08 November 2013

Mayat Tidak Reput Setelah Bertahun Dikebumikan

Batu Badak , Segamat . Sebuah tanah perkuburan yang dipindahkan  untuk memberikan laluan kepada projek pembesaran jalan raya Segamat – Jementah –Tangkak kepada empat laluan telah menjadi tumpuan orang ramai setelah tersebarnya penemuan jenazah yang tidak reput
di tanah perkuburan berkenaan.Penulis yang pertama kali berpeluang untuk pergi ke sana turut dapat melihat dengan mata sendiri, jenazah berkenaan masih dalam berkeadaan elok di mana kain kapannya tidak terjejas di mamah bumi. Bukan setakat satu jenazah , malah sehingga pukul 03.00 petang tadi dikhabarkan sebanyak lapan jenazah telah ditemui dalam keadaan baik. Usia jenazah yang dikebumikan semula di kawasan tanah wakaf perkuburan baru Kg. Alai menjangkau 3 – 8 tahun lamanya.Menurut cerita seorang penduduk kampung berdekatan juga sebagai waris bagi beberapa kubur saudara-maranya, kawasan perkuburan lama itu telah diwakafkan pada tahun 1920an. Ini bermakna usia kawasan kubur tersebut telah mencapai 100 tahun lebih. Kerja-kerja pemindahan kubur itu masih berjalan sehingga selesai dan di kawal selia oleh Pejabat Kadi Daerah Segamat.
Begitulah bukti betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t
10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR

Disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :


1). Para Nabi-Nabi

2). Para Ahli Jihad Fisabilillah

3). Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah ALLAH.

4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5). Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7). Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa
TAAT pada perintah ALLAH.

9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.

10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

Sumber :-
https://www.facebook.com/MotivasiDanInspirasiIslam/posts/503824986376483


P/s :Penulis ada terima beberapa gambar jenazah seperti artikel di atas.Namun penulis tidak mahu menerbitkan gambar berkenaan sebagai tanda penghormatan.Tapi penulis boleh berkongsi 2 keping gambar kerja-kerja yang sedang dijalankan yang diambil jam 03.00 petang tadi dalam sedikit masa lagi.Semoga ia memberikan pengajaran dan teladan yang baik untuk kita bersama dan menginsafi serta bermuhasabah untuk diri sendiri.

Al-fatihah 



No comments: