29 January 2014

Wordless Wednesday 011

Powered by Selfie

26 January 2014

Segamat terkena cuaca sejuk?Betulke?


Segamat mungkin terkena tempias cuaca sejuk juga.Cuma dalam InstaWeather ini menunjukkan suhu pada pagi ini ialah 30c.Suhu yang normal sebelum ini.


Jadi aku mendapatkan sumber info cuaca yang lain iaitu AccuWeather.com untuk daerah Segamat.Hasilnya ramalan cuaca pada hari ini ialah 21'c. Kedua-dua sumber ini mempunyai hasil yang berbeza.

Jadi ,adakah Segamat juga menghadapi tempias fenomena cuaca sejuk juga?

p/s:Aku suka cuaca sejuk.Boleh menggayakan fesyen musim sejuk pula.Dan ramai awek akan menutup aurat untuk menghalang angin dari kena dekat badan mereka.

23 January 2014

Berita tragis itu sangat mendukacitakan!

Satu lagi berita tragis yang sangat menyayat hati , lagi nyawa kanak-kanak kecil direntap secara kejam akibat kerakusan nafsu serakah manusia . Manusia yang mempunyai jiwa hitam , hati legam dilingkari dengan godaan syaitan tidak ada langsung belas kasihan . Apabila aku mendengar berita seperti ini , ia merentap seluruh batin . Menaikkan kemarahan aku kepada si pembunuh . Istighfar menjadi benteng bagi menghilangkan kedukaan dengan berita sebegini .Allahu Akbar.

Aku termenung sejenak , mengapakah masih ada lagi manusia yang berlaku kejam kepada anak-anak kecil? Bagaimanakah seorang emak tergamak mengorbankan jiwa seorang anaknya. Tidakkah dia sedar anak itu adalah amanah dari Allah .Entahlah ..

Ramai ibu bapa yang terkesan dengan berita begini .Antaranya ialah isteri saya , dia berasa sedih hingga mengalirkan air mata pada hari semalam apabila membaca berita itu.Anak itu anak kecil , anak yang comel .Anak comellah yang membuat kita terhibur dengan telatah si dia.Macam anak kami Aqil dan Dahlia.
Dadah boleh merubah segalanya.Impaknya memang negatif.Bila diri terjerumus dengan benda itu,jahanamlah hidup.Merosakkan diri sendiri dan merosakkan hidup orang lain juga.Macam itulah kes yang terjadi.Sebab itu zaman Tun Mahathir mengishtiharkan bahawa Dadah Musuh Nombor 1 Negara.Mesti diperangi habis-habisan.Tapi yang lagi aku marah kenapa masih ada lagi individu yang sanggup menyebarkan gambar mayat anak kecil itu ke dalam media sosial?Mereka yang menerima gambar itu pula berkongsi pula dalam group whatsapp lain.Usahlah di buat sebegitu.Tidak baik.Jadilah kita sebagai individu yang bertanggungjawab tidak menyebarkan aib orang lain.Biarlah gambar itu hanyalah untuk siasatan forensik sahaja.Kepada mereka yang menerima gambar itu,padamkanlah dalam telefon anda.Nasihatlah kepada rakan anda sekiranya dia berkongsi gambar itu dengan anda.

Wahai ibubapa diluar sana,terutama mereka yg menghadapi konflik rumah tangga.Jikalau ada anak kecil ,ingatlah bahawa itulah harta paling bernilai yang bakal membawa kamu ke syurga.Janganlah dipersiakan anak itu.Dekatkanlah dengan Allah.Hanya Dialah yang dapat membantu kamu menemui jalan penyelesaian.

Buat Adik Syafiqah,
Ayah tidak mengenali mu
Umi juga tidak mengenalimu
Namun yang pasti kamu anak yg comel

Adik Syafiqah,
Perasaanmu sama dengan anak comel lain
Kamu pasti ingin dimanjakan ingin dibelai
Oleh kedua ibu dan ayahmu
Namun apakan daya,Allah mentakdirkan kamu menghadapi hidup berbeza

Adik Syafiqah,
Percayalah ,ramai umi dan ayah diluar sana
Sangat menyayangi dirimu
Kerana kamu comel,kami tidak akan menjentikmu
Apatah lagi mengeronyok kamu.

Adik Syafiqah
Belum tumbuh gigi sempurna,belum mampu membaca Alif Ba Ta
Nyawamu direntap oleh manusia yang mempunyai hati binatang
Ayah dan Umimu diluar sana tidak dapat membayangkan
Saat kamu menghadapi seksaan itu.

Adik Syafiqah
Kamu akan membaui wangian syurga
Allah akan masukkan kamu ke dalam syurga
Tiada siapa yang dapat menghalangnya
Semoga roh kamu tenang di sana.

Al-Fatihah buat adik Syafiqah

21 January 2014

Rutin seorang suami jururawat

Kalo sudah namanya suami jururawat , ada rutin yg kebiasaan aku kna buat berbanding suami bukan seorang suami jururawat.Tidurkan anak pada jam yg lebih awal bila isteri kerja sebelah shift malam.Bukan apa ,senang nak aku buat kerja rumah atau  pun tonton tv bila diaorang ni dah tidur dulu.Bila dah masuk jam 09.30 malam ,aku akan tutup tv ,padamkan suiz lampu biar gelap.Cuma lampu tidur sahaja yg menerangi ruang tamu.Aku akan buatkan susu untuk Aqil dan Adik.Tak lupa juga pasangkan ubat nyamuk dalam bilik.Nanti tergaru-garu diaorang dekat kaki sampai tidur pun tak lena.Bila keadaan sudah senyap sunyi , baru boleh aku pasang tv semula dan buatlah kerja lain.Basuh pinggan ke , lipat baju ke , atau buat entry baru untuk blog.Sekarang mereka dah tidur lena. Dapatlah tengok game bagi Piala F.A Pahang lawan Perak .
Masing-masing ada bantal wangi sebagai penyedap tidur.Kalo takde maunya menangis diaorang ni.Bantal ni da smpai Cameron Hihglands.Kena bawa masa berjalan.






20 January 2014

VOLKSWAGEN ON TOUR

Berjalan-jalan bercuti di Bandaraya Bersejarah Melaka bersama dengan isteri dan anak-anak merupakan percutian singkat sehari semalam untuk tahun 2014 ini. Melaka sangatlah dekat dengan Segamat .Boleh berjalan – jalan ke sana dengan menginap di hotel ataupun pergi dan balik hari sahaja .Aku membawa anak-anak dan isteri berjalan kerana isteri pun dapat cuti sempena Thaipusam .Selain itu Aqil ( anak sulong ) ingin tengok buaya lebih dekat lagi . Asyik tengok dalam TV di saluran Animal 550, jadi aku membawanya ke Taman Buaya selain ke Kapal Flo De La Mar dan AEON Melaka . Sangat seronok melihat Aqil gembira kerana permintaannya telah ditunaikan oleh kami . Alhamdulillah. Keseronokan Aqil , keseronakan bagi aku .
Tapi yang paling seronok sekali aku dengan Aqil ialah dapat juga melihat kereta idaman , angan-angan atau tidak buatan Jerman Volkswagon ( VW ) dengan lebih dekat lagi . Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja ketika syarikat besar itu membuat roadshow “ On Tour VW “ . Event ini dia adakan di tempat letak kereta pusat membeli belah ‘Mydin’ Ayer Keroh dan pertama kali aku membawa keluarga terutama Aqil ke pameran kereta ini . Alhamdulillah . Khemah besar yang berwarna putih menyambut kehadiran kami dengan lambaian tangan amoi Cina yang memberikan senyuman manis, seksi dan menggoda.Tapi aku lebih terpana dengan model-model VW yang di pamerkan memenuhi segenap ruang dalam khemah besar itu . Rata-rata , ramai pengunjung datang ke situ bagi melihat model-model VW yang canggih. Antaranya ialah ikonik termasyhur VW The Bettle , Passat , Golf GTi , Scoricco , Jetta dan Polo .

VW On Tour memberikan pengalaman yang sangat unik dan eksklusif kepada para pengunjung walaupun sekadar ramai di antara mereka termasuk aku hanyalah untuk bemain-main dengan stereng dan butang panel kereta VW setiap modelnya . Para hadirin boleh menyertai satu ‘contest’iaitu teka teki puzzle untuk mendapatkan hadiah percuma dari VW .Ia satu penyertaan contest yang sangat mudah dengan mendapatkan setiap 1 puzzle di 5 checkpoint yang ditetapkan. Pergi sahaja ke setiap check point VW berkenaan kemudian mendengar penerangan tentang  seperti teknologi terkini kereta VW dari staff mereka . Tapi yang check point paling best ialah “Driving Simulator” menggunakan VW Golf GTI yang telah memenangi Kejuaraan World Rally Championship 2013.Satu kejayaan sempurna oleh VW Motorsports .Ia seperti mesin Daytona, cuma lebih canggih lagi permainannya.Dapatlah menghabiskan satu pusingan di atas track lumba Selain itu jenama Eropah ini memperkenalkan konsep ‘ Think Blue ‘ dalam On Tour ini .Pelawat akan didedahkan lebih banyak maklumat mengenai teknologi kenderaan iaitu penggunaan petrol yang lebih efisien dalam mengurangkan pelepasan karbon .VW yang telah banyak memenangi anugerah Inovatif cuba menerapkan teknologi yang lebih mapan kepada keretanya.Selain itu teknologi keselamatan khas untuk kanak-kanak di mana VW juga mempunyai kerusi keselamatannya dan ISOFIX untuk mereka.Ia benar sekali kerana kebanyakan model VW sekarang telah banyak menerapkan teknologi baru itu .Salah satu aktiviti yang paling ditunggu oleh aku ialah sesi menguji pandu model VW.Ia salah satu syarat bagi mendapatkan 1 puzzle daripada 5 puzzle untuk dicantumkan sepenuhnya .Teringin aku membawa Aqil merasai memandu kereta katak versi moden VW ini .Aku siap beritahu Aqil yang kita akan menaiki The Bettle itu.Aqil sangat menyukai model sebegitu sejak dari kecil lagi.Mungkin kerana rekabentuk yang unik .Dia memang kenal kereta katak itu .Setiap kali kalau terjumpa kereta katak depan matanya , dia berasa teruja dan memberitahu pada aku .Jadi aku mendaftarkan diri dengan mengisi borang yang disediakan oleh mereka .Syarat pandu uji VW ialah pelawat mempunyai lesen memandu yang masih aktif. Namun aku amat hampa kerana VW tidak menyediakan pandu uji model The Bettle .Justeru itu , aku memilih model Polo GTI .Tidak mengapalah ,asalkan boleh merasai nikmat memandu model VW ini.Aku juga ingin membawa bersama isteri dan anak ku yang kecil si Dahlia bersama Aqil .Tapi aku sangat hampa dan kecewa sedikit .Rupanya kanak-kanak kecil seusia Aqil tidak dibenarkan untuk menyertai sesi uji pandu ini .Serba salah juga pada si Aqil ini .Alasannya aku pun tidak ketahui .Lupa pula hendak tanya .Takkan aku hendak pandu uji seorang diri.Jadi aku mengambil keputusan menarik diri dari sesi uji pandu berkenaan walaupun POLO GTI itu sudah berada di depan mataku . Hmm..Bukan rezeki aku lah pada masa ini . Aku cuma mengambil puzzle untuk melengkapkan bahagian Puzzle  sepenuhnya dan mendapatkan ‘Free Gift’ dari VW ini . Walau apapun terima kasih VW On Tour 

VW On Tour di Ayer Keroh Melaka merupakan event terakhir sekali yang berakhir pada hari semalam selepas di adakan di 5 lokasi yang berlainan yang bermula pada 13 Disember lepas .Pada pendapat aku VW On Tour telah membawa satu pengalaman yang mengujakan dengan interaktif dan aktivitinya yang cukup boleh dirasai oleh denyut nadi jantung aku dan juga ramai pengunjungnya .

P/s : Aku bertanyakan kepada Aqil perasannya berjalan .Di jawabnya " Aqil seronok sangat . Da lama tak berjalan-jalan"

Silalah menikmati gambar - gambar ini ye :)













