10 April 2011

Catatan dari Wad Peadiatrik 2

Badannya berbintik kemerahan tanda campak

Tidur dengan tangan berbalut.Yang kiri pasang drip dan
yang kanan dibalut supaya dia tidak menarik drip itu

Hisap susu botol tetapi mahu susu badan juga

Kesian anak ayah ni

Sempat posing untuk ambil gambar

Posing lagi Aqil

Kelakar posing anak ayah ni
Aku keseorangan lagi di rumah.Sunyi, tiada telatah tawanya , suara mahu pun bunyi dari ‘walker’Aqil.Biasanya pada waktu malam begini aku akan bermain-main dengan dia dan juga memberikan dia untuk menonton video lagu kartun kesukaannya.Doktor Gana tidak membenarkan lagi dia balik kerana panas badannya meningkat pagi tadi.Beliau menasihatkan supaya anak aku tinggal lagi di hospital buat beberapa hari lagi untuk pemantauan yang seterusnya walaupun isteriku merayu untuk pulang dan menjaga Aqil di rumah sahaja.Hari ini masuk hari ke tiga isteri dan anakku bermalam di dalam bilik yang berasingan dengan bayi dan kanak-kanak lain.Petang tadi aku membawakan mainan untuk dia supaya dia tidak bosan.Aku bermain dengan dia,memberikan dia makan dan membuatkan dia ketawa dan ceria.Aku tahu dia tidak sihat tetapi dia aktif seperti kanak-kanak yang lain. Dia tidak mahu duduk atau berbaring diatas katil, sebaliknya diminta untuk didukung oleh isteriku atau aku sendiri.Kami bertiga anak beranak di dalam bilik.Tiada sesiapa yang datang untuk melawat.Maklumlah,ibu ayah ,saudara –mara bukan berada disini.Mujur aku mempunyai mak angkat ( isteri kepada seorang staf yang sama-sama satu kerja dengan aku dan umur hampir sebaya ayah aku ) mengambil berat tentang kami anak beranak.Aku bersyukur dan menghargai perasaan ambil berat keluarga mak angkat aku itu.Allah pun bersama-sama dengan aku serta isteri.Kami redha bersama-sama walaupun kami tidak mahu Aqil di masukkan ke hospital lagi.Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka selalu masuk hospital.Begitu juga kami.Tetapi demi kesihatan anak, terpaksalah juga dia dimasukkan supaya mendapat pemantauan rapi daripada doktor.Ini semua ujian dari Allah, tandanya Allah sayang pada hambaNYA.Allah memberikan ujian ini agar aku dapat bermuhasabah diri dan meminta keampunan di atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan sebelum ini..Allah itu Maha Esa,Maha Agung,Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Allahu Akbar!!Allahu Akbar!!

No comments: