15 November 2013

Perbezaan Hari Asyura Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Semalam , 10 Muharram , juga di namakan Hari Asyura. Namun Syiah juga turut menyambut Hari Asyura. Penulis kongsikan info mengenai Perbezaan Hari Asyura Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah.

Hari Asyura Ahli Sunnah Wal Jamaah
Menurut tradisi masyarakat Islam , Nabi Muhammad SAW melakukan puasa Asyura sejak di Mekah lagi memandangkan ia merupakan amalan biasa masyarakat tempatan.Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda mendapati kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura ( atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh ).Ketika itu Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajipan kerana Baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa ini telah dijadikan kepada bulan Ramadan setahun kemudiannya. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajipan.

Hari Asyura Syiah
Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi kesyahidan Saidina Hussein.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakan oleh Ahmad al-Kisrawiy : " pada setiap kali Asyura,mereka memperingati kematian Saidina Hussein dengan melakukan perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria. Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang,mengikat tangan dan sebagainya.

Begitulah sedikit info mengenai perbezaan Hari Asyura yang di sambut oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah yang saya petik dari SINAR HARIAN Jumaat 15 November 2013. Semoga info ini menambahkan ilmu pengetahuan kita Muslim

No comments: