18 November 2014

Musim hujan dan banjir

Sekarang musim hujan.Di tempat aku sudah beberapa hari cuaca mendung dan kadang kala hujan.Bagus jugalah cuaca begini,sekurang-kurangnya aku dapat menjimatkan penggunaan aircond di malam hari.Sekarang cuma pasang kipas aja.Mahu tidaknya penggunaan aircond pada setiap hari meningkatkan bil elektrik rumah.Purata dalam RM 130/bulan.Gilalahkan?Sambung kembali tentang musim hujan sekarang.Di jangka akan berterusan sehingga bulan Disember nanti.Ini bermakna penduduk- penduduk  mesti bersiap sedia untuk menghadapi banjir.Negeri Kelantan dan Terengganu antara negeri-negeri yang telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan kecemasan seperti banjir besar nanti.
Ini yang paling aku gusarkan sebab pada 06 Disember 2014 aku dan sekeluarga akan menghantar adikku ke Kelantan dalam daerah Machang untuk bernikah dengan gadis pilihan dia di sana.Jauh tu hendak ke sana.Dari Segamat Johor ke Kelantan.Dalam perancangan akan ada beberapa kenderaan keluarga berkonvoi ke sana.Selama 2 hari akan berada di Machang dan selesai sahaja majlis pernikahan adik , aku dan sekeluarga akan terus bergerak singgah bermalam di Kuala Terengganu pula.Di Machang , keluarga bakal mentua adik aku telah menyediakan homestay.Tetapi di Kuala Terengganu belum lagi mendapat tempat penginapan.Aku sedang mencari Homestay sahajalah.Hendak tinggal di hotel,pada masa cuti sekolah mungkin sudah penuh ditempah tambahan pula harga bilik hotel ada naik sedikit.Paling gusar kalau berlaku banjir di jalan-jalan utama hendak ke Kelantan dan Terengganu samada pergi atau hendak balik ke Johor nanti.Kalau tersangkut di sebabkan banjir  dalam sehari boleh lah bertahan.Tetapi kalaulah tersangkut selama 2-3 hari..uish habis duit yg dibawa nanti.Nak kena cari tempat menginap lagi,hendak makan lagi,lain-lain lagi yang perlu ditampung.Walaubagai manapun aku memang bercadang hendak bercuti di Kuala Terengganu berjalan-jalan bersama anak-anak dan isteri dalam 2,3 hari selepas majlis pernikahan adik aku ini.Ada juga perancangan untuk  ke Pulau Perhentian juga.Isteri teringin nak ke pulau untuk bercuti pula.Cuma bila memantau cuaca sekarang terasa was-was hendak pergi melancong pula.
Sekarang masih lagi google untuk mencari tempat penginapan hotel  yang sesuai ,murah dan lokasi
strategik di Kuala Terengganu. Namun kalau tuan/puan ada cadangan boleh beritahu dalam ruang komen sini ye.Di mana hotel yang murah rate dalam RM100/sehari di Kuala Terengganu dan di Pulau Perhentian.Lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati di sekitar Kuala Terengganu.Di mana tempatnya pembuatan keropok lekor yang terkenal dan yang lain-lain lagi.Harap sudi-sudikanlah tuan/puan memberikan komen sekali.Lagi best terus follow blog ni..

Heh3x

5 comments:

yoorin melacolea said...

Assalamualaikum.. tak payah laa bang, pergi pulau kat pantai timur hujung2 tahun ni.. lagi pon banyak resort tutup sebab monsun..mandi2 laut pon tak payah.. bahaya..

PuteraOhtraBulan said...

Ooo..ye ke?Terima kasih atas info itu ...sangat menghargainya..

Butik GebuGebu said...

tengah musim hujan ni kan..abis hotel pon banjir kut hehe

Sylarius Yusof said...

Leceh musim banjir ni. Buatnya destinasi yang kita nak tuju tu tenggelam, boleh terbantut hajat nak bersantai.

wan muliani said...

dah lepas musim hujan.. tahun ni musim panas pulak