02 February 2014

Nasib Manchester United

Kini Manchester United bolehlah mengangkat kain putih dalam mengejar kejuaraan Liga BPL untuk kali yang ke 21 musim 13/14.Biarlah 3 kelab besar Manchester City,Chelsea dan Arsenal yang memiliki trofi itu.
Selepas hampir 21 jam perlawanan Stoke City dan Man.Utd telah berlangsung dengan kekalahan mengejut 2-1 kepada tuan rumah,barulah aku dapat membuat entry ini.Aku tidak mahu bias dengan team top 5 .Tapi kelab top 5 memang lebih baik dari kelab yang berada di tangga ke 7.He..he..he..Mesti bangga giler bloggers fan Arsenal,Liverpool,Manchester City dan Chelsea aku dok puji nih.Jendela perpindahan pemain bulan Januari sudah ditutup.Dengan perbelanjaan kasar sebanyak Pound Sterling 725 juta ( RM 3.98 bilion ),Manchester United hanya mendapatkan seorang sahaja pemain tengah Juan Mata yang berharga RM 204.17 juta( bukan sikit duit tu ) bagi menambah kekuatan pasukan.Konon-kononnya Toni Kroos dari Bayern Munich berpindah ke Manchester United jelaslah hanyalah khabar angin semata-mata bagi mengaburi mata peminat termasuk aku.
Pada perlawanan hari itu Juan Mata di masukkan lines up 1st eleven.Bergandingan dengan WRooney dan Ashley Young di bantu oleh Carrick dan Cleverley,formasi itu seperti memberi kelebihan kepada Manchester United.Walau bagaimanapun ,nasib tidak menyebelahi,Juan Mata yang berazam membantu Man.United untuk mencapai kemenangan ke 2 terpaksa berputih mata apabila kalah 2-1 dengan Stoke City.Pada pandangan aku sebagai pengurus dalam Top Eleven,Champion Manager selama 10 tahun ( kah.kah.kah , jangan marah ye bang/akak ) dalam perlawanan tersebut ,sepatutnya Adnan Januzaj boleh diletakkan di sayap kanan .Manakala Juan Mata sebagai Attacker Midfielder bergandingan dengan Shinji Kagawa,bukan Michael Carrick. W.Rooney dan RVP macam biasa sebagai target man.Cleverley tidak menunjukkan prestasi yang baik.Aku rasa dia seperti hilang deria rasa untuk mencipta gerakan gol?Pertahanan pun satu hal,mengharapkan Evra untuk menutup pintu kubu gol dari dibolosi seorang sahaja.Patut David Moyes dah tengking budak pertahanan ni macam Smalling dan Jones serta sorang kembar tu.Sapa nama dia?Plak lupa nama dia..He..he..he..
Dalam masa begini David Moyes harus bermuhasabah diri,dia patut pentingkan pemain yang paling dia suka ke atau berikan kepada pemain yang menunjukkan prestasi yang lebih baik.Pemain tua mcm Ferdin nd ke atau Adnan Januzaj.Apa pun hanya DM yang lebih mengetahuinya.
Jadi untuk kejuaraan Eropah mesti menjadi sasaran utama untuk menjuarainya sebagai ubat kepada pemain dan peminat Manchester United.Sekurang-kurangnya banyak duit yang boleh dapat dari kejuaraan Eropah boleh membeli pemain yang lebih berbakat pada musim 14/15 nanti.

P/s:Aku pengulas sukan bola sepak yang tidak diketahui popular ke tidak di alam semesta ini..Kah3x..
Tambah kapsyen

2 comments:

Bunda_nora said...

assalam,

selamat pagi isnin...

hafizmd said...

hohohooo...inilah nasib manu musim ni...

ambe hanya harap dapat finish top 4 musim ni...juara, mmg angkat bendera putih dah...huhu