04 September 2014

Cabaran30Hari Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA )

Semalam ialah hari ke 3 untuk Cabaran30Hari Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA ) .Mohon maaflah kerana pada hari semalam aku tidak sempat untuk memikirkan topik entri hari 3 iaitu Apakah yang menguatkan kita/Apakah yang memberikan kita kekuatan?Apakah yang membuatkan kita kuat.Soalan yang berbeza tetapi sama sahaja maksudnya.Hidup ini penuh dengan cabaran bukan?Setiap individu menghadapi tekanan hidup yang memungkinkan kegelongsoran pegangan akidah,yang membolehkan manusia itu berputus asa,kecewa,putus harapan dan sebagainya.Aku melihat kehidupan kita di dunia ibarat di medan perang.Kalau kita berjaya , kita mendapat manfaat yang baik dan begitulah sebaliknya. 

Aku percaya kepada kekuatan Doa.Semua Muslim tahu bahawa doa ialah senjata kepada orang mukmin,orang beriman. Begitu juga apabila kita bangun sepertiga malam demi melakukan ibadah di sepertiga malam.Mengerjakan solat sunat seperti yang di amalkan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W .Solat sunat yang boleh didirikan seperti Tahajud,Taubat dan Hajat.Begitu juga tidak ketinggalan solat sunat Tasbih dan di akhiri Witr.Maafkan aku seandainya artikel ini membuatkan pembaca ingat aku seorang yang alim , zuhud dan tawaduk. :). Aku tidak dapat melaksanakan kesemua solat sunat berkenaan pada setiap hari , tetapi aku cuba melaksanakannya secara istiqamah , kerana boleh merasai perbezaannya.Apakah perbezaanya?Mereka yang bangun di tengah malam semata-mata melakukan ibadah ialah hamba yang Allah paling sangat suka. Di saat mereka yang lain sedang lena , kita terpaksa bangun tengah malam dan mengerjakan ibadah.Allah akan memberikan keredhaan,pengampuan dan juga memakbulkan doa hambaNya itu yang bersusah payah semata-mata keranaNya Itulah kelebihan Qiamualail bagi mereka yang mengerjakannya di malam hari..Menurut alim ulama   , dengan mengerjakan ibadah sepertiga malam , solat sunat, berzikir atau membaca Al-Quran mereka melakukannya sepenuh fokus , kerana tiada gangguan dari perkara lain.Hanya malam yang sunyi sepi.hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

InsyaAllah , Dengan cara itulah aku cuba mendapatkan kekuatan dari segi jiwa,kekuatan akal fikiran supaya setiap tindak tanduk kita boleh di buat secara berhati-hati.Yang paling aku bermohon sekali pada Allah supaya di berikan kekuatan Iman , kekuatan untuk menundukkan hawa nafsu yang buas, menundukkkan godaan syaitan .Keluarga isteri , anak2x dan ibu bapa aku istilahkan sebagai pendorong kepada ku untuk menjadi lebih bersemangat sebagai seorang ketua keluarga .Aku yakin mereka di sekellilingku sentiasa mendoakan ku setiap masa. 
                                                                                                                                                                       

6 comments:

norhasnizakhalid said...

Ye, doa!! dengan doa kita akan menjadi lebih kuat..

Unknown said...

yeah...doa senjata kita sebagai umat islam...saya sokong n setuju..hihiks..

singgah di site saya pula yeaa

Unknown said...

yeah...doa senjata kita sebagai umat islam...saya sokong n setuju..hihiks..

singgah di site saya pula yeaa

Karya Mahirah said...

Ya! setuju!

Unknown said...

ya betul..doa.. doa orang yang kita sayangi.. doa ibu dan ayah.

Engku Muzahadin said...

Singgah dan Follow blog ini, datang dari #KelabBloggerBenAshaari Salam kenal... http://engkumuzahadin.blogspot.com/