05 February 2014

Respek Kerja Mereka


Berhenti buat kerja menaikkan status MURAHAN bro.
Kalau pun tak mahu ambil tahu apa pengorbanan yang jururawat hospital kerajaan 
Hormati kerja mereka.
Hormati kerja semua orang
Jangan membandingkan apa yang kau nampak di depan mata kau.
Hospital kerajaan untuk semua kelas masyarakat.
Tiada diskriminasi asalkan warganegara Malaysia.
Bayar 1 ringgit sahaja bro .
Hospital swasta berasaskan keuntungan kerana pesakit ibarat CLIENT mereka
Sebab itu mereka memberikan perkhidmatan & layanan terbaik untuk client mereka.
Basuh berak kencing pesakit itu semua jururawat hospital kerajaan lakukan.
Kalau nak suruh waris pesakit ..phuuiiii..
Mungkin ada yang sanggup.Tapi biasa mereka tak sanggup.
Dan tiada beza Jururawat Hospital Kerajaan atau Jururawat Swasta.
Belajarnya pun dari KKB atau kolej swasta.

Cuma mohon mintak RESPEK kerja mereka sahaja.
Berkata benda yang baik,kalau tak mampu berkata benda yang lebih baik ,lebih baik diam bro.

Sebagai Muslim kita bercakap atas akhlak dan adab yang baik.

Semoga lu ada penyesalan dalam hati kau apa yang kau katakan.
Kerana kau melukakan hati jururawat-jururawat luar sana
Mungkin juga melukakan jururawat yang pernah mengendalikan proses sewaktu emak kau bersalinkan kau waktu ketika dulu.

Ingat Bro.Setiap apa yang keluarkan dari  lidah kita,akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat nanti.












3 comments:

Denaihati said...

kenapa sampai ada ayat macam tu agaknya, dah hilang pertimbangan kot. diaorang pun manusia juga, ada kehormatan. setuju dengan bro belum tentu ada waris sanggup bersihkan najis. setakat ni pengalaman kat hospital kerajaan ok je, kalau dapat layan yang kurang elok mungkin dari segelintir saja pun, fenomena ni kat hospital swasta pun ada.
Juga pernah ada pengalaman kerja dengan hospital.

BUNDA said...

Kalau tak ada pesakit tak ada lah doktor/perawat...juga tak ada jururawat ..tak ada klinik tau hospital atau yang seumpamanya...
Kita saling memerlukan ...kalau tak puas hati serba tak kene buat sendiri...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.. bersyukurlah dengan adanya hospital kerajaan dapat membentu semua golongan masyarakat, tak kira miskin atau kaya.. jika dibandingkan dengan negara lain, hospital kerajaan di malaydia lagi bagus, dah la bayaran pun tak mahal, rawatan pesakit luar rm1 je, kalau pakar rm5.. jika di swasta memang tak dapat la harga macam tu.. miskin dan kaya tetap kena bayar harga itu.. baik pindah duduk negara lain je kalau banyak sangat cakap..