08 November 2013

Ambil Angin Baru Untuk Aktif Berblog Semula

Kemaskini blog yang baru bagi mencari semangat dan jiwa baru untuk menulis semula dalam blog ini.Blog ini masih lagi dalam proses "MAKEOVER"
.Ia semacam mencari satu "stylish yang baru.Bukan semata-mata pada reka letak ataupun designnya.Tapi cuba menterjemahkan penulisan karya yang baru dan maklumat ,info, terkini yang bersesuaian dan juga berdasarkan pada pengalaman hidup penulis sendiri.Blog ini akan cuba menampilkan isi kandungan yang bermanfaat untuk para semua.Penulis akan cuba memastikan catatan mahupun terbitan mengikut bahasa dan ayat yang mudah difahami dan cuba mengelakkan penggunaan bahasa Melayu "pasar".Namun sekiranya ada sesebuah catatan yang banyak menggunakan bahasa Melayu sedemikian , kemungkinan ianya bersesuaian dengan cerita dalam catatan itu ataupun penulis sendiri kurang arif mengenai tatacara penulisan bahasa Melayu yang standard.Dalam keputusan peperiksaan SPM ,keputusan Bahasa Melayu penulis cumalah enam ( 6 ) agregat sahaja.:)

In Sha Allah,berblog dijadikan sebagai satu medium untuk berkongsi info mahupun pengalaman kehidupan sendiri.

Semoga Allah memberikan RAHMAT kepada pembaca dan blogger di luar sana.

No comments: