08 April 2011

Dugaan Bercinta

Merangkai kisah cinta yang sempurna memerlukan usaha dan pengorbanan.Dugaan yang datang sedikit sebanyak boleh mengikis benih-benih cinta yang sedang bersemayam dalam hati.Jika anda dan pasangan bijak mengharunginya,hubungan ini pasti akan selamat bahkan semakin teguh.Demi Allah aku telah melaluinya dahulu.Semasa di alam persekolahan lagi aku telah bercinta.10 tahun menyulam  cinta,pelbagai dugaan serta pahit getir yang telah aku lalui ketika bercinta.Namun kuasa Allah benar-benar menjodohkan kepada gadis yang sangat aku cintai.Aku selamat berkahwin dengan gadis itu dan sekarang aku telah mempunyai seorang anak berusia 9 bulan.Aku tidak mahu bercerita bagaimana aku dapat mempertahankan cinta itu sehingga berkahwin.Apa yang patut kamu tahu ialah jenis dugaan terberat yang sering dialami oleh pasangan.Jom mari kita selusuri 8 dugaan yang sebahagiannya pernah aku alami



BEKAS KEKASIH INGIN KEMBALI
Setelah cinta lama menemui titik noktah,dengan sedaya upaya kau ingin melupakannya.Apatah lagi kamu kini sedang berbahagia dengan cinta baru,tiba-tiba kekasih lama kembali menagih cinta anda.Bro/Sis,aku nasihatkan fikirkan semula punca perpisahan itu,tetapi jangan kerana simpati,kau terpaksa mengorbankan cinta baru.Buat pilihan terbaik.

MAHU DIJODOHKAN OLEH KELUARGA
Biarpun zaman semakin moden,namun masih ada segelintir ibubapa mahukan anak mereka dijodohkan dengan pilihan mereka.Mungkin kerana bimbang kamu itu semakin meningkat usia tetapi belum berkahwin.Ada juga ibu bapa tidak yakin dengan pilihan anak itu.Jangan panik dan bersikap bertenang.Penyelesaiannya ada iaitu berbincanglah baik-baik dengan ibu bapa.Pasti mereka boleh memahami dan mengertinya.Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia bukan?

KESIBUKAN KERJA
Mengejar cita-cita kerjaya itu tidak salah.Tetapi pasangan kamu mestilah bersikap “UnderStanding”.Tetapi kesibukan dengan kerjaya boleh membunuh cinta itu walaupun kamu dibawah 1 bumbung kerja yang sama.Luangkanlah masa bersama pasangan anda supaya cinta itu sentiasa mekar dihati.

GODAAN RAKAN SEKERJA
Ini agak sukar kalau mahu mencuba atau dicuba untuk memikat atau terpikat.Kadang-kadang saja-saja aja untuk dijadikan skandal dan sebagainya.Walaubagaimana pun,jikalau sangat sayang dan setia pada pasangan masing-masing,cinta itu tidak akan tergugat.Oleh itu elak sedaya upaya dan sentiasa bersikap professional.Ingat,hubungan kamu dengannya tidak lebih dari sekadar rakan sekerja sahaja.

TERPIKAT KEPADA SAHABAT KEKASIH
Memang ada yang mencari sahabat kekasih untuk meluahkan apa yang terbuku di hati pada saat bermasalah dengan kekasihnya itu.Maka sahabat kepada kekasihnya menjadi tempat mengadu.Elakkan daripada menjadi terlalu rapat jika kamu memilih cara begitu.Takut nanti terpaut hati kepadanya.Atau cari sahaja orang lain yang lebih sesuai untuk meluahkan masalah kamu itu

PENGARUH ALAM SIBER
Kini ramai gemar melayari alam siber untuk chatting,menyertai forum komuniti dan laman sesawang sosial.Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.Memang seronok dapat kenalan ramai tetapi haruslah berwaspada dan ada hadnya.Kemungkinan ia boleh menjadi halangan dan punca keretakan hubungan kamu itu.Jika tidak mahu bermain api,hadkan waktu online kamu.Jujurlah dengan pasangan anda.

TAKUT KOMITEN
Mengapa perlu takut pada komitmen cinta?Hakikatnya sebuah perhubungan serius harus dilandasi dengan sebuah komitmen.Namun kebanyakan pasangan sukar berpegang teguh kepada komitmen.Malah ada hubungan yang berlangsung tanpa sebarang komitmen.Oleh itu keengganan untuk berkomitmen dalam perhubungan sudah pasti menimbulkan sebarang spekulasi.

CINTA JARAK JAUH
Kebiasaannya,faktor jarak tidak akan menjamin keberhasilan cinta bagi setiap pasangan.Dekat mahupun jauh bergantung kepada kesetiaan dan kejujuran pasangan masing-masing.Namun cinta jarak jauh seringkali mengalami masalah kerana ia boleh memisahkan anda dengan kekasih secara fizikal dan mental.Jika kamu dan pasangan memilih untuk meneruskan hubungan jarak jauh,bersedialah menghadapi pelbagai dugaan contohnya rasa kesepian.Elak mencipta kesempatan untuk melakukan kecurangan.sentiasa berkomunikasi dengan si dia kerana itu adalah jalan terbaik.

Sumber: Maskulin Jan 2010

No comments: