18 November 2013

Suami Seorang Jururawat , Apa Katanya.

Saya seorang suami kepada seorang jururawat yang bekerja di bidang rawatan dan penjagaan kesihatan seseorang individu yang sakit. Menyulam cinta dan berkahwin dengan seorang jururawat memerlukan seorang lelaki / suami yang mempunyai kefahaman dan memahami tugas seorang jururawat. Di situlah terletak kunci kebahagian rumah tangga. Ramai lelaki yang telah berkahwin dengan jururawat masih lagi dapat mengekalkan kebahagian rumah tangganya. Pekerjaan jururawat merupakan satu profession seperti profesional.Walaupun sesetengah pihak atau individu yang berpandangan sinis atau mengkritik terhadap kualiti mahupun tugasan yang telah dikendalikan oleh seseorang jururawat,sebenarnya mereka ini telah memberikan satu perkhidmatan hospitaliti kepada semua jenis manusia. Tidak kira gender , status , pangkat , keturunan , bangsa atau sebagainya , mereka telah menggunakan kepakaran dalam bidang mereka membantu pesakit pulih dari kecederaan atau kesakitan sepenuhnya. Dalam rutin kehidupan harian saya bersama isteri dan anak-anak, banyak pengalaman yang telah saya pelajari berkaitan tanggungjawab isteri saya kepada masyarakat . Disamping itu , saya belajar menjadi seorang suami dan ayah yang boleh melaksanakan kerja-kerja rumah seharian , seperti menjaga anak , memasak , mengemas , membasuh pakaian , melipat pakaian dan sebagainya. Sebagai seorang ayah juga , saya cuba memberikan kefahaman kepada anak - anak saya mengenai pekerjaan Uminya yang mempunyai jadual kerja mengikut "shift" kerana jururawat mempunyai jadual bekerja pada waktu malam bermula jam 09.00 malam hingga 07.00 pagi keesokan harinya. Maka ,anak saya akan tidur bersama  saya kerana saya memang tidak menghantar anak ke rumah pengasuh kecuali di waktu siang sahaja.

Bebanan Berkahwin Dengan Seorang Jururawat ?

Saya tidak rasa ada bebanan sangat bila berkahwin dengan seorang Jururawat. Pada pandangan saya , mungkin ia sama sahaja bebanan dengan berkahwin dengan seorang wanita yang bekerja di bidang seperti keselamatan seperti Polis , Bomba , Tentera dan sebagainya . Seandainya kita benar-benar memahami pekerjaan isteri kita jururawat itu , sudah tentu kita tidak merasakan ia satu bebanan pada kita. Saya tidak merasakan beban kerana beranggapan apa yang saya laksanakan seperti kerja - kerja rumah ialah ganjaran pahala BESAR bagi saya yang diberikan oleh Allah s.w.t . Mari kita fikirkan inilah yang dikatakan seorang Lelaki / Suami Maskulin bagi isteri kita. Di sini saya kongsikan TIPS menjadi seorang suami yang COOL dan CHILL kepada isteri kita seorang jururawat .

1. Berkongsi Perasaannya.
~ Adakalanya tugasan jururawat ini menduga emosi kerana berhadapan dengan dengan pelbagai jenis ragam manusia semasa dalam tugas. Dan dia ingin luahkan perasannya dan siapa lagi kalau bukan kita sbg suami. Oleh itu suami boleh menunjukkan perasaan simpati dan empati kepadanya Berikan dia kata-kata semangat dan pujukan supaya perasaan dia menjadi tenang semula.Mengambil berat tentang perasaan isteri membuatkan isteri dihargai.

2. Menjadi Pendengar Yang TerBaik
~ Selepas balik dari kerja , di dalam kereta mahupun di rumah , pasti isteri akan bercakap mengenai kerjanya , apa yang berlaku , hal itu , hal ini sama ada kita bertanya ataupun tidak. Bukan apa dia hendak meluahkan perasaannya.Kekecewaan atau kegembiraan dia. Oleh itu , tolong jangan melakukan benda lain semasa dia sedang berbicara dengan kita. Seandainya ada gangguan seperti telefon , biarkan dahulu , atau sekiranya panggilan telefon penting untuk diangkat, minta dia tunggu sekejap , selepas itu minta sambung kembali perbualannya itu. Takkan kita hendak biarkan dia meluahkan perasaannya kepada lelaki lain kan?

3. Hantar & Ambil dari Tempat Kerjanya
~ Pada 2-3 tahun lepas , kebiasaannya saya menghantar dan menjemput isteri dari tempat kerjanya . Selepas itu , dia memandu sendiri ke tempat kerjanya. Sekali - sekala juga saya akan menghantar dan menjemput dia juga semasa saya cuti hujung minggu dan membawa anak-anak sekali. Sedikit sebanyak dapat menghilangkan kepenatan dia.

4. Meraikan Hari Jururawat 
~ Jururawat juga mempunyai Hari Sedunianya iaitu Hari Jururawatnya. Ia di sambut pada 12 Mei setiap tahun bagi memberikan penghargaan kepada jururawat yang telah melaksanakan kerjanya dengan penuh dedikasi. Jadi ucapkanlah Selamat Hari Jururawat kepada isteri kita , jikalau dapat memberikan hadiah kepadanya pun sudah tentu lebih baik cara penghargaannya.

5. Lakukanlah Kerja Rumah
~ Semasa kita bercuti terutama dihujung minggu , jikalau dia kena bekerja , kita uruskan kerja rumah pula. Tiada masalah untuk membuat kerja rumah seperti mencuci pakaian , memasak , menjaga anak dan lain-lain kecuali jikalau kita ada hal lebih penting.Saya rasa sangat berpuas hati walaupun kepenatan melakukan kerja rumah ini dengan ragam anak , memikirkan masak apa , sidai pakaian lagi . Tapi jialau ikhlas dan tidak merungut semuanya akan menjadi OK.

6. Cuti dan Berjalan Melancong
~ Bukan senang isteri dapat cuti pada masa yang suami inginkan. Apatah lagi bila tiba musim perayaan ataupun cuti hujung minggu hari Sabtu dan Ahad. Namun kita boleh membuat perancangan bila hendak bercuti dengan si dia dan anak-anak. Kadang-kadang kita harus mengambil cuti rehat yang majikan peruntukkan pada kita. Bawalah isteri dan anak-anak melancong. Paling tidak pun pergi makan-makan tempat yang popular.

7. Doa 
~ Suami haruslah mendoakan untuk isteri semoga Allah melindungi isteri dari perkara yang tidak baik semasa sedang bekerja .

8. KejutanTelefon / SMS
~ Telefon / SMS ayat Abang cintakan kamu .Kerja baik - baik yer.Ringkas tapi pasti buat isteri tersenyum. sedikit sebanyak menghilangkan stress dia.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan Saya Suami Si Jururawat . Bagi pembaca yang terdiri dari suami jururawat pasti bersetuju dengan saya . Bagi yang tidak , hendak buat macam mana.Bagi pembaca yang ingin berkahwin dengan jururawat , semoga tips ini dapat membantu sedikt sebanyak untuk anda. Bagi yang sudah ada seorang 'awek' Jururawat , kalau tidak boleh berkorban. Baik lupakanlah. :) Carilah yang lain..

7 comments:

mahmud thalut said...

Assalamualaikum. Salam singgah. Salam berkenalan :)

Jururawat karier yang berkomitmen tinggi - yang beristerikan mereka , bertuahlah para suami.

hafizmd said...

Terbaiklah. Seorang suami yang memahami dan menjadi pendengar yg setia mmg benar2 menjadikan isteri rasa bertuah..

tahniah saudara!

Lizz said...

bukan senang nak dapat suami yang boleh faham kerjaya isteri yang tak tentu masa

Mizz Aiza said...

alhamdulillah kerana telah menjadi seorang suami yang baik dan memahammi.. jururawat semestinya tugas yang mulia..

PuteraOhtraBulan said...

Reply to
Mahmud Thalut
hafizmd
Lizz
Mizz Aiza

Terima kasih .kasih sayang datang dari Allah,kuat hubungan dengan Allah , maka kuatlah hubungan isteri anak2x dan kpd semua.

Semoga tuan/puan juga seorang suami/isteri yang hebat juga.

Unknown said...

assalamualaikum..
bukan mudah seorang lelaki yg mahu memahami kerjaya isteri seorang jururawat :)
sy sendri dalam sitiasi yg membingungkan hmm sbb tunang x paham kerjaya saya sebagai jururawat..ape patut saya buat ye???

PuteraOhtraBulan said...

Assalamualaikum Nur Liyana.Cuba anda minta tunang anda dtg ke wad tmpat anda bekerja tnpa pengetahuan anda.Minta dia duduk dalam 1 jam sahaja dan tgk anda membuat kerja rutin seorang jururawat.Minta dia byk membaca artikel ttg tugas seorang jururawat di blog dan sbgnya.Dan apabila sudah bertunang , sudah tentu dia mencintai anda dan boleh memahami pekerjaan anda.