19 November 2013

Si Villa Nabila & Remaja Sekarang

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kes remaja hilang di sebuah rumah yang dikatakan berpenunggu iaitu 'VILLA NABILA' di Danga Bay , Johor Bahru . Umumnya satu Malaysia telah mengetahui tentang kekecohan itu . 

" Ya, Allah semoga anak-remaja ini insaf . Berikanlah taufik hidayah ke dalam hati-hati mereka ini. Tunjukkan mereka ke jalan lurusMU . Ya Allah , bukakanlah juga pintu hati ibu bapa anak remaja ini agar mereka mampu lebih membimbing , menasihati dan memberi contoh yang baik kepada mereka. Jadikanlah kami juga sebagai ibu bapa yang cemerlang " 
Amin Yarabbal Alamin .

Mari kita berdoa untuk mereka dan kepada kita sendiri . Semoga Allah memakbulkan doa kita ini . Ins sha Allah . Dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W " Bahawa zaman remaja adalah zaman gila " .Semua orang pernah melalui pengalaman menjadi sebagai remaja. Bagaimana kelakuan atau karekter anak itu semuanya bermula dari rumah .

Zaman remaja pada masa sekarang tidak macam seperti zaman saya pada hujung 1990an . Dengan perkembangan pesat serta kemajuan teknologi telah membuka gerbang dunia tanpa sempadan ( non geo world ) mahupun info yang sangat meluas. Dengan terma " Dunia tanpa sempadanlah " menyebabkan segala maklumat positif dan negatif di perolehi dihujung jari .Taipkan segala aksara .Beratus ribu yang akan terpapar. Itulah cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa pada zaman millenium.

REMAJA ??
Perubahan hormon dalam badan remaja membuatkan mereka mempunyai sifat kejangkalan . Kejangkalan dari segi maksud , segala apa yang ingin mereka tahu , mereka akan lakukannya . Tanpa memikirkan impak pada diri sendiri . Keinginan untuk mencuba meniru dari sekeliling yang mereka tonton atau perhatikan itulah boleh mendatangkan mudarat atau pun tidak. Seperti sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bawah umur 18 tahun yang memasuki 'Villa Nabila' itu . Berjumpa dengan kawan-kawan pada satu malam untuk minum dan melepak . Hasil ajakan dari kawan yang lain yang dikatakan baru selesai menonton filem "Highland Tower"  pergi ke villa yang dimaksudkan bagi merasai pengalaman seram yang sebenarnya dan ada juga yang ingin bersemuka dengan entiti pula . Syaitan itukan tidak pernah berhenti rehat menyesatkan anak ADAM dan syaitanlah yang sering tertawakan kita .

Pada pandangan saya , remaja-remaja itu tidak boleh disalahkan 100% . Saya yakin selepas ini , ibu bapa remaja berkenaan akan lebih mengambil berat tentang apa jua aktiviti yang mereka sedang lakukan . Maklumlah , jikalau hendak menghantar anak mereka ke kem motivasi , sudah tentu mereka berfikiran panjang untuk keluarkan wang  lebih -lebih lagi di saat ekonomi yang mencengkam , menghimpit kehidupan mereka . Mungkin pihak Jabatan Agama mahupun NGO Dakwah / Usrah boleh membuat satu program sehari bersama remaja-remaja muslim secara percuma . Kerjasama ini boleh dilakukan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan , pihak masjid , persatuan penduduk dan juga agensi swasta .

Penerbit filem pun satu hal . Harapan saya semoga agar lambakan filem seram ( yang tidak berapa seram sekarang ini ) di Malaysia tidak lagi menjadi satu tarikan di panggung wayang untuk kaki wayang . Buatlah filem yang menaikkan semangat ISLAM dan menunjukkan Islamlah agama yang sebenar . Jikalau mahukan anak kita baik , maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu . Doa ibu bapa senjata berkesan untuk membentuk keperibadian anak kita. . Semoga generasi hari ini dapat diasuh dengan betul agar boleh menjadi umat yang kuat pada masa akan datang .

P/s : Ini hanyalah sebuah pendapat , dari pengalaman dan sedikit ilmu yang ada .

7 comments:

Sylarius Yusof said...

Badan-badan dakwah memang menjalankan tugasnya dalam menyampaikan. Tetapi, tekanan dari dalam rumah remaja itu sendiri tidak mampu menjadikan remaja mengambil contoh yang baik.

Manakan mungkin menjadi Muslim yang baik jika di rumah sendiri mendapat contoh yang buruk dari parent akibat desakan ekonomi masa kini yang melampau.

Tambahan pula, faktor kurang kasih sayang dari ibu bapa adalah punca utama anak-anak mudah terjebak ke kancah gejala sosial.

Bila masanya hendak mendapat perhatian parent, jika si ibu dan bapanya sibuk 24 jam mencari harta dunia.

PuteraOhtraBulan said...

Ibubapa + ekonomi..kesan langsung pada anak.
Betul bro.

Eridy said...

Remaja...dalam diri itu sentiasa ada perasaan ingin mencuba yang baru :)

encikarman said...

remaja nih macam2 nak try

Montana said...

pergh..misteri...salam singgah broo....

puteri kasih said...

sikap 'ingin tahu' yang tinggi membuatkan seseorang remaja tu sentiasa ingin mencuba sesuatu. Kena dipantau dan dibimbing oleh ibu bapa khasnya dan masyarat sekeliling amnya.

Fazrol said...

bila remaja mmg camtu...
Cuma tgk dengan sapa dia bercampur...