28 November 2013

Teman Akrab saya Ialah..


GENAP HIDUP BERSAMA 5 TAHUN


Tarikh hari ini adalah tarikh penulis diakad nikahkan pada 2008 hari Jumaat lebih kurang jam 05.00 petang dengan  teman suri hidup di dunia dan berharap sampai ke syurga. Ins sha Allah. Dengan di kurniakan sepasang cahaya mata dan bakal menyambut cahaya mata yang ke tiga pada tahun hadapan , banyak perkara yang perlu dikemaskini. Komitmen keluarga bertambah . Perlu berusaha gigih mencari rezeki bagi menambahkan pendapatan . Satu langkah yang terbaik ialah , saya telah mendaftarkan diri di JOB DI RUMAH . Tertarik dengan iklan berkenaan hasil testimoni rakan-rakan bloggers yang telah pun berjaya mendapatkan hasilnya. Masha Allah , kenapalah lambat penulis memasuki arena ini . Yang lain semua sudah jauh ke hadapan . Tidak mengapa , sekali mula melangkah , melangkah maju ke hadapan , jatuh bangun balik , kemaskan langkah ini , pasti berjaya bukan ? 

Terima kasih pada isteri sebagai sahabat akrab , susah senang , sedih gembira , semua perasaan itu dapat dikongsi bersama . Jauh lagi perjalanan hidup dalam rumahtangga ini . Anak-anak dalam proses membesar sekarang ini dan belum mengerti tentang kehidupan.

Temubual Larry King dalam programnya dengan saya pada pagi tadi..


KIH..KIH...KIH







4 comments:

Sukma Haron said...

salam singgah di sini
http://ceritamayapersada.blogspot.com

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5.. semoga diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. :D

Fazrol said...

Tahniah..
Nampaknya sama laa kita anniversary utk tahn ke 5..

Diana Nurul said...

Boleh tau pandangan tuan pasal job di rumah ni? Saya pernah nak join, tapi rasenye kene bayar kan? terus terbatal niat.
http://storyfromummi.blogspot.com/