14 April 2015

Eratkan Hubungan Dengan Anak-anak

Hidup berumah tangga  terasa sunyi tanpa kehadiran cahaya mata.Ada beberapa sahabat aku yang sudah berkahwin lebih 5 tahun masih belum lagi dikurniakan zuriat.Tetapi bagi dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa ,anak-anak pula diabaikan.Pernahkah kalian dapat merasai bagaimana perasaan anak-anak yang tidak dihiraukan.Berkongsi sedikit pengalaman aku dengan anak aku Aqil , anak lelaki sulungku.Aku dapat merasakan dia seperti memerlukan perhatian yang lebih daripadaku berbanding dengan anak anakku yang lain.Mungkin takut diabaikan.Contohnya kalau aku dukung adik-adik dia.Dia juga mahu didukung walaupun pada tahun ini sudah berumur 5 tahun.Sebagai seorang bapa jangan biarkan darah daging kita yang masih kecil terabai.Seorang bapa yang terbaik sebenarnya boleh mewujudkan hubungan lebih erat dengan anak-anak kecil.Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti berdasarkan pengalaman sendiriku.
1.Menerima dengan positif
Bagi yang waras , anak adalah sesuatu yang berharga dalam hidup.Kita tidak boleh lari dari hokum Yang Maha Esa bahawa ada di kalangan kita dikurniakan cahaya mata kurang sempurna.Terimalah mereka dengan positif.Mereka adalah saham akhirat.Berilah kasih sayang yang tidak ternilai dan belaian jiwa secukupnya agar anak itu tidak merasa tersisih.

2.Melihat Minat Anak.
Aqil minat kereta Hotwheels,aktiviti basikal dan nasi goreng sebagai makanan kegemarannya.Jadi bapa kena melihat di manakah kecenderungan minat anak-anak kita.Memang kita perlu tahu apa yang anak-anak sukakan kerana  dengan keprihatinan yang ditunjuk oleh kita akan menjadikan anak lebih mempercayai kita malahan menganggap kita sebagai rakannya.

3.Membawa Mereka Bersiar Dan Bermain
Walaupun sesibuk manapun kita dengan kerja ,anak-anak juga mahukan ibubapa mereka meluangkan masa untuknya.Sudah menjadi lumrah manusia memerlukan perhatian.Begitu juga dengan anak-anak.Mereka sering mendambakan keseronokan dan keriangan bersama orang tersayang.Oleh itu kita mesti meluangkan masa seperti pergi bercuti ataupun sekurang-kurangnya bawa bersiar di taman.

4.Sentiasa Beri Pujian Atas Perkara Baik
Sedangkan kita orang dewasa sukakan akan pujian keatas diri sendiri,lagi-lagi anak kecil yang tidak tahu membezakan yang benar dan salah.Mereka memang menunggu agar diberikan pujian pada sesuatu perkara yang dilakukan.Contohnya berikan pujian apabila anak kita dapat mengemaskan permainannya sendiri.Kita mesti sentiasa membentuk pemikiran positif dengan mereka.Pemikiran positif melahirkan perilaku yang positif.Dengan cara ini anak-anak akan menjadi lebih sayang kepada kita dan segera mahukan maklum balas dari aspek lain.InsyaAllah.bila mereka meningkat  remaja dan dewasa , akan pandai menjaga diri dan kemungkinan perkara negatif tidak akan menular ke dalam dirinya.
  
5.Mendengar Apa Yang Dikata
Cara berkomunikasi dengan anak-anak perlulah menggunakan teknik yang betul.Ia berbeza mengikut jantina dan umur.Ini kerana kebiasaannya anak-anak selalu banyak bertanyakan perkara yang mereka tidak fahami dan memerlukan jawapannya.Banyak soalan ‘Kenapa’ dalam pemikiran anak-anak kecil kita.Oleh itu kita haruslah mengambil peluang ini agar si anak berasa dihargai.

Kata Pakar Kaunseling Kanak-kanak , ambillah peluang ketika anak berusia dari lahir sehingga berumur 6 tahun mereka mengajar , mendidik dan menunjukkan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya kerana pada waktu itulah paling banyak masa kita bersama mereka.Bila berusia 7 tahun mereka akan memulakan persekolahan dan masa itu akan menjadi kurang bagi diri kita pulakan?Keluarga menjadi lebih bahagia apabila perhatian yang diberikan kepada anak-anak kerana serba sedikit dapat mengurangkan beban masalah.Anak-anak pengubat duka,pemberi rasa bahagia.


3 comments:

Admin said...

Satu tips dan pedoman yang sangat baik untuk didik anak2 ..

Saya ada 3 orang anak. Mencabar bila mendidik sebagai seorang house husband sepenuh masa.

jaymiee said...

kena sentiasa keep in touch dengan mereka.....

wan muliani said...

selalu bersama mereka.. paling taknya bawak dia jalan2 ptg2 ke