24 December 2013

Masa aku bersekolah rendah dulu ....

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya .Kebanyakan emak bapak budak-budak pun sudah membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka . Sekolah dijangka memulakan sesi persekolahan 2014 pada 1hb Januari 2014 . Yang paling seronok nanti emak bapak yang tahu bahawa anak dia sudah besar panjang dan akan masuk ke darjah 1. Maka akan sedihlah sedikit para ibu-ibu mengenangkan anak yang di jaga selepas dilahirkan telah memasuki alam persekolahan . Pada zaman aku dulu teringat tahun 1989, masa masuk darjah satu , memang emak aku hantarkan aku . Dua , tiga hari rasanya aku melalak sebab enggan masuk kelas dan suruh emak aku duduk temankan aku . Suatu hari tu ayah aku hantar aku ke sekolah , aku ingatkan dia akan temankan aku . Lepas aku salam dia , ayah aku suruh masuk ke dalam sekolah cepat kerana loceng sudah berbunyi . Aku enggan dan suruh ayah aku masuk sekali bersama dengan aku . Tetiba ayah aku naik hangin. Di ambilnya ranting pokok kayu lalu disebatkan terus ke kaki aku . Selepas 2,3 kali kena sebat , aku terus berjalan masuk ke sekolah dengan sedikit "kememe" . Sejak dari kejadian itu , aku terus gagah masuk ke sekolah. Haish , apa pun tak boleh . Masa zaman sekolah rendah , merasa aku pakai seluar pendek sebelum aku memakai seluar panjang pula selepas itu . Masih aku ingat lagi duit saku yang diberikan emak aku ialah ialah 0.50 sen sahaja . Dapatlah beli sepinggan nasi lemak ke , mee hoon ke sebanyak 0.20 sen. Air sirap 0.10 sen , Kuih - muih 0.10 sen . Ada balance 0.10 sen lagi aku beli aiskrim Malaysia sewaktu tunggu bas hendak balik rumah . Kalau zaman sekarang emak bapak bagi 0.50 sen sahaja pada anak-anak untuk duit saku sekolah mereka , lepas lah beli nasi lemak sepinggan sahaja . Aku masih ingat jugak masa waktu rehat aku ada beli mee hoon  dalam plastik air ditebuk lubang di hujung bawah plastik itu untuk dimakan . Aku pun tidak pasti siapa punya penciptaan yang kreatif cara makan sebegitu . Dengan cara makan macam tu , kita boleh makan di mana-mana sahaja di dalam sekolah . Di bawah pokok payung ataupun di dalam kelas . Kemudian minum air paip saja sahaja sebab malas hendak beli air dekat kantin . Masa sekolah rendah , kelengkapan sekolah aku semua emak ayah aku belikan . Aku cuma ikut saja , dan apa yang emah aku pilih aku terima sahaja . Kalau seluar sekolah aku ingat lagi jenama Tony . Jenis seluar cerut sahaja . Macam ala-ala slim fit la orang panggil fesyen sekarang ini . Tapi ada aku kisah dengan semua tu . Maklumlah kita budak berumur 7-12 tahun sebab neuron otak kita belum berkembang sangat lagi. Tapi aku tidak pernah bergaduh masa sekolah rendah sebab aku ni baik sahaja. Emak aku pakaikan aku songkok hitam . Aku tanya kenapa aku kena pakai songkok , dia cakap orang baik memang kena pakai songkok . Heh..heh... Terima kasih ye cakap macam tu kat aku . 

Masa sekolah rendah , setakat duduk di luar kelas , berdiri di atas bangku , muka kena kapur , punggung kena sebat dengan pembaris , dan macam-macam lagi hukuman denda , tak pernah aku hendak report kat emak bapak aku takut kena lempang atau kena bebel dengan emak bapak aku .Pada masa tu pun kita tidak berani melawan kata-kata cikgu . Iyelah , cikgu bagi hukuman sebab kita tidak siapkan kerja sekolah ,buat bising dalam kelas, tidak boleh jawab soalan , bergaduh lagi dan macam lagi kelakuan tidak baik yang kita buat . Tapi aku ingat lagi , ada satu hari cikgu aku hendak merotan aku. Dia dah bagitahu aku hendak rotan aku esok pagi dalam kelas . Pagi sebelum pergi sekolah aku pakai 3 lapis seluar . ( Dalamnya ada 2 seluar kecik lagi lah ) sebagai pelapik untuk tahan sakit bila kena rotan . Lepas aku kena rotan aku buat-buatlah macam sakit sangat , dan berjanji aku tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi . Hanya tuhan sahaja yang tahu aku gelakkan cikgu itu sebab tak sakit pun dia rotan hasil pemikiran aku yang genius pada masa tu . Maafkan saya ye cikgu . Kih3x.

Itu kisah 23 tahun yang lalu . Sebelum zaman millenium lagi . Kini kisah anak-anak sekarang sangat jauh berbeza  Dari segi pendidikan , perbelanjaan , penjagaan , peraturan , perundangan jauh berubah mengikut arus kemajuan zaman sekarang . Kawan-kawan yang  sezaman sekolah dengan aku pun sudah tentu sudah ada anak yang telah bersekolah . Cabaran dalam mendidik para pelajar oleh guru-guru pada masa kini amat mencabar dan kadangkala dicabar oleh sikap pelajar itu sendiri .Jadi bersabarlah wahai cikgu - cikgu sekelian . Anggaplah ia sebagai jihad dan bekalan hari akhirat untuk melihat anak-anak itu menjadi modal insan yang berguna pada bangsa,agama dan negara.

Pada tahun hadapan Aqil akan meningkat umurnya ke 4 tahun . Tapi aku belum bersedia untuk menghantar Aqil ke Taska lagi . Tunggulah dia berumur 5 tahun . Pengenalan pada asas huruf , nombor biarlah aku yang ajar dulu . Sekarang Aqil pun dah boleh kenal nombor dari 1 hingga 10 . Cuma abjad ABCDE  dia sedang belajar mengenalkannya . Apa yang kami lakukan ialah berbual dengan dia dengan sususan ayat yang betul bagi membiasakan dia belajar bercakap dengan ayat yang betul . Jihad kita sebagai emak bapa ialah selagi anak belum berjaya , selagi itu kita kena membimbing merekakan?


P/s : Macam mana dengan kenangan tuan/puan masa disekolah rendah dulu-dulu ye ? :)

Sekadar gambar hiasan 






6 comments:

hafizmd said...

Zaman sekolah rendah meme antara paling best..maklumlah..tak mumayyiz lagi..semua benda nak buat...hahaha

sekrang, saat kita pulak utk didik anak2 kita...bab mengajar asas2 tu..mmg kita kena buat..takleh nak berikan sepenuhnya pada guru2...

moga2 anak2 kita jadi anak soleh solehah...ameen

Unknown said...

tringat zmn sklh rendah dulu..nakal sungguh
part nangis mmg nombor 1

Unknown said...

Lain beza sekolah dulu dgn skrg.. he he..
Anak aku 4tahun aku hntr ke pasti walaupun dah kenal abc dan 123..

Sekadar untuk membiasakan diri dia utk berkawan..

mahmud thalut said...

Assalam
Saya tidak berapa ingat pula bagaimana reaksi saya masa mula - mula bersekolah. Mungkin menangis rasanya. Maklumlah , masih umur kanak - kanak masa itu.

Mizz Aiza said...

teringat kembali zaman mula-mula masuk tadika umur 5 tahun dulu selalu menangis dan meraung tak nak pergi sekolah.. pukul 10 pagi baru masuk kelas.. bila teringat kembali semuanya kelihatan indah..

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian anda.

Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee