15 November 2013

Boleh Membuat Maksiat Tetapi Dengan Lima ( 5 ) Syarat

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah , kita masih lagi dapat menemui hari Jumaat penghulu bagi segala hari. Semoga kita dapat memanfaatkan segala keistimewaan hari Jumaat yang mulia. Pada hari semalam , saya telah memikirkan ‘posting ‘ apa yang ingin saya nukilankan di dalam blog ini. Oleh kerana hari Jumaat ( hari yang istimewa ) saya mengambil keputusan pada setiap hari Jumaat saya untuk berkongsi sedikit ilmu agama. Jabatan saya sentiasa mengadakan kuliah pada setiap hari Jumaat selama sejam bagi tujuan pengisian rohani dan menambahkan ilmu agama dalam diri kita. Jadi ,saya ingin berkongsi sedikit pada tuan dan puan pembaca blog ini secara ringkasan sahaja. Ins sha Allah .
Kata Ustaz Mohamad bin Hasan

 Boleh Membuat Maksiat Dengan Lima ( 5 ) Syarat
1. Jangan makan sebarang rezeki yang Allah berikan.
2. Jangan tinggal di bumi Allah
3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak
4. Sekiranya engkau ( kita ) dapat minta tangguh kematian daripada Allah s.w.t kerana ingin bertaubat   dahulu
5. Sekiranya engkau ( kita ) dapat menghalang Malaikat Malik Zanabiyah dari mencampakkan kita ke api neraka.

Begitulah sedikit perkongsian dari saya untuk pembaca blog ini. Berikan sedikit masa untuk diri kita terus bermuhasabah dan pesan memesan antara satu sama lain.

2 comments:

Sylarius Yusof said...

Perkara maksiat adalah perkara yang seeloknya perlu dihindarkan kerana ia langsung tidak memberi manfaat kepada umat manusia. Hindari maksiat supaya kita tidak dijauhkan dari rahmat Allah.

PuteraOhtraBulan said...

To Sylarius Yusof
Terima kasih tuan. Saya menghargai nasihat ini.