27 November 2013

Review Blog Fototeacher.com

Ini pertama kali dalam blog ini , saya membuat ‘review mengenai blog yang menjadi ikutan ramai peminat . Ada beberapa blog yang telah saya senarai pendekkan untuk di jadikan sebagai bahan review. Tapi kali ini saya memilih satu blog mengenai fotografi iaitu Blog Fototeacher.com

Blog fototeacher.com merupakan satu blog kepada mereka mencintai  dunia fotografi. Pengasas blog ini ialah individu yang bernama En. Hasnuddin Abu Samah . Beliau telah  berkecimpung  dalam dunia fotografi  hampir menjangkau 17 tahun lamanya .  En. Hasnuddin Abu Samah juga merupakan usahawan fotografi dan pemilik syarikat Adan Cameraworks , sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan fotografi dan juga videografi sejak tahun 2001 sehingga kini . Kredibiliti dan pengalaman beliau dalam fotografi menyebabkan ramai perseorangan mahupun mereka berkumpulan datang mengadiri kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fototeacher.Com yang juga dikenali Pusat Latihan Fotografi. Beliau juga sebagai tenaga pengajar profesional , ahli panel , penulis jemputan dalam majalah , speaker undangan untuk seminar Wedding Photography dan banyak lagi.Klik di sini bagi melihat biodata penuh beliau.

En. Hasnuddin juga merupakan penulis utama di dalam blog ini. Beliau banyak berkongsi tips dan juga panduan mengenai teknik fotografi , DSLR , SLR , Flash dan sebagainya . Ilmu dan pengalaman beliau di curahkan ke dalam blog ini bagi penggemar fotografi yang menjadikan sekadar hobi ,kerja separuh masa , ataupun sepenuh masa . Saya juga seorang yang meminati fotografi sentiasa mengikuti blog ini bagi mendapatkan tips dan panduan berguna untuk meningkatkan ilmu fotografi saya. Gaya penulisan tips serta panduan fotografi yang telah diberikan sangat mudah difahami.

Fototeacher.com juga menganjurkan kelas latihan fotografi. Antaranya ialah Kursus Asas Fotografi Digital , Bengkel Portable Flash , Asas Photoshop ,Asas Videografi Digital , Fotografi Perkahwinan dan Lanjutan Fotografi melangkaui sehingga ke Sabah dan Sarawak. Banyak syarikat swasta , mahupun agensi kerajaan telah menghantar kakitangan mereka dalam mendalami ilmu kursus fotografi di sini. Saya pernah mengikuti kursus asas fotografi fototeacher.com di Plaza Pheonix Cheras sekitar awal Februari yang lepas selama 1 hari. En. Hasnuddin jugalah yang mengendalikan kelas berkenaan  memberikan ilmu dan tunjuk ajar teori dan praktikal. Kelas itu juga cuma mengendalikan hanya 15-16 pelajar dalam setiap sesi agar mendapatkan keselesaan dan kefahaman yang baik.

Semoga review Blog fototeaher.com ini sedikit sebanyak dapat membantu bloggers mahupun para pembaca yang meminati fotografi  ingin mendapatkan latihan ataupun panduan dalam bidang fotografi  sebagai salah satu pilihan yang terbaik. Yuran yang ditawarkan juga kompetetif seiring dengan ilmu yang di perolehi. 

Muka Selamber Saja. Tapi Ilmu Penuh di dada

Kenangan bersama dengan En. Din

Terdiri kakitangan awam , pesara majistret dan Datin sebagai pelajar kelas latihan fotografi



Untuk maklumat lanjut sila layari blog berkenaan di FOTOTEACHER.COM

1 comment:

Eridy said...

peminat fotografi semua nie kan..hehe