30 March 2011

Membaca itukan suatu nikmat


Kegemaran aku ialah membaca.Tetapi tidak lah sangat membaca.Ia boleh menjadi kadang-kadang atau jarang-jarang.Namun sedemikian, hampir setiap hari aku akan membeli suratkhabar –KOSMO-.RM 1 sahaja.Rugi jikalau tidak membelinya.Bahan bacaan yang kompak tapi padat dengan berita semasa.Sekurang-kurangnya aku tidak akan ketinggalan untuk mengetahui peristiwa semasa atau sesuatu isu yang berlaku baik di dalam negara mahupun di luar sana.Tabiat aku membaca suratkhabar  mesti membaca dari mukasurat belakang terlebih dahulu.Baca berita berkaitan sukan terutama bola sepak.Kemudian barulah berita yang lain sehinggalah ke mukasurat hadapan.Setiap bulan aku akan membeli sebuah majalah khusus untuk kaum ADAM iaitu MASKULIN.Kemungkinan sudah masuk tahun ke 5 aku tidak ketinggalan untuk membelinya.Bagi aku satu majalah yang memaparkan tentang semua berkaitan lelaki.Ia banyak memaparkan tentang Gaya,Pemakanan,Kesihatan,Fesyen dan sebagainya.Banyak juga tips atau faedah  -up to date- yang diperolehi.Selain itu aku juga suka membaca -SOLUSI-.Sebuah majalah ISLAMIK yang dapat membantu kita memperbaiki sifat dan sikap.Memberikan rasa keinsafan.Satu  majalah yang berkonsepkan Dunia ini adalah bekalan untuk akhirat.Ia bukan setakat memberikan panduan Fardhu Ain mahupun Fardhu Kifayah malahan ia merangkumi aspek kehidupan.Hampir 4 bulan aku melanggan majalah ini dan sangat  bagus kerana membantu aku untuk berhijrah kepada kehidupan yang lebih elok lagi.Mengaturkan semula langkah dalam setiap inci perjalanan kehidupan yang penuh cabaran.Semoga Allah memperkuatkan pegangan dan imanku  yang masih senipis kulit bawang.
Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli bacaan keibubapaan seperti Pa&Ma.Aku telah mula membeli majalah tersebut sewaktu isteriku mengandung.Pa&Ma sebuah majalah yang sesuai untuk suami isteri yang bakal menjadi ibubapa dan sebagai persediaan untuk menimang cahaya mata.Majalah ini memang banyak memberikan panduan khususnya berkaitan bayi,kanak-kanak dan ibubapa.Tetapi sekejap sahaja aku melanggannya selepas isteriku melahirkan Muhammad Aqil Zahwan.Hampir setiap bulan mungkin aku akan membelanjakan wang dalam RM 40-50 untuk membeli bahan bacaan.Namun pada dua minggu lepas hendak dijadikan cerita,sekumpulan ejen buku telah datang ke pejabat untuk memperkenalkan sebuah buku berjilid.Tajuk buku itu ialah MUTIARA IHYA ULUMUDDIN IMAM AL-Ghazali.Mempunyai  5 buah buku dan pada setiap buku itu terdapat 10 bab yang berlainan dan ada 27 bab kesemuanya.Pada mulanya aku tidak mengendahkan sangat akan buku itu.Namun, setelah mendengar penerangan dari seorang penjual buku tersebut,hati aku tertarik.Keinginan membeli itu ada tetapi buku itu sangat mahal.Harganya RM 390.Itupun dapat diskaun jadi RM 350.Hati aku berbelah bagi.Hendak beli atau tidak.Duit tidak cukup tetapi boleh bayar deposit berapa yang mampu dahulu.Memang aku rasa sangat berbelah bagi.RM 350 , bukan sedikit jumlahnya itu.Boleh beli bermacam-macam barang lain.Tetapi aku kuatkan hati ini juga.Pinjam dari sahabat sedikit duit sebagai deposit untuk memiliki buku itu.Aku memujuk hati supaya tidak berasa kesal kerana apa yang aku fikirkan inilah ilmu pengetahuan yang ditinggalkan oleh ulama tersohor yang telah menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah beribu tahun lamanya.Aku memujuk hati ini bahawa pembelian buku ini bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana ia tiada susut nilai dan juga boleh dikongsi bersama orang lain agar sama-sama mendapat kebaikan darinya.Ia juga boleh diwarisi kepada anak-anak aku.Lama juga aku memujuk hati ini.Kalau spotrim kereta sampai beribu ringgit berhabis,mengapa hendak membeli buku yang tidak ternilai ilmu pengetahuannya sangat berat untuk mengeluarkan sedikit duit?Alhamdulillah hati aku berasa lega sekarang inidan baki pembelian buku tersebut telah diselesaikan.Itulah pembelian buku yang paling mahal aku beli.Semoga aku tidak mensia-siakan dan semoga  aku dapat membaca buku itu setiap masa sehinggalah habis bab terakhir walaupun sedikit demit sediki bacaannya.Berbalik sedikit majalah ISLAMIK iaitu –SOLUSI-,dulu ibu bapaku membeli majalah Al-ISLAM.Bahan bacaan menarik tetapi adakalanya berat juga.Walau apa pun apa bahan bacaan sekalipun yang dibaca biarlah ianya menambahkan nilai diri dan pengetahuan yang baik.Rasanya tidak perlu membeli majalah hiburan sebagai contoh kerana ia kosong.Sekarang aku membeli  buku kanak-kanak untuk Aqil pula.Biar dari kecil disemai dengan bahan bacaan supaya mampu menarik minat anakku ini membaca.Lebih banyak membaca dari ayahnya sendiri.
p/s:Hendak membeli buku Dr. In The House karya Tun Dr. Mahathir pula.RM 100 tetapi tidak mengapalah.Hendak tahu juga cerita kontroversi dari Tun.



No comments: