Hidup berumah tangga
terasa sunyi tanpa kehadiran cahaya mata.Ada beberapa sahabat aku yang
sudah berkahwin lebih 5 tahun masih belum lagi dikurniakan zuriat.Tetapi bagi
dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa ,anak-anak pula diabaikan.Pernahkah kalian
dapat merasai bagaimana perasaan anak-anak yang tidak dihiraukan.Berkongsi
sedikit pengalaman aku dengan anak aku Aqil , anak lelaki sulungku.Aku dapat
merasakan dia seperti memerlukan perhatian yang lebih daripadaku berbanding
dengan anak anakku yang lain.Mungkin takut diabaikan.Contohnya kalau aku dukung
adik-adik dia.Dia juga mahu didukung walaupun pada tahun ini sudah berumur 5
tahun.Sebagai seorang bapa jangan biarkan darah daging kita yang masih kecil
terabai.Seorang bapa yang terbaik sebenarnya boleh mewujudkan hubungan lebih
erat dengan anak-anak kecil.Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti
berdasarkan pengalaman sendiriku.
1.Menerima dengan
positif
Bagi yang waras , anak adalah sesuatu yang berharga dalam
hidup.Kita tidak boleh lari dari hokum Yang Maha Esa bahawa ada di kalangan
kita dikurniakan cahaya mata kurang sempurna.Terimalah mereka dengan
positif.Mereka adalah saham akhirat.Berilah kasih sayang yang tidak ternilai
dan belaian jiwa secukupnya agar anak itu tidak merasa tersisih.
2.Melihat Minat Anak.
Aqil minat kereta Hotwheels,aktiviti basikal dan nasi goreng
sebagai makanan kegemarannya.Jadi bapa kena melihat di manakah kecenderungan
minat anak-anak kita.Memang kita perlu tahu apa yang anak-anak sukakan kerana dengan keprihatinan yang ditunjuk oleh kita
akan menjadikan anak lebih mempercayai kita malahan menganggap kita sebagai
rakannya.
3.Membawa Mereka
Bersiar Dan Bermain
Walaupun sesibuk manapun kita dengan kerja ,anak-anak juga
mahukan ibubapa mereka meluangkan masa untuknya.Sudah menjadi lumrah manusia
memerlukan perhatian.Begitu juga dengan anak-anak.Mereka sering mendambakan
keseronokan dan keriangan bersama orang tersayang.Oleh itu kita mesti
meluangkan masa seperti pergi bercuti ataupun sekurang-kurangnya bawa bersiar
di taman.
4.Sentiasa Beri
Pujian Atas Perkara Baik
Sedangkan kita orang dewasa sukakan akan pujian keatas diri
sendiri,lagi-lagi anak kecil yang tidak tahu membezakan yang benar dan
salah.Mereka memang menunggu agar diberikan pujian pada sesuatu perkara yang
dilakukan.Contohnya berikan pujian apabila anak kita dapat mengemaskan
permainannya sendiri.Kita mesti sentiasa membentuk pemikiran positif dengan
mereka.Pemikiran positif melahirkan perilaku yang positif.Dengan cara ini
anak-anak akan menjadi lebih sayang kepada kita dan segera mahukan maklum balas
dari aspek lain.InsyaAllah.bila mereka meningkat remaja dan dewasa , akan pandai menjaga diri
dan kemungkinan perkara negatif tidak akan menular ke dalam dirinya.
5.Mendengar Apa Yang
Dikata
Cara berkomunikasi dengan anak-anak perlulah menggunakan
teknik yang betul.Ia berbeza mengikut jantina dan umur.Ini kerana kebiasaannya
anak-anak selalu banyak bertanyakan perkara yang mereka tidak fahami dan
memerlukan jawapannya.Banyak soalan ‘Kenapa’ dalam pemikiran anak-anak kecil
kita.Oleh itu kita haruslah mengambil peluang ini agar si anak berasa dihargai.
Kata Pakar Kaunseling Kanak-kanak , ambillah peluang ketika
anak berusia dari lahir sehingga berumur 6 tahun mereka mengajar , mendidik dan
menunjukkan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya kerana pada waktu itulah
paling banyak masa kita bersama mereka.Bila berusia 7 tahun mereka akan
memulakan persekolahan dan masa itu akan menjadi kurang bagi diri kita
pulakan?Keluarga menjadi lebih bahagia apabila perhatian yang diberikan kepada
anak-anak kerana serba sedikit dapat mengurangkan beban masalah.Anak-anak
pengubat duka,pemberi rasa bahagia.
3 comments:
Satu tips dan pedoman yang sangat baik untuk didik anak2 ..
Saya ada 3 orang anak. Mencabar bila mendidik sebagai seorang house husband sepenuh masa.
kena sentiasa keep in touch dengan mereka.....
selalu bersama mereka.. paling taknya bawak dia jalan2 ptg2 ke
Post a Comment