02 September 2014

Review Alza Baru Telah Mendapat Post Hits Yang Paling Tinggi.

Pada bulan Januari lepas,Perodua telah memperkenalkan variasi Alza yang lebih up-to-date.Sebagai pemilik Alza yang baru sahaja dibeli pada tahun lepas,aku hendak tahu juga apakah pembaharuan yg telah dilakukan oleh jurutera Perodua yangg berkaliber.Tujuan aku satu iaitu berkongsi pengalaman kerana telah memiliki Alza dan membuat perbandingan dengan Alza terbaru itu.Dengan perkongsian itu kemungkinan aku dapat membantu mereka khususnya para blogger atau pembaca sedang berkira2x untuk membeli Alza tapi mahukan maklumat yang lebih lanjut tentang Alza baru di sini.Para pembaca boleh membaca review itu di sini.Setelah beberapa bulan berlalu, artikel mengenai review Alza baru telah menjadi popular atau hits Aku melihat peningkatan mendadak graf di paparan draf dalam blog.Setakat pada hari ini ia mencapai 6755 paparan/pembaca.Apabila aku membuat carian Google dengan kata kunci Alza Baru,blog aku dipaparkan di muka pertama dan jika membuat carian kata kunci Review Alza baru,blog aku akan berada di tempat teratas sekali.Alhamdulillah.


.

Aku belajar sesuatu mengenai penulisan blog bahawa menulis tentang keperluan/kehendak masyarakat ia boleh mendatangkan manfaat kepada bloggers..Walau bagaimanapun , masih banyak lagi ilmu mengenai dunia blog yang kena pelajari.Aku mengikuti blog-blog terutama yang telah lama dalam bidang blog sebagai rujukan kerana mereka banyak memberikan tips berkaitan blog yang membantu aku menjadi blogger yang berilmu .Jadi aku sedaya upaya cuba menulis artikel yang baik dan boleh menarik pembaca singgah di blog ini.Terima kasih yang singgah di blog dan sangat menghargai pembaca yang meninggalkan komen - komen di setiap artikel yang saya post.Dapat satu komen untuk satu artikel kira ok lah tu.. :)

P/s : Ini bukan artikel berlagak sombong .Ia cuma sebagai satu motivasi pada aku atau mungkin pada pembaca lain kot. :).Menarik juga untuk membaca artikel Bongkak bila rank blog tinggi.oleh Tuan hasrul Hassan .Mohon dari Allah juga dijauhkan juga dari salah satu sifat mahmudah itu.




2 comments:

Norhasniza Khalid said...

wow!! dahsyat.. SEO ye!!! tahniah... hihi

PuteraOhtraBulan said...

kebetulan agaknya kak ;)...
susah nak dptkan lagi macam tu..