31 August 2014

Kemerdekaan Bila Dapat Berkahwin

Pada hari semalam,jiran aku mengadakan majlis perkahwinan anaknya.Kali ini majlis perkahwinan anaknya aku rasa unik.Kebiasaannya kita banyak kali mendengar yang bermenantukan dari negeri lain,ada yang dapat satu negeri.Lagi dekat dalam satu daerah atau paling dekat satu mukim.Paling dekat lagi dari kg.sebelah.Tapi yang ini lagi sangat2x dekat.Bermenantukan anak jiran sebelah rumah taman sahaja.Amacam?Ada tak kes bertemu jodoh macam ni di tempat anda?Kedua-dua jiran ini sudah lama aku kenali termasuk anak2x diaorang dekat berbelas tahun.Daripada seorang jiran yang menjadi jiran akrab yang akhirnya mereka ditentukan oleh Allah s.w.t berbesan pula.Jadi penduduk taman muafakat dan bergotong royong mengadakan majlis kahwin di Balairaya taman kami.Senang mengadakan majlis perkahwinan di balairaya.Segala kelengkapan seperti peralatan memasak,khemah,kerusi meja siap semuanya di sana.Tiada masalah.Setakat tahun ini dah 3-4 majlis perkahwinan diadakan di balairaya taman kami.Muafakat membawa berkat.Tradisi bergotong royong dalam mengadakan majlis perkahwinan masih utuh lagi.Aku agak ia tradisi seperti ini jarang berlaku di taman2x perumahan terutama di bandaraya seperti Kuala Lumpur atau di Johor Bahru.Tapi aku tidak tahu sampai bilakah tradisi ini akan kekal.Dengan tradisi yang masih diteruskan lagilah aku dapat kenal dengan jiran - jiran kawasan perumahan aku.Menyambung kembali kisah anak jiran tadi.Pengantin lelaki bernama Saiful dan pengantin perempuan bernama Nazirah sebenarnya rakan sepermainan semasa kecil2x dulu.Bapa mereka berdua aktif dalam kegiatan kemasyarakatan kebajikan penduduk taman.Pada setiap minggu kami akan mengadakan majlis bacaan Yassin di rumah penduduk yang menyertai aktiviti keagamaan.Menyambut MaulidurRasul,Marhaban dan juga aktiviti ceramah agama sememangnya adalah aktiviti pada setiap tahun.Mungkinlah kerana 2 faktor diatas mereka disatukan oleh Allah s.w.t.Emm..dah tak pening lagi dah bila tiba setiap kali balik kampung.Dah jimat belanja.Akan datang bila dah ada anak,2 nenek dan 2 datuknya boleh jaga cucu sama2x.

Iya.Aku menikmati hubungan sosial yang positif dalam masyarakat.Ini menunjukkan semangat kejiranan dipupuk melalui program/aktiviti sedemikian.Cuma aku belum merasai sosial majmuk antara bangsa lain.Kemesraan yangi ada cuma ke kedai runcit beli barang sebagai pelanggan dam penjual.Belum nampak lagi interaksi mesra yang jujur dengan jiran berbangsa lain seusia dengan aku.Kalau ada disebelah rumah aku ini pun si Nyonya dan Ahso yg menegur aku bertanyakan sudah makan ke belum dan selain itu mereka tidak fahan berbahasa Melayu.
Apa hendak buat.Mungkin puncanya pada diri sendiri atau kelemahan dasar2x dulu ke itu aku tidak tahu.Cuma aku berharap mereka yg di atas mempunyai pangkat dan kuasa,gunakanlah ia sebaik mungkin dalam memenuhi ekspitasi rakyat.Rakyat adalah akar tunjang pokoknya.Batangnya yang besar ialah kerajaannya.Seluruh pokok pula ialah seperti negaranya.
Merdeka itu kita akan kecapi jikalau kita bebas dari belenggu pemikiran lama.

2 comments:

Ayu said...

amalan gotong royong memang harusss kita kekalkn.Tapi yelah,skrg dah nampak main pudar ditelan arus kemodenan.

MK Hakimi said...

Isteri saya org felcra. Bila kahwin haritu mmg meriah habis. semua dtg tlg membantu.. kelengkapan pon mudah since ada biro tertentu yg menjaga.