15 January 2014

Wordless Wednesday 007


Teringat zaman muda-mudi dulu..Kih3x

13 January 2014

Alza Advanced Baru

Perodua telah pun mengeluarkan model baru variasi Alza Advanced yang telah di “upgradekan” pada kabin dalaman dan luaran badannya . Aku lebih berminat untuk membuat review Alza Advanced baru ini kerana aku juga mempunyai sebuah  Alza Advanced yang dibeli pada tahun lepas.Belum  sampai setahun lagi aku membelinya, keluar pula model yang sama dengan ciri-ciri baru . Pada hari Ahad semalam aku berkesempatan pergi ke Pusat Jualan Perodua Harapan Terang Motor di Jalan Buloh Kasap – Segamat untuk melihat dengan lebih dekat lagi Alza Advanced baru ini.Apabila masuk sahaja ke ruang pameran , terserlah warna Merah Hati Alza itu.Ia seperti mencarik hati aku kerana pada pandangan pertama ,aku sudah menjadi teruja. Masa aku membeli Alza Advanced tahun lepas , aku dan isteri memilih warna putih suci kerana sedap mata memandang bagiku. Aku pusing keliling dulu dan dari depan perubahan grill baru berwarna krom mengelilingi lambang Perodua.Bumper depan lebih sporty dengan skirting yang lebih menarik.  Lampu spotlight diangkat ke atas sedikit dan dilarikan ke hujung tepi bumper menampakkan lagi pesona sebuah Alza . Manakala penampilan belakang Alza pun turut berubah .Mempunyai lampu ‘Clear Lens Tail’, Spoiler yang lebih beraerodinamik , bumper dan skirting yang sangat sporty dan warna hitam menghiasi keliling cermin belakangnya . Ia membuatkan aku tertekan apabila melihat variasi baru Alza ini . Huh...
Alza Advanced baru ini turut mempunyai cermin tepi yang boleh dilipat secara automatik. Haa..Itu aku sangat jelous dan tidak puas hati. Myvi baru pun ada cermin lipat automatik telah dilancarkan pada tahun 2012 . Tapi tak tahulah kenapa jurutera Perodua tidak terus pasang ke Alza Advance sebelum ini . Apabila aku masuk ke dalam dan duduk di kerusi ‘drebar’, aku rasa tiada perbezaan .He..he..he. Ok set Multimedia rekaan baru dengan LCD Toucscreen 6.5 inci. Seperti Set Multimedia Alza Advanced terdahulu , ia juga mempunyai USB , SD Card dan DVD player. Begitu juga dengan GPS, kamera pandang belakang , Bluetooth , FM/AM disambungkan kepada monitor di syiling yang bersaiz 8 inci rasanya .Ia satu penambahan aksesori yang menarik. Kalau berjalan jauh bagi keluarga yang ada anak kecil lagi ,bolehlah mereka tengok DVD kartun atau cerita best supaya mereka tidak melompat-lompat dalam kereta dan duduk diam lagi.Tapi aku lebih suka kalau LCD itu diletakkan di belakang seat penumpang yang depan sekali. Fuh , dah macam dalam kapal terbang. Tapi itu adalah alternatif aksesori tambahan kepada mereka yang mempunyai Alza Advance macam aku.Yang pasti nya Alza Advance sebelum ini kena buat perubahan wiring sedikit kerana mengikut peraturan JPJ untuk spesifikasi Multimedia itu , kalau hendak tengok cerita DVD atau CD ,kereta kena berhenti tak boleh jalan. Kena tekan foot brake , baru gambar dan suara terpapar pada skrin secara automatik Peraturan ini untuk keselamatan semua penumpang. Takut drebar boleh terleka apabila tengok cerita sama-sama ,boleh mengakibatkan kemalangan. Ciri tambahan lain pula ialah tempat letak tangan pemandu mempunyai ruang untuk menyimpan barang yang boleh dinaik dan diturunkan.Alza Advanced sebelumnya tiada akan ciri itu. Begitu juga seat barisan ketiga,kerusinya boleh dilipatkan pada single seat. Banyak betul ciri-ciri baru yang Alza Advanced dulu tiada . Sangat cemburu
Dari segi kuasa enjin masih sama dengan bersesaran 1499 cc DVVT , DOHC dan EFI. Namun kalau diikutkan penjimatan minyak lebih baik guna kancil atau kereta yang bawah 1000 cc sahaja. Setelah harga petrol naik , kos pembiayaan petrol pun turut naik. Jikalau sebelum ini aku mengisi petrol pada Alza RM 30 ia boleh bertahan 5 hari untuk .Pada hari ini RM 30 bertahan untuk 3 hari sahaja kerana RM 30 hanya dapat jarak perjalanan 150km. Sebelum ini , aku mengisi petrol RM 30 boleh mendapat jarak perjalanan 180 km .

Paling akhir sekali ialah mengenai harga sebuah Alza Advanced baru .Wow..ini yang paling aku jelous.Jelous banyak sangat. Sangat beruntung bakal pembeli yang mendapatkan sebuah Alza Advanced ini . Sebelum ini Alza yang aku beli ialah pada harga RM 70k termasuk insurans atas jalanraya dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM 728 selama 9 tahun , kali ini Perodua telah menurunkan harga Alza Advanced itu pada RM 64,500 dengan bayaran ansuran RM 677.20 selama 9 tahun .Perodua telah dapat menurunkan harga keretanya sebanyak RM 5000.00 dengan ciri tambahan yang lebih baik lagi. Mungkin Perodua berjaya mengurangkan kos operasi kerana kecekapan pengurusan dan efisyen bersama vendor-vendornya.

Jadi itu pandangan peribadi aku mengenai Alza Advance yang baru .Bagaimana hendak membuat keputusan membeli kereta ini terserahlah kepada anda seperti faktor kewangan dan kesesuaian keluarga.Namun kereta ini sangat ekonomikal bagi mereka mempunyai anak seramai 3 orang ke atas untuk jangka masa panjang seperti saya. Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan yang tepat .Untuk maklumat lanjut datang ke puasat pameran Perodua yang berdekatan atau layari laman web PERODUA











06 January 2014

Tahun 2013 dan 2014

Belum terlambat rasanya aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua Bloggers alam maya ini . Semoga pada tahun 2014 akan memacu impian , wawasan , azam engkauorang terbang tinggi sehinggalah tercapainya pada tahun ini . 

Hari ini ialah entry pertama aku untuk tahun 2014. Entry yang ke 176 yang diterbitkan sejak aku menulis untuk blog ini pada 30 Disember 2008. Jadi 30 Disember 2013 genaplah 5 tahun aku berblogging yang sepatutnya blog ini mempunyai followers lebih dari 1000 orang , popular , dan meraih pendapatan yang lumayan . ( Ha..ha..ha.. cakap kosong aja aku ini ) . Enam hari aku tidak ada entry baru selepas entry terakhir pada 30 Disember 2013 . 3 Faktor utama tidak dapat mengupdate blog ialah
1. Setakat ini aku belum dapat lagi pakej internet yang ditawarkan kepada aku setelah sebulan lebih aku dengan ejen TM . Permohonan hantar ke TM Melaka. Walau bagaimanapun pihak TM Melaka telah menelefon aku untuk pengesahan maklumat dan kemungkinan mereka akan pasang line internet di rumah aku dalam masa terdekat ini . Bila dah ada internet di rumah , buaslah aku berblogging nanti .

2. Minggu lepas kesibukan dengan latihan sukan bola sepak dan pingpong mewakili agensi peringkat negeri yang akan diadakan pada hujung bulan Januari ini . ( Ada kejohanan baru nak bersukan aku ni , maunya tak fit badan aku ni )

3. Aku tidak berapa suka untuk melayari internet pada di pejabat walaupun kadang-kadang ada masa terluang .Kerana melayari blog rakan-rakan sudah tentu ambil masa yang agak lama untuk memberi komen dan membalas komen pada blog aku ini . Nanti apa nak jadik dekat kerja hakiki aku nanti. Pulak ramai staf yang nak guna PC ni .

Untuk tahun 2013 , aku bangkit dari lena yang panjang untuk kembali aktif berblogging .Alhamdulillah , bermula dari November 2013 sehingga Disember 2013 sebanyak 38 catatan yang telah aku postkan untuk tatapan dunia maya . Sekadar perkongsian pengalaman hidup . Di samping itu aku banyak melayari blog lain dan memperkenalkan diri kepada rakan blog baru . Kenalah rajin-rajin menjengok blog orang lain dan memberikan pendapat di atas setiap entry mereka .
38 Catatan untuk 2 bulan terakhir 2013 belum cukup lagi.



Oleh demikian , setelah beberapa blog yang sering aku lawati dan memberi pendapat atas setiap catatan di posting mereka , jadi aku ingin memberikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka ( bloggers ) yang sentiasa memberikan komen dan pandangan kepada entry yang aku postkan di dalam blog ini .


Terima kasih pada kalian




Banyak pengalaman yang aku perolehi dalam aku membuat catatan .Gaya catatan yang menarik boleh menarik perharian ramai Viewers untuk membacanya dan seterusnya menjadikan ia satu catatan yang hit . Tidak sangka pula catatan Cuti  Hari Jumaat Dikembalikan kepad rakyat Johor Klik Disini menjadi catatan paling hit untuk tahun lepas . Alhamdulillah .

Semoga tahun 2014 ini dapat kita bangkit dari tidur lena yang panjang untuk menjadikan diri kita lebih baik dan berkualiti .Melangkah jauh lebih ke hadapan dengan menimba ilmu dan banyakkan membaca bahan ilmiah yang bermannfaat .




.