14 April 2015

Singapura Kuatkuasakan Larangan Penjualan Arak

Sedikit pengalaman yg ingin aku kongsikan.Semasa bekerja di 7 Eleven 10 tahun yg lalu.Memang biasa dengan arak ini.Kena stocking,masuk dan susunkan di dalam peti sejuk.Bermacam brand arak ini yg aku dah kenal dan tahu yg mana selalu laju aja terjual.Kebiasaannya waktu paling meriah arak terjual waktu tgh malam.Customer memang terdiri dari orang Melayulah.Hendak beli waktu siang,segan agaknya.Pembelinya ada yg tua,muda,budak U,penganggur,kerja sendiri Mestilah untuk mabuk2x.Takkan untuk buat ubat tidur pula.Ada yg beli sekali dengan susu segar dlm kotak.Katanya lepas minum susu boleh hilangkan mabuk sikit.Entah ye atau tidak,aku tak tahu.Memanglah ada tertera sticker 'Orang Islam Tidak Boleh Membeli Alkohol'.Tapi takkan kita nak ambil nama diaorang.Lepas tu bagi dekat pej.agama plak ye.Tak relevanlah.Jadi aku cuma dpt menegur dalam hati ajalah.Semoga Allah bagi petunjuk kpd mereka dan bertaubat semula. Kita tidak terlepas pandang dalam hal ini.Tapi disebabkan penguatkuasa dan undang-undang yg kurang ketat menyebabkan semakin berleluasa minum arak dikalangan orang Islam. Kita negara Islam.Hampir 70% penduduk beragama Islam.Islam juga adalah agama Persekutuan.Sepatutnya kita terlebih dahulu menguatkuasakan peraturan ini daripada negara Singapura.Malah mungkin peraturan yang lebih ketat lagi untuk dikuatkuasakan.Aku berharap agar Kerajaan Persekutuan bersama Majlis Fatwa dan juga JAKIM boleh membuka mata dan pintu hati untuk melaksanakan peraturan seperti negara Singapura itu.Bila tanya seorang sahabat yang berasal dari Kelantan , Kedai Serbaneka 24 Jam tidak menjual air 'setan' itu di Kelantan.Jadi bagaimanakah Kelantan boleh mengimplimitasikan undang-undang ini?

P/s : Apa cerita ye hidangan arak yang turut disediakan dalam Kapal Terbang MAS?

1 comment:

wan muliani said...

malaysia bile lagi??...