25 August 2014

“iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger”

Rasa kembali bersemangat untuk menulis dalam blog semula. Ini semua gara-gara tuan kepada pemilik blog yang tidak asing lagi di alam maya iaitu Denaihati ( Dah mula pasang strategi ayat pujian yang melambung tinggi ni ) mengadakan contest "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ". Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang menginginkan gajet impian. Tidak kira jantina,bangsa,umur mahupun agama, iPhone  5s tetap menjadi idaman semua .Aku mengidamkannya memiliki iPhone 5s  seperti mempunyai awek yang cantik seperti Neelofa.Pada tahun lepas aku memakai iPhone 4 .Beli “secondhand” sahaja.Tapi tidak sampai 3 bulan aku pakai,anak bertuah aku telah merendamkannya di dalam mangkuk yang ada bubur nasi. Aku pasrah dan redha.Sejak itu aku pakai Tab dan juga Nokia yang ada Torclight. Azam selepas itu aku hendak iPhone 5s pula.Ini kalau hendak iPhone 5s “secondhand” di kedai mahu rabak RM 1500.
Semasa aku mengerjakan umrah pada hujung April  lepas,aku terpaksa membeli handset di Madinah .Allahu Akbar.Hendak buat macam mana.Terpaksa. Bateri kamera yang di bawa bersama dari Malaysia jenama Nikon jenis CoolPix  dah sampai nyawa.Tidak boleh pakai lagi.Puas juga mencari bateri ganti namun tiada satu pun kedai yang mempunyai stok bateri itu. Akhirnya selepas 2 hari , aku membuat keputusan membeli handset baru juga.Jenama canggih dari Korea yang popular itulah.Aku membeli handset Grand 2 Samsung. Harganya lebih kurang 1200 riyal.Aku tak survey pun harga gajet itu dalam market Malaysia.Mungkin lagi murah agaknya, aku pun tak tahu .Akhirnya itulah barang paling mahal di beli sebagai kenangan dan di bawa balik ke Malaysia. Walau bagaimanapun pembelian itu berbaloi kerana aku dapat merakamkan gambar indah di Madinah dan di Mekah ( semoga Allah memakbulkan doaku kembali menjejak kaki ke 2 Tanah Haram lagi.Selepas pembelian handset itu , keinginan untuk memiliki iPhone terus terpendam seperti gunung berapi yang sedang tidur.
Pada minggu lepas pula terlihat pula seorang member memegang iPhone 5s semasa kami bersarapan bersama. Ah kacau jiwa aku kembali.Aku tanya dia , berapa harga beli handset iPhone ni. " RM 1500 aja bro.Secondhand aja".Fuh..Sambil aku membelek2x handset dia dengan penuh rasa kagum.Pada hari Jumaat yang lepas pula , aku sempat berbual dengan isteriku dan mencadangkan dia tukar handset kerana dia sudah lama pakai handset jenis.Samsung ( S2 ) .Alasan lain ialah anak-anak berebut.Si Aqil dan Dahlia suka main handset umi dia termasuk handset aku sekali sampai bateri habis.Itu yang buat handset jadi ‘hang’selalu. Aku bergurau dengan dia belilah handset iPhone 5s.Secondhand jadilah.Isteriku tak minat.Katanya susah pakai.   ( Pengalaman dia semasa menggunakan handset iPhone 4 aku dulu ) .Aku kata pada dia balik “Ambil handset abang ini , abang pakai handset iPhone tu “.kami gelak sama-sama.Tapi sampai sekarang tiada kata putus.Hmmm..
Jadi mungkin ini kalilah  untuk aku kembali ke kancah penulisan blog dengan aktif.Ada banyak  idea yang aku kumpulkan.Ada banyak perkara yang ingin aku kongsikan tapi kegagahan itu kurang berbanding Malas untuk menulis blog PuteraOhtraBulan ini. Gajet impian ini memudahkan blogger untuk menulis artikel , menyunting gambar dan seterusnya 'publish ke blog kita .Iphone 5s memang terbaik dan eksklusif. Nama pun brand Apple.Bukan semua orang hendak beli sebab harganya yang merabakkan poket seluar jeans itu Bila ada contest macam ni lah boleh berusaha mencuba.Manalah tahu jadi rezeki kita pula iPhone 5s ini.Terima kasih kepada Tuan Denaihati kerana kerana mengadakan contest yang hebat ini.

Terima kasih rakan penaja yang bersama Denai hati kerana tajaan contest ini.InsyaAllah selepas ini kalau ada rezeki saya pun nak sponsor pula blogger yang membuat contets lain.InsyaAllah.



Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

5 comments:

Nys Anis said...

comelnye kiddo ! pandai amek hati ayah

Sentiasa Panas said...

Selamat berjaya dalam cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ye..

PuteraOhtraBulan said...

Sokongan kiddo sgt diperlukan..baru ada upah beli cokelat

Denaihati said...

billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

PuteraOhtraBulan said...

Terima kasih tuan Denaihati :) insyaAllah