Ini pertama kali
dalam blog ini , saya membuat ‘review mengenai blog yang menjadi ikutan ramai
peminat . Ada beberapa blog yang telah saya senarai pendekkan untuk di jadikan
sebagai bahan review. Tapi kali ini saya memilih satu blog mengenai fotografi
iaitu Blog Fototeacher.com
Blog fototeacher.com
merupakan satu blog kepada mereka mencintai
dunia fotografi. Pengasas blog ini ialah individu yang bernama En.
Hasnuddin Abu Samah . Beliau telah
berkecimpung dalam dunia fotografi
hampir menjangkau 17 tahun lamanya . En. Hasnuddin Abu Samah juga merupakan usahawan
fotografi dan pemilik syarikat Adan Cameraworks , sebuah syarikat yang
menawarkan perkhidmatan fotografi dan juga videografi sejak tahun 2001 sehingga
kini . Kredibiliti dan pengalaman beliau dalam fotografi menyebabkan ramai
perseorangan mahupun mereka berkumpulan datang mengadiri kursus-kursus yang
ditawarkan oleh Fototeacher.Com yang juga dikenali Pusat Latihan Fotografi.
Beliau juga sebagai tenaga pengajar profesional , ahli panel , penulis jemputan
dalam majalah , speaker undangan untuk seminar Wedding Photography dan banyak
lagi.Klik di sini bagi melihat biodata penuh beliau.
En. Hasnuddin
juga merupakan penulis utama di dalam blog ini. Beliau banyak berkongsi tips dan
juga panduan mengenai teknik fotografi , DSLR , SLR , Flash dan sebagainya .
Ilmu dan pengalaman beliau di curahkan ke dalam blog ini bagi penggemar
fotografi yang menjadikan sekadar hobi ,kerja separuh masa , ataupun sepenuh
masa . Saya juga seorang yang meminati fotografi sentiasa mengikuti blog ini
bagi mendapatkan tips dan panduan berguna untuk meningkatkan ilmu fotografi
saya. Gaya penulisan tips serta panduan fotografi yang telah diberikan sangat
mudah difahami.
Fototeacher.com
juga menganjurkan kelas latihan fotografi. Antaranya ialah Kursus Asas
Fotografi Digital , Bengkel Portable Flash , Asas Photoshop ,Asas Videografi
Digital , Fotografi Perkahwinan dan Lanjutan Fotografi melangkaui sehingga ke
Sabah dan Sarawak. Banyak syarikat swasta , mahupun agensi kerajaan telah
menghantar kakitangan mereka dalam mendalami ilmu kursus fotografi di sini.
Saya pernah mengikuti kursus asas fotografi fototeacher.com di Plaza Pheonix
Cheras sekitar awal Februari yang lepas selama 1 hari. En. Hasnuddin jugalah yang
mengendalikan kelas berkenaan memberikan
ilmu dan tunjuk ajar teori dan praktikal. Kelas itu juga cuma mengendalikan
hanya 15-16 pelajar dalam setiap sesi agar mendapatkan keselesaan dan kefahaman
yang baik.
Semoga review
Blog fototeaher.com ini sedikit sebanyak dapat membantu bloggers mahupun para
pembaca yang meminati fotografi ingin
mendapatkan latihan ataupun panduan dalam bidang fotografi sebagai salah satu pilihan yang terbaik. Yuran
yang ditawarkan juga kompetetif seiring dengan ilmu yang di perolehi.
Muka Selamber Saja. Tapi Ilmu Penuh di dada |
Kenangan bersama dengan En. Din |
Terdiri kakitangan awam , pesara majistret dan Datin sebagai pelajar kelas latihan fotografi |
Untuk maklumat lanjut sila layari blog berkenaan di FOTOTEACHER.COM
1 comment:
peminat fotografi semua nie kan..hehe
Post a Comment