22 April 2015

Kitalah Lelaki Yang Terbaik

Penatkan bila kita sang lelaki sampai di rumah selepas 8- 9 jam di ofis.Ok,tolong letakkan masalah kerja atau apa sahaja berkaitan dgn kerja di luar pintu gate ye.Kalau boleh kita gantungkan tugas kita itu di pokok mangga luar sana kerana kita di rumah adalah seorang lelaki yang sebagai suami kpd isteri dan ayah kepada anak-anak kita.Letak aja bag di atas sofa dan kita pun melabuhkan punggung sambil menghela nafas yg panjang.Hmm..Bestnye keje pejabat dah settle.Tapi kita ternampak permainan anak bersepah di karpet.Argghh..( dalam hati,ingatkan kita bila berada di rumah dapat beristirehat dengan selesa ).Terlintas dalam hati kita ... emm malaslah .kejap lagi kita buat.Lalu kita ke dapur untuk ambil air bagi menghilangkan rasa dahaga.Masuk aja dapur,nampak periuk,kuali,pinggan atau sudu garfu yang tidak dibasuh lagi.Tong sampah di hurungi ulat lalat sebab sudah 3 hari kita tidak buang sampah itu.Dapur berminyak.Meja makan penuh dengan 'ghemah'.Kita tengok pun..alamak aiii.Tengok jam sudah pukul 5 lebih.Huh nasib baik kita dah solat Asar di ofis tadi.Dengan seluar slack yang tidak ditukar dan memakai apron, kita cubalah memaksa diri untuk melakukan tugas harian dalam rumah kita seperti apa yang isteri kita lakukan setiap hari.Dalam hati juga sudah terpikir pula baju yang disidai perlu diangkat dan membasuh baju lagi dalam mesin cucian.Uii..rasa banyak keje plak sang lelaki ni.Itu belum lagi kena ambil anak dari rumah pengasuh jam 6.30 petang nanti.
Ada lelaki yg tengah baca post ni kemudian berkata ' eh mcm sama aja dgn situasi dgn aku ni'dan sambil tersenyum kambing.Bagi lelaki macam aku ni,itulah rutin aku kena buat.Benda ini yang kadang-kadang boleh spoilkan mood kita dan mungkin boleh menimbulkan konflik rumahtangga.

Tapi itulah lelaki terbaik.Tanggungjawab di rumah di kongsi bersama dengan isteri .Kita juga lelaki terbaik bila kita pun tak kisah mengemas rumah walaupun isteri kita ada di rumah juga.Eh..isteri kita bekerja jugakkan?Jadi bantulah.Kita juga lelaki terbaik bila sedang cuci pinggan mangkuk cawan ,tiba-tiba anak melalak sebab ada abang atau kakak mendengki satu sama lain.Kita berhenti basuh pinggan sekejap dan pujuk anak supaya tak usah menangis lagi.Kita juga lelaki terbaik bila kita tenang dan sabar melihat kerenah anak yang kadangkala kita rasa ia merimaskan.Kita juga lelaki terbaik bila buat air milo untuk isteri sambil dengar dia membebel tentang kerja dia di ofis.Kita juga lelaki terbaik bila melipat kain tanpa mengharap bantuan isteri,tetapi tengok isteri kita,dia sedang tekun dengan handset bijaknya.Kita senyum sahaja

Kita lelaki terbaik apabila kita sentiasa sabar dan tenang dalam menghadapi kerenah kehidupan rumahtangga dan dunia kita sebagai seorang lelaki.Allah memang jadi lelaki itu lebih kuat segi mental dan fizikalnya.

Sedemikian, senjata utama untuk menjadi Lelaki Terbaik ialah teruskanlah berdoa kepada Allah S.W.T. Berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat dan dipermudahkan segala urusan sebagai seorang lelaki.
Sekadar gambar hiasan
#Maskulin tidak semestinya lelaki terbaik,tetapi lelaki terbaik itulah Maskulin.


 

1 comment:

wan muliani said...

jadilah lelaki yg sentiasa terbaik.. huhu