04 February 2014

AKU MESTI PERGI ke #SBB2014 #SBBYEOS2014

Mengapa AKU MESTI PERGI ke #SBB2014 #SBBYEOS2014.

Bagaimana ingin aku mulakan bicara petang yang tenang ini ye sesudah pengumuman Majlis Sepetang Bersama Bloggers dan YEOS 2014 #SBB14 #SBBYEOS14 telah pun diketahui secara umum di dunia blog.
Pertama sekali aku mengucapkan rasa syukur pada Allah s.w.t kerana limpah kurniannya yang membuka pintu hati aku kembali untuk aktif dalam dunia blog.Walaupun aku bermula pada penghujung tahun 2008 , selama beberapa tahun hangat-hangat tahi ayam sahaja dengan blog ini.Sekejap sahaja bersemangat untuk mengemaskini blog PuteraOhtraBulan dengan catatan terbaru, kemudian terus tenggelam kerana apa?Kerana pada masa itu aku mudah putus asa dan malas berusaha untuk menimba ilmu blog walaupun aku rasa sudah lama mengetahui akan blog Denaihati beberapa tahun yang lepas.

Ramai bloggers telah menyebar luaskan Event yang buat kali ke 2 diadakan selepas penganjurannya pada tahun lepas. Majlis Sepetang Bersama Bloggers dianjurkan oleh Team Denaihati telah mendapat sponsor jenama besar iaitu Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad ( YEOS ).Kesudian syarikat korporat yang berbesar hati menaja majlis ini,secara tidak langsung mengiktiraf blogger dan dunia blog di Malaysia ini.Penganjuran majlis ini akan diadakan pada 08 MAC 2014 hari Sabtu.Lokasi majlis diadakan di Saloma Bistro yang berdekatan dengan KLCC.Wow ! lokasi yang menghadirkan zaman retro ni.Cayalah Team Denaihati Network.

Kehadiran top bloggers iaitu Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan dan juga Zarul Husin ( Umbrella ) serta beberapa top bloggers lain sebagai panel dalam majlis berkenaan yang bersedia  untuk berkongsi ilmu blog bagaimana mereka melibatkan diri dalam dunia blog mula-mula dahulu sehingga berada di tahap tertinggi sekarang.Justeru itu , disinilah kita dapat menimba ilmu blog di samping dapat berjumpa dengan rakan-rakan blog yang lain yang kita kenal di alam maya kerana dapat bertemu dan berkenalan lebih rapat lagi.Macam aku setakat ini tiada lagi bloggers dari Segamat yang aku kenal untuk aku bertemu , bersembang mengenai hal-hal blog pada buat masa  ini. Jadi pada masa itulah aku mengambil peluang mengenali sahabat bloggers dan merapatkan ukhwah di samping meluaskan rangkaian sahabat alam maya ini .



Dengan membayar yuran sebanyak RM 20 SAHAJAberbagai hadiah daripada penganjur disediakan seperti t-shirt, buku Denaihati dan lain-lain. Pihak penganjur juga menyediakan Cabutan Bertuah . Antara hadiah yang BEST ialah barisan gajet seperti iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit),  pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi oleh para tetamu yang hadir pada kali ini. Fuhh rugi kalo tak join jugak ni .Rugi-rugi….Pulak penganjur menyediakan menu power seperti kambing golek yang yummy dan cendol .Phuii..lagi rugi tak pergi..sebab bayar 20 hengget aja untuk semua diatas

Pendaftaran ke majlis berkenaan akan melayakkan untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai di mana pemenang akan mendapat wang tunai ini di majlis SBBYEOS2014.Wow..popularnyer bila diangkat jadi pemenang nanti.
  1. Minggu pertama : RM100 x 3
  2. Minggu ke dua    : RM80 x 5
  3. Minggu ke tiga    : RM50 x 5
  4. Minggu ke empat : RM20 x5
Jadi itulah sebabnya aku KENA pergi.Sekian terima kasih.

Yang benar,
Puteraohtrabulan


P/s : Setinggi Penghargaan kepada team Denaihati Team kerana susah payahnya menganjurkan majlis ini.



AKU MESTI PERGI ke #SBB2014 #SBBYEOS2014

8 comments:

suri said...

hai..seronok sahaja nak pergi heee...

Unknown said...

kalau dapat pergi harap dapat jumpa tuan belog ini

puteri kasih said...

meriah bila ramai ramai berkumpul nanti :)

akubiomed said...

Saya sudah daftar. Jumpa di sana nanti.

titan said...

wahh..sampai mesti perg tu. hoho..

suri said...

suri nak pergi agaknya dapat jumpa siapalah nanti ya...

Unknown said...

dapat kawan-kawan baru bestkan dapat makan pun satu hal heee

eyriqazz said...

Jumpa di sana