20 January 2014

VOLKSWAGEN ON TOUR

Berjalan-jalan bercuti di Bandaraya Bersejarah Melaka bersama dengan isteri dan anak-anak merupakan percutian singkat sehari semalam untuk tahun 2014 ini. Melaka sangatlah dekat dengan Segamat .Boleh berjalan – jalan ke sana dengan menginap di hotel ataupun pergi dan balik hari sahaja .Aku membawa anak-anak dan isteri berjalan kerana isteri pun dapat cuti sempena Thaipusam .Selain itu Aqil ( anak sulong ) ingin tengok buaya lebih dekat lagi . Asyik tengok dalam TV di saluran Animal 550, jadi aku membawanya ke Taman Buaya selain ke Kapal Flo De La Mar dan AEON Melaka . Sangat seronok melihat Aqil gembira kerana permintaannya telah ditunaikan oleh kami . Alhamdulillah. Keseronokan Aqil , keseronakan bagi aku .
Tapi yang paling seronok sekali aku dengan Aqil ialah dapat juga melihat kereta idaman , angan-angan atau tidak buatan Jerman Volkswagon ( VW ) dengan lebih dekat lagi . Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja ketika syarikat besar itu membuat roadshow “ On Tour VW “ . Event ini dia adakan di tempat letak kereta pusat membeli belah ‘Mydin’ Ayer Keroh dan pertama kali aku membawa keluarga terutama Aqil ke pameran kereta ini . Alhamdulillah . Khemah besar yang berwarna putih menyambut kehadiran kami dengan lambaian tangan amoi Cina yang memberikan senyuman manis, seksi dan menggoda.Tapi aku lebih terpana dengan model-model VW yang di pamerkan memenuhi segenap ruang dalam khemah besar itu . Rata-rata , ramai pengunjung datang ke situ bagi melihat model-model VW yang canggih. Antaranya ialah ikonik termasyhur VW The Bettle , Passat , Golf GTi , Scoricco , Jetta dan Polo .

VW On Tour memberikan pengalaman yang sangat unik dan eksklusif kepada para pengunjung walaupun sekadar ramai di antara mereka termasuk aku hanyalah untuk bemain-main dengan stereng dan butang panel kereta VW setiap modelnya . Para hadirin boleh menyertai satu ‘contest’iaitu teka teki puzzle untuk mendapatkan hadiah percuma dari VW .Ia satu penyertaan contest yang sangat mudah dengan mendapatkan setiap 1 puzzle di 5 checkpoint yang ditetapkan. Pergi sahaja ke setiap check point VW berkenaan kemudian mendengar penerangan tentang  seperti teknologi terkini kereta VW dari staff mereka . Tapi yang check point paling best ialah “Driving Simulator” menggunakan VW Golf GTI yang telah memenangi Kejuaraan World Rally Championship 2013.Satu kejayaan sempurna oleh VW Motorsports .Ia seperti mesin Daytona, cuma lebih canggih lagi permainannya.Dapatlah menghabiskan satu pusingan di atas track lumba Selain itu jenama Eropah ini memperkenalkan konsep ‘ Think Blue ‘ dalam On Tour ini .Pelawat akan didedahkan lebih banyak maklumat mengenai teknologi kenderaan iaitu penggunaan petrol yang lebih efisien dalam mengurangkan pelepasan karbon .VW yang telah banyak memenangi anugerah Inovatif cuba menerapkan teknologi yang lebih mapan kepada keretanya.Selain itu teknologi keselamatan khas untuk kanak-kanak di mana VW juga mempunyai kerusi keselamatannya dan ISOFIX untuk mereka.Ia benar sekali kerana kebanyakan model VW sekarang telah banyak menerapkan teknologi baru itu .Salah satu aktiviti yang paling ditunggu oleh aku ialah sesi menguji pandu model VW.Ia salah satu syarat bagi mendapatkan 1 puzzle daripada 5 puzzle untuk dicantumkan sepenuhnya .Teringin aku membawa Aqil merasai memandu kereta katak versi moden VW ini .Aku siap beritahu Aqil yang kita akan menaiki The Bettle itu.Aqil sangat menyukai model sebegitu sejak dari kecil lagi.Mungkin kerana rekabentuk yang unik .Dia memang kenal kereta katak itu .Setiap kali kalau terjumpa kereta katak depan matanya , dia berasa teruja dan memberitahu pada aku .Jadi aku mendaftarkan diri dengan mengisi borang yang disediakan oleh mereka .Syarat pandu uji VW ialah pelawat mempunyai lesen memandu yang masih aktif. Namun aku amat hampa kerana VW tidak menyediakan pandu uji model The Bettle .Justeru itu , aku memilih model Polo GTI .Tidak mengapalah ,asalkan boleh merasai nikmat memandu model VW ini.Aku juga ingin membawa bersama isteri dan anak ku yang kecil si Dahlia bersama Aqil .Tapi aku sangat hampa dan kecewa sedikit .Rupanya kanak-kanak kecil seusia Aqil tidak dibenarkan untuk menyertai sesi uji pandu ini .Serba salah juga pada si Aqil ini .Alasannya aku pun tidak ketahui .Lupa pula hendak tanya .Takkan aku hendak pandu uji seorang diri.Jadi aku mengambil keputusan menarik diri dari sesi uji pandu berkenaan walaupun POLO GTI itu sudah berada di depan mataku . Hmm..Bukan rezeki aku lah pada masa ini . Aku cuma mengambil puzzle untuk melengkapkan bahagian Puzzle  sepenuhnya dan mendapatkan ‘Free Gift’ dari VW ini . Walau apapun terima kasih VW On Tour 

VW On Tour di Ayer Keroh Melaka merupakan event terakhir sekali yang berakhir pada hari semalam selepas di adakan di 5 lokasi yang berlainan yang bermula pada 13 Disember lepas .Pada pendapat aku VW On Tour telah membawa satu pengalaman yang mengujakan dengan interaktif dan aktivitinya yang cukup boleh dirasai oleh denyut nadi jantung aku dan juga ramai pengunjungnya .

P/s : Aku bertanyakan kepada Aqil perasannya berjalan .Di jawabnya " Aqil seronok sangat . Da lama tak berjalan-jalan"

Silalah menikmati gambar - gambar ini ye :)













6 comments:

siti rokiah said...

akak pun suka jugak tengok sebab cute je kereta ni tapi harganya memang cantikkkk

Denaihati said...

takze rezeki nak pandu uji, mungkin rezeki untuk miliki agaknya...mudah-mudahan.

teh ramuan said...

anak gadis aku juga suka kereta ni
comel sangat

Mohd Shubhi said...

Minat juga volkswagen ni...tapi tunggu harga dia turun murah sikit..bila lah agaknya!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

hanya mampu melihat kecantikannya.. tapi tak mampu untuk memilikinya buat masa ini..

puteri kasih said...

puteri pun suka tengok..comel je tapi harga je tak comel...hehe