27 March 2011

Hadiah buat anak.


Alhamdulillah.Segala Limpah Kurnia Yang telah Allah berikan kepada penulis dan sekeluarga.Allah masih lagi memberikan tubuh badan yang sihat untuk melunaskan segala tanggungjawab apatah lagi sebagai ketua keluarga kepada isteri dan seorang cahaya mata lelaki.Memang penulis sudah lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini.Sebenarnya penulis sentiasa memikirkan apakah yang perlu dipaparkan untuk tatapan bacaan pembaca.Penulis tiada kelebihan di dalam bidang penulisan.Walau bagaimanapun,semasa di alam persekolahan menengah,penulis biasa meluahkan isi hati di dalam diari.Perkara atau pengalaman yang di lalui di alam remaja dahulu.Itulah minat yang terhenti setakat itu sahaja selepas menamatkan alam persekolahan.Sekarang minat itu datang sekejap-sekejap sahaja.Tetapi untuk malam ini,penulis rasa ringan sahaja jari-jemari ini untuk menaip aksara QWERT ini.
Sudah lama tidak menulis tentang “ sang hero”,Muhammad Aqil Zahwan.Anak penulis yang pertama ini sudah menginjak ke 9 bulan umurnya.dia sudah besar.Dia telah melakukan perkara yang sepatutnya dibuat oleh seorang anak kecil di peringkat usianya.Alhamdulillah.Amanah dari Allah ini akan penulis dan isteri memberikan segala yan g terbaik kepada dirinya.Penulis mengerti juga dan bersedia untuk mengajar dan membimbingnya supaya dia mengenali PenciptaNya dan memberikan pendidikan agama yang lebih daripada perkara yang lain agar dia mampu menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya.Rasanya begitulah semua harapan dan impian ibu bapa di seluruh dunia.Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada penulis dan isteri ke jalan yang lurus dan benar,diberikan taufik hidayah agar perjalanan hidup ini diberikan keberkatan dan keredhaan.Pada pendapat penulis,cabaran dunia pada zaman ini untuk mendidik anak agar tidak tersasar jalannya bukanlah sesuatu yang sangat mudah.Dunia globalisasi ,segala maklumat hanya dihujung jari baik perkara positif mahupun negatif bukanlah sesuatu yang mudah juga untuk ditapisi.
Penulis menghadiahkan anak iaitu melawat Zoo Johor pada hari Sabtu lepas.Tujuannya ialah memperkenalkan binatang-binatang kepadanya yang selama ini dia hanya menonton di saluran “National Geografic” seperti burung-burung,ular,rusa,harimau,singa ,harimau dan gajah.Zoo Johor merupakan satu-satunya zoo di Malaysia yang terletak di bawah pentadbiran negeri Johor.Pada asalnya ia dipanggil “kebun binatang” kerana ia adalah milik sultan Johor terdahulu iaitu Sultan Ibrahim pada tahun 1928.Merupakan zoo yang dibuka pertama di Asia dan merupakan zoo yang paling tertua sekali.Walau bagaimanapun,binatang-binatangnya tidaklah sebanyak di Zoo Negara atau di Zoo Melaka.Bayaran masuk cumalah RM 3.00 dewasa dan percuma kepada kanak-kanak.Jadi ia merupakan tempat yang sesuai membawa keluarga terutama kanak-kanak agar mereka kenal dan sayang pada binatang tersebut.Melihat telatah Aqil Zahwan yang pertama kali masuk zoo sangat mengujakan.mana tidaknya,pada mula-mula dia berasa takut apabila memandang binatang-binatang yang pertama kali bagi diri dia.Asal dekatkan sahaja pada binatang tersebut,dia mula meronta tidak mahu dekatinya.Akhir sekali sebelum balik sempat juga menonton pertunjukan dua ekor burung kakak tua yang bernama “Tom & Jery.Ia sangat kelakar.









*Minggu depan,ingin membawa isteri ke Cameron Highland semperna HariLahir nya yang ke ….semoga Allah memakbulkan harapan penulis.

No comments: