26 November 2014

Luahan Hati Untuk Anak Ayah Annur Dahlia Iffah


Kepada Annur Dahlia Iffah bin Mohd Azrin,Selamat hari lahir yang ke 2 tahun sayang. Ayah gembira kerana masih lagi dapat melihat adik membesar di depan mata ayah. Ayah seronok kerana masih lagi dapat mendengar tawa  tangis serta percakapanmu yang kadang-kala menggelikan hati ayah dan umi. Ayah gembira  kerana adik semakin bijak dengan seusia adik. Adik sudah pandai merajuk,sudah pandai menunjukkan marah,sudah pandai gembira ,sudah pandai buat lawak, sudah faham sedikit cakap ayah dan umi,sudah pandai menolong ayah dan umi ketika di saat memerlukan bantuan seperti tolong tutupkan pemetik dapur gas apabila air yang dijerang telah berbunyi dan pelbagai lagi. Paling membanggakan ayah sekali ialah adik suka berhijab seperti umi adik.Hendak pakai tudung sebagaimana umi pakai. Sangat comel. Ayah masih ingat ketika kita berhenti di Masjid Selat Melaka untuk melihat ,ada sekumpulan pelajar luar negara berebut hendak mengambil gambar dengan adik kerana kecomelan adik memakai hijab. Mereka daripada Universiti di German yang datang ke Malaysia selama dua minggu dalam sebahagian pertukaran pelajaran Universiti Islam Antarabangsa. Emm..Comel2x jugak kakak2x yang hendak ambil gambar dengan adik. Nasib baik ayah tak pandai speaking. Kalau pandai,ayah ngurat kakak2x tu.Buat emak angkat untuk adik.Heh3x....


Namun ada pada satu masa ayah berada dalam ketakutan dan kebimbangan,satu kejadian yang lebih buat ayah berhati-hati lagi di mana adik telah terjatuh dari katil menyebabkan adik muntah-muntah dan menjadi seperti kanak-kanak tidak terdaya.Pada waktu itu tanpa berlengah lagi ayah mengejarkan adik ke hospital.Dua hari adik berada dalam wad kerana keadaan adik di pantau oleh doktor.Semasa itulah,ayah merasakan ayah gagal dalam menjaga adik serta menyesal apa yang telah berlaku pada adik.Semasa itu juga ayah tidak putus-putus memanjatkan doa agar adik kembali pulih dan sihat seperti biasa.Alhamdulillah.Allah masih meminjamkan adik kepada ayah dan umi.Ayah dan umi semakin berhati-hati tentang keselamatan kamu samaada di rumah mahupun diluar.Itu sebab ada perkara yang ayah larang dan tidak berikan pada adik walaupun adik mahukannya kerana ianya juga  adalah demi keselamatan adik.Adik bukan sahaja menjadi buah hati ayah dan umi,malah adik juga menjadi cucu kesayangan pada Wan Atuk.Adiklah tempat Wan Atuk mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kerana Atuk telah pun pergi meninggalkan Wan Atuk.Walaupun Wan Atuk tidak pernah membelikan barang mainan untuk adik,tapi Wan Atuk tidak pernah lupa belikan sate yang menjadi makanan kegemaran adik.Heh3x.Sekali sekali Wan Atuk belanja adik belikan baju baru atau kain ela untuk buat baju kurung.Adik juga selalu bergaduh dengan abang Aqilkan?Sebab abang Aqil suka buli adik ye.Heh3x Kesian.Takpe adik.Itulah lumrah sebagai adik beradik.Nanti bila adik dah besar adik dah matang adik akan faham apa makna adik beradik itu.
Anak ayah Annur Dahlia Iffah.Zaman yang sedang kamu,abang dan adik lalui pada waktu ini adalah zaman yang paling mencabar.Zaman yang telah dipenuhi kerosakan dunia.Zaman di mana gejala sosial,kekurangan akhlak yang baik jelas berada dimana2x sahaja.Ini jugalah zaman yang sangat mencabar bagi ayah terutamanya sebagai ketua keluarga dalam mendidik dan membentuk kamu menjadi seorang perempuan solehah yang dijauhi oleh kerosakan dunia  seperti maksiat dan kejahatan .Usia kamu inilah ayah wajib memulakan tunjuk ajar dan contoh yang baik bagi untuk kamu dan adik beradik kamu yang lain.InsyaAllah,Ayah dan Umi berazam dalam mendidik kamu menjadi seorang mukmin sejati,ayah akan mempastikan juga segala tingkah laku dan akhlak ayah sentiasa ayah perbaiki.Ayah tidak mahu seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan senget.Ayah mahu menjadikan diri ayah sebagai contoh dan teladan yang baik untuk kamu.Ayah cuba berusaha menjadi seorang ayah yang dekat dengan Allah.Segala perbuatan diniatkan kerana Allah s.w.t termasuk dalam mendidik kamu.Ayah cukup takut seandainya ayah tidak berjaya mendidik kamu sebagai seorang wanita solehah kerana perjalanan hidup kamu masih sangat panjang lagi.Ayah mahu ajak kamu sama-sama masuk syurga nanti.Oleh sebab itulah ayah kenalkan kamu dengan nama Allah s.w.t dan ,nama Rasulullah s.a.w dari kecil kamu lagi.Itulah dua kalimah sebagai asas dalam ayah membentuk sahsiah kamu mengikut apa yang telah nabi ajarkan dalam  mendidik anak-anak ayah ini.


Wahai anakku Annur Dahlia Iffah,ayah tidak tahu bila tarikh nyawa ayah akan diambil.Sebab itu ayah tidak mahu mensia-siakan masa – masa yang terluang.Ayah mahu sentiasa bersama dengan kamu.Ayah mahukan banyak kenangan tercipta di antara kita bersama.Ayah selalu mahukan kamu berbual dengan ayah,makan,minum dengan ayah,mengaji dengan ayah,solat bersama dengan ayah semasa kamu sedang membesar waktu ini kerana kamu adalah harta tidak ternilai dengan emas,wang ringgit dan apa sekalipun dalam dunia ini kerana kamu ialah anugerah dari Allah.Ayah jugalah yang akan mencorakkan warna kanvas kehidupan kamu bermula dari kecil sehinggalah 20 tahun yang akan datang.Masih jauh lagi perjalanan hidup kamu yang akan kamu tempuhi pada suatu hari nanti dalam menjadi seorang muslimah baik budi pekerti dan akhlaknya.Ayah berdoa agar ayah diberikan kesihatan tubuh badan jasmani dan rohani untuk mendidik kamu serta juga berdoa agar apa yang ayah harapkan pada kamu Allah akan memakbulkannya.
Akhir kata dari Ayah ,semoga kamu akan menjadi anak yang  faham tentang Agama Allah iaitu Islam serta diberikan kebijaksanaan dan kematangan dalam menjadi muslimah yang solehah.


P/s : Hari lahir Annur Dahlia Iffah telah disambut pada 18 November 2014 Selasa minggu lepas.Pemalas betul aku ni nak updated blog dengan benda yang senang...

1 comment:

wan muliani said...

selamat hari jadi annur.. hehe