25 August 2014

Semuanya Qada dan Qadar

Tanggal hari Jumaat yang lepas pada 22hb Ogos 2014,tercipta satu sejarah bagi rakyat Malaysia secara khususnya terhadap waris MH17.Seperti yang diketahui hari berkenaan ialah Hari Malaysia Berkabung kerana fasa 1 , 20 jenazah rakyat Malaysia di bawa pulang dari Belanda selepas 36 hari tragedi MH17 di tembak jatuh di Ukraine.Di antara jenazah yang di bawa pulang termasuk Allahyarham Hasni Hardi Parlan yang berasal dari Segamat.Jenazah Allahyarham diberikan penghormatan tertinggi dalam istiadat penghormatan yang tidak pernah di lakukan untuk orang awam sebelum ini.Jenazah Allahyarham kemudian di bawa pulang ke kampung halaman di Bt.Anam Segamat melalui helikopter yang mendarat di Padang B Segamat.Di sini aku berkongsi gambar-gambar detik kepiluan berkenaan sehinggalah jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Bt.8 Jalan Segamat -Gemas.Baru aku tahu sebenarnya Tuan Amir Pemilik Blog Denai Hati adalah sepupu kepada Allahyarham.
Semoga semua waris anak kapal/penumpang tabah dalam ujian berat yang dihadapi ketika ini.


P/s : Al-Fatihah .....

6 comments:

suri said...

as salam.
al fatihah pada arwah sungguh satu berita pedih sukar nak lupuskan.tragedi amat menyanyat hati semua kaum..

moga keluarga tabah dan cekal selalu.

p/s:terima kasih admin sebab masih sudi ke komen dan ke blog saya lagi ;)

Abah Zuki said...

as salam. semoga roh Allayarham n mangsa2 lain akan dicucri Rahmat n bebas dari siksa kubur. Mrka mati syahid. Al-Fatihah...

P.S. Abah follows your blog.

PuteraOhtraBulan said...

Trima kasih krn Suri juga sudi menjengah blog saya yg hmpir bersawang ini :)..

PuteraOhtraBulan said...

Terima kasih Abah Zuki.Semoga perkenalan ini membawa ukhwah yg hebat.:)

Sylarius Yusof said...

Al-fatihah.

Hafizul said...

Semoga ditempatkan dikalangan orang yang soleh...