03 September 2014

#Cabaran 30hari KBBA 5 Faktor Yang Menarik Hati ?

Assalamualaikum dan selamat petang Artikel ini telah di olah semula supaya penggunaan bahasa rojak di kurangkan di dalam blog ini kerana Bahasa Melayu adalah pertuturan aku sepanjang hayat.Begitu juga penambahan fakta yang baik dan sampai maksudnya itu.InsyaAllah .Pada dua hari yang lepas cabaran hari ke 2 bagi segmen Cabaran30 hari oleh Kelab Ben Ashaari ( KBBA ), tajuk yang ditetapkan ialah  Lima ( 5 ) faktor yang boleh memikat hati aku.Soalan ini seperti tergantung rasanya .Tapi mungkin merujuk faktor seperti sikap atau keperibadian seseorang yang dapat memikat hati aku. 
Sebagai manusia biasa kita semua ada kelemahan dan kekuatan. Jikalaulah aku tetapkan faktor untuk memikat hati aku ,takut menyusahkan kalian pula nanti.tetapi secara ringkas aku menyenaraikan seperti berikut :-

1. Seorang yang mempunyai sikap baik .
   Sifat yang baik dalam diri dia itulah yang membuatkan aku menghormati diri seseorang.

2. Mempunyai matlamat hidup yang jelas dan telah pun berjaya dalam hidup
    Aku mempunyai seorang sahabat seperti ini dan dia menjadi sebagai sahabat karibku kerana
    sedikit sebanyak aku boleh belajar falsafah hidup dan berbincang dengan dia tentang perancangan masa 
   depan

3. Dia Mengajak Kita Pergi Ke Kelas Agama
   Alhamdulillah .Dengan ajakan dia membuka peluang aku untuk sedikit imu agama .


4. Tidak lupa sahabat.
    Walaupun kita telah jauh dari sahabat-sahabat lama kerana faktor perpindahan tempat kerja tetapi sekali      sekala bertanya khabar dan datang menziarahi kita sebagai seorang sahabat .Allahu Akbar,aku masukkan      namannya dalam doa ku agar dia berjaya dunia dan akhirat

5. Tidak Sombong
   Sudah lama kenal tetapi tidak boleh menjadi sahabat baik itu seperti bermusuh bukan .Jadi janganlah             kita bersikap sombong. :)


Mungkin ada faktor yang lain yang boleh ditambahkan lagi tetapi itu sahajalah yang dapat aku tuliskan di didalam artikel ini terlebih dahulu InsyaAllah semoga aku dapat kenal dengan ramai sahabat dan menerima dnegan sedadanya bagi mengikat tali persaudaraan yang kuku sebagai saudara seIslam Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kalian dan peringatan kepada diriku.

No comments: