09 April 2011

Catatan Dari Wad Peadiatrik 1

Sudah 3 kali anak aku masuk wad.Pada kali ini dia kena demam campak pula.Dahulu semasa usianya menjengah 3 bulan, buat kali pertama anak aku di masukkan wad.Pada masa itu dia demam rindu dengan aku ( kata orang-orang tua dulu ) kerana aku pergi kursus jabatan selama empat hari di Port Dickson pada tahun lepas.Iyelah, sebelum aku pergi ke kursus aku berpesan pada anak aku yang ayahnya ini akan berkursus.Terpaksa tinggalkan Aqil berdua dengan Umi.Jadi semasa hari ke 2 aku sedang dalam kursus, isteriku telah memberitahu yang Aqil tiba-tiba sahaja demam dan menunjukkan ragamnya.Aku berasa risau.Namun isteriku yang seorang jururawat juga tahu apa yang perlu dibuat apabila anak kecil itu demam. Aku berpesan kepadanya jika demamnya masih belum kebah lagi , bawa Aqil ke klinik.Minta bantuan pada kawan untuk membawa dia ke klinik. Bukan isteriku tiada lesen kereta, ada tetapi masih takut lagi untuk membawa kereta.Namum demam Aqil tidak kebah juga walaupun telah di bawa ke klinik sehinggalah aku balik dari kursus, aku terus membawa anak ke klinik kesihatan.Setelah itu doktor pun menyarankan Aqil di masukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan selanjutnya.Jadi itulah kali pertama dia di tahan wad dan hampir 5 hari. Kali ke 2 juga Aqil di masukkan wad kerana demam.Nasib baik 2 hari sahaja.Kata orang demam urat.Baru aku tahu budak kecil pun boleh kena demam urat juga sampai kena berurut.Ketika itu Aqil baru berusia 5 bulan, dia pun telah pandai bergolek-golek, meniarap dan bertarik ke depan.Dia menjadi lasak.Maklumlah bayi lelaki.Mungkin otot-otot badannya masih kecil dan urat-urat pun belum kuat lagi, mungkin itu yang dia kena demam urat.Asal malam sahaja tidak dapat tidur lena.Ada juga orang bagi tahu anak aku ini mungkin nampak makhluk ghaib yang kita orang dewasa ni tidak boleh lihat.Budak-budak kecil ini dalam dunia mereka boleh nampak jin dan syaitan.Tetapi aku tak tahu lah aku sama ada betul ataupun tidak.Jadi ,aku terpaksa mencari ubat cara kampung.Pergi berjumpa dengan orang yang pandai dalam memulihkan semangat akibat terkena gangguan jin dan syaitan ini sambil itu berjumpa dengan mak bidan yang pandai mengurut budak kecil.Aku ikutkan sahajalah.Alhamdulillah,selepas itu anak aku boleh tidur lena sekarang.Kali ini anak kena demam campak pula.Kesian aku tengok dia dan isteri aku.Kecil-kecil lagi dah dimasukkan ‘DRIP’ untuk memasukkan air melalui tiub ke dalam badan.Aqil menangis sebab tidak selesa dengan keadaan begitu.Badan pun dah timbul bintik-bintik merah.Petang semalam aku berikan dia dua sudu air kelapa.Apa lagi mulalah bintik-bintik merah timbul seluruh badan Aqil dengan cepat sekali.Aqil meragam, mungkin sebab badan dia mula pedih dan gatal-gatal.Aqil demam sebab terjangkit dari seorang budak yang kena demam juga semasa dijaga di rumah pengasuh.Anak aku ditempatkan di bilik yang berasingan untuk tujuan langkah pencegahan agar tidak tersebar virus demam itu kepada kanak-kanak dan bayi yang berada di wad tersebut.Jadi tinggallah anak dan isteri aku yang memang menjaga Aqil.Aku merasa kesian dengan isteriku.Selama Aqil tidur di wad,memang  isteriku lah yang akan menjaga anak kami berdua.Mahu tidak aku kesian,kalaulah aku juga dibenarkan menjaga anak aku bersama isteri,sudah tentu boleh aku bergilir menjaga anak jikalau anak aku meragam dan menangis.Tetapi peraturan tetap peraturan.Hanya seorang sahaja dibenarkan menjaga pesakit.Jadi aku terpaksa balik rumah dan tidur seorang diri pada malam ini.Tetapi tidur aku tidak akan lena kerana mesti teringatkan isteri dan anak.Tidak sabar menunggu fajar menyinsing pagi keesokan harinya. “PadaMu Ya Allah,Kau sembuhkan demam anak ku dengan segera serta Kau berilah kekuatan fizikal dan mental isteriku agar dia sabar dalam menjaga anak kami.Aku dan isteri redha dengan ujianMu ini semoga ada hikmah yang baik dalam kehidupan kami sekeluarga.”Ayah sayang kamu Aqil.Buat isteri,kau seorang "Ibu Mithali"

No comments: