini bila azan berkumandang tak ramai yang hendak ke masjid.Kalau solat di rumah boleh tahan lagi.Tapi di sebuah kampung yang sering kali aku masuk , bila azan Maghrib atau Isyak berkumandang segelintir orang kampung masih lagi melepak , melangut di warung .Padahal warung itu tak sampai 5 meter dari pagar masjid.Buat bodoh aja sambil berborak lagi dan hisap rokok.Aku pun bukanlah seorang kaki masjid.Tapi dalam hati ini sentiasa berniat untuk solat berjemaah di masjid.Dalam seminggu mungkin 3, 4 kali ke masjid.Tidak termasuk solat Jumaat.Sekarang siapa yang sedar tentang hal itu?Alvin jugakkan.

2.Status FB Dr.Harlina.
Ramai yang Like status FB Dr.Harlina ini.Bermakna ramai umat Islam kita untuk bersikap sabar dan cuba untuk tidak mencela Alvin Tan.Walaupun memang kita marah dengan perbuatan Alvin Tan,tetapi petikan Ayat Al-Quran yang di kongsikan oleh FB Doktor Harlina membuatkan kita betapa besarnya Allah Maha Berkuasa dan betapa lemah serta kerdil di sisi-Nya.

3.Laporan Polis telah dibuat.
Mungkin telah ramai yang membuat laporan Polis.Kita berasa puas daipat buat report polis.Namun soalannya adakah Alvin Tan boleh ditangkap di negara Uncle Sam itu dan di bawa balik ke Malaysia?.Akta hasutan 1948 di gunakan dalam kes Alvin Tan ini.

Kesimpulan.
Kita sebagai umat Islam harus memperbaik diri kita terutama dalam menjaga hubungan Allah.Kalaulah Alvin Tan melihat ramai orang Islam solat berjemaah 5 kali sehari di masjid,aku ingat dia tidak berani mempersendakan laungan Azan.Tetapi realiti situasi begitu seperti takde.Solat Jemaah waktu Subuh,Maghrib dan Isyak di masjid kebanyakan dihadiri orang2x tua yang berumur 50 tahun ke atas.Orang muda,belia2x yang kuat dan sihat kebanyakannya susah mahu pergi.Aku menulis artikel ini dengan tujuan memperingatkan diri sendiri sebelum memperingatkan orang lain dahulu.Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar untuk kita semua.

Amin Yarabbal Alamin
#respekorangmudasolatberjemaahwaktusubuh
#Solatberjemaahganjaran24kalipahala
#Lelakiterbaikialahlelakiseringsolatberjemaahdimana-mana masjid.
p/s:Bercita-cita solat Subuh dengan anak2x di masjid sebagai rutin harian seperti anak2x Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki.

1 comment:

wan muliani said...

SETUJUU.. respek sgt org yg berjemaah di rumah Allah ketika waktu subuh.. yg tak pg mungkin berjemaah d rmah.. husnuzon hehe