15 February 2011

Kisah seorang cikgu di dalam hidup aku


“Hello , Assalamualaikum tuan hj.”Kedengaran suara seperti biