24 April 2015

Cerita tentang Rasulullah S.A.W di dalam kereta sahja

Di dalam kereta pun boleh bercerita kepada anak2x tentang Nabi Muhammad S.A.W. Hanya tentang kucing sahaja kita boleh kaitkan dengan Rasulullah. Kita menekankan bahawa Rasulullah sebagai role model untuk kita bercerita kepada anak2x. Jadi kita pun boleh nasihatkan pada anak2x supaya tidak menganiaya kucing kerana kucing ialah binatang kesayangan Rasulullah.
Biarpun sedikit masa hanya 5-10 minit,namun itulah masa berkualiti kita bersama anak-anak.Sebagai seorang ayah zaman mencabar ini,kena kreatif dan bijak dalam mewujudkan hubungan erat bersama dengan anak.Setiap kali aku menghantar anak2xku ke rumah penjaga dan turut menghantar Aqil ke sekolah,di masa itulah aku bercerita dan menasihati mereka.
Aku masih lagi banyak belajar dan akan terus belajar untuk menjadi ibubapa yang baik.Ia memang bermula. dari dalam diri sendiri.Tiada masa lagi untuk main- main di dalam mendidik anak-anak yang bermula dari kecil lagi

Peribahasa 'Melentur Biarlah dari Rebungnya ' benar kerana anak adalah amanah dari Allah S.W.T

Ketika hendak menghantar anak ke rumah pengasuh dan sekolah

1 comment:

wan muliani said...

betul tuu.. kdang2 org zaman skrg sibuk dgn urusan dunia