20 December 2013

Tahniah Harimau Muda.Menang Kalah Adat Pertandingan

Harimau Muda telah bermain dengan baik semasa perlawan dengan Garuda Muda Indonesia . Cuma tuah yang tidak menyebelahi pasukan bolasepak kita . Stadium  dalam perlawanan separuh akhir bertemu dengan Indonesia semalam hampir kosong . Cuma yang kelihatan ialah atlit-atlit dalam acara lain samada sedang menunggu acara mereka diadakan atau hanya menunggu kembali ke Malaysia bersama skuad acara yang lain . Terdapat juga penyokong Ultras Malaya yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan bola kita .Kita langsung tidak dapat melihat para penyokong tuan rumah turun memberikan sokongan kepada pasukan yang mereka minati .  Ini kerana pasukan tuan rumah Myanmar telah kalah terlebih dahulu dalam perlawanan kumpulan A dan gagal ke separuh akhir. Mana-mana kejohanan bolasepak pun akan mengalami situasi sama jika pasukan tuan rumah gagal untuk ke peringkat akhir .

Kata dalam Harian Metro pada hari ini Tiada ‘ONG’ untuk menuai emas bola sepak ibu dalam segala pingat sukan Sea ini . Tidak mengapa Dato’. Tahniah diucapkan kepada Dato’ dan juga pemain-pemain. Ini ialah pasukan yang terbaik . Semoga pasukan ini boleh mengisi ruang untuk skuad senior iaitu Harimau Malaya pula. Jaga mutu permainan dan tingkatkan kualiti individu dari semasa ke semasa . Menanti perlawanan untuk pingat gangsa ialah Singapura yang telah tewas dengan Thailand 

2 comments:

Sylarius Yusof said...

Pilihan pemain yang berbakat di Malaysia ni tak begitu meluas sangat. Talent pool kita tidak seperti negara kuasa bola sepak lain. Hal ini terjadi akibat liga kita yang kurang kompetitif berbanding negara-negara Asia lain.

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian anda.

Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee