27 December 2013

TIPS bekerja pada hari AHAD

Hari ini ialah Jumaat yang terakhir bagi rakyat negeri Johor terutama kakitangan awam sebagai hari bekerja.Pada minggu hadapan , pada tahun hadapan , aku dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk berkejar-kejar untuk melaksanakan solat Jumaat . Begitu juga kanak-kanak mumaiyiz atau belum mumaiyiz terkejar-kejar balik dari sekolah pagi dan bersiap sedia untuk bersekolah petang pula . Begitu juga dengan emak-emak yang bekerja tenang sahaja menguruskan rumah tangga mereka pada hari Jumaat  . Namun , nampak gayanya pihak swasta tidak berganjak untuk mengekalkan hari Jumaat bekerja manakala Sabtu dan Ahad bercuti seperti biasa. Oleh demikian , mana-mana suami isteri yang salah seorang dari mereka bekerja swasta/kerajaan mestilah bawa berbincang untuk apa jua program , urusan apatah lagi ada yang pada hujung minggu balik ke kampung melawat ayahnda dan bonda tercinta . Ada juga yang mengeluh kerana mungkin terpaksa membayar caj lebih kepada pengasuh anak kerana hari Ahad itu bagi pengasuh ialah hari rehat mereka bersama keluarga . 

Ada juga yang bertanya " Macam mana nak bekerja pada hari Ahad, sedangkan memang hari Ahad itu hari cuti . ? Minda kita kenalah reset semula. Masukkan set hari Ahad itu ialah hari bekerja . Ada juga kaki MELODI yang mencadangkan bahawa dibenarkan membuka tv bagi menonton rancangan MELODI di pejabat dari 12.30 tgh hinggalah 01.30 petang . Pukul 02.00 hingga pukul 03.00 program NONA pula . Kalau macam tu aku pun ingin mencadangkan bahawa pukul 08.00 pagi hingga 10.00 pagi menonton program Nasi Lemak Kopi O di Tv 9 pada bos nanti. 

Oleh demikian aku ingin berkongsi tips untuk memulakan bekerja pada hari Ahad tahun 2014 ini .

1. Pastikan baju serta seluar kerja telah di basuh dan di gosok pada hari sebelumnya . 
2. Pastikan kaki bola BPL tidak tidur lewat untuk menonton game Super Sunday kelab kegemaran mereka 
3. Anggap hari Ahad sebagai hari Isnin
4. Bekerja pada hari Ahad tidak akan menghadapi kesesakan lalulintas yang teruk seperti hari biasa .
5. Tanya orang negeri Kelantan ,Kedah dan Terengganu , seronok tak kerja pada hari Ahad .
6. Jangan risau dengan majlis perkahwinan , kerana sudah tentu yang hendak berkahwin terpaksa ubah hari kepada Jumaat atau Sabtu . Jadi anda tidak akan terlepas untuk menghadiri majlis perkahwinan di dalam negeri Johor sahaja

7. Kalau ada rakan anda berkahwin pada hari Ahad di negeri lain , mereka tentu akan faham , ataupun datang sahaja pada hari Sabtu ke rumah mereka . 

Jadi setakat itu sahaja yang aku dapat kongsikan tips ini . Semoga ia memberikan manfaat kepada anda semua ye.

Gambar Sahak by dinblues




3 comments:

MrJocko said...

Dah lama tak kerja pada hari Ahad

tehr said...

seronok kerja hari ahad
seronok cuti hari jumaat

alah bisa tegal biasa

Unknown said...

Sementara nak biasakan diri.. mmg akan mengeluh...