11 November 2013

Cuti Hari JUMAAT Akan Dikembalikan Pada Rakyat Johor Semula?


Ini ialah satu berita yang mungkin ramai yang menerimanya dengan hati terbuka terutamanya rakyat Johor. Cadangan untuk mengembalikan cuti hujung minggu kepada hari Jumaat merupakan pelaksanaan yang baik. Menurut satu sumber yang dipercayai , kertas kerja telah disediakan oleh Jabatan Mufti Johor. Ia cuma perlu menunggu masa bagi mendapatkan perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Tunku Mahmud Iskandar.

Penulis sangat bersetuju serta memberikan 100% sokongan kepada cadangan ini. Semoga ia menjadi satu kenyataan bagi rakyat Johor dan juga rakyat negeri lain yang tinggal dan bekerja di dalam Johor amnya.Ia akan banyak memberikan banyak manfaat kepada kita yang beragama Islam.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”(HR. Muslim)

Kenapa negeri Kelantan , Kedah dan Terengganu masih mengekalkan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu?



Kita umat Islam wajib melaksanakan solat Jumaat. Namun, kesukaran yang terpaksa dilalui kerana mengejar masa yang sangat singkat. Terpaksa berkejar dan bersesak di atas jalanraya untuk pergi dan kembali dari masjid.Kadang-kadang terlepas pula untuk menunaikan fardhu solat Jumaat juga disebabkan hal-hal yang tidak diingini berlaku. Justeru, IA akan menyebabkan tiada kekhusyukan dan ketenangan dalam melakukan amal ibadat. Tetapi ada pula setengah mereka golongan lelaki yang  tidak solat Jumaat dengan alasan masa yang diberikan oleh majikan sangat terhad. Hanya 2 jam sahaja pelepasan yang diberikan oleh majikan. Benar , penulis pun mengalami perkara yang sama .Tetapi jikalau kita tetapkan istiqamah dan berdisplin dalam menguruskan masa , hal ini ( mengerjakan solat Jumaat ) tidak ada masalah.Tetapi yang lebih rugi ialah mereka lelaki khususnya yang muda mengambil kesempatan untuk tidur lama , membuang masa di shopping kompleks , main bowling dan lain-lain.Ada yang lebih teruk lagi ialah semasa yang lain sedang solat Jumaat , mereka ini berjudi pula iaitu main kad poker.


Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan ibubapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ini membolehkan mereka menunaikan kewajiban di bawah pemerhatian ibu-bapa serta mendapatkan maklumat khutbah yang disampaikan. Jiwa mereka boleh dibentuk melalui isi khutbah dan akhirnya gejala sosial dan jenayah yang sangat meruncing pada hari ini dapat dikawal dengan izin Allah.Selain itu pelbagai aktiviti seperti kelas mengaji,takzirah,ceramah dan sebagainya boleh dilakukan.Sebenarnya sebagai penghulu hari , sungguh banyak kelebihan hari Jumaat yang boleh dihuraikan oleh alim -ulama yang faham.

Cadangan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat yang dilakukan bersempena Tahun Baru 1435 Hijrah ini sudah tentu akan mencatat sejarah dan selari dengan semangat hijrah itu sendiri agar kita berubah demi kebaikan rakyat, negeri dan negara. Cadangan cuti ini sangat memberikan manfaat kepada lebih 2 juta masyarakat Islam di negeri ini.



p/s:Satu lagi keprihatinan kerajaan Negeri Johor dalam menaikkan kedaulatan Islam.

No comments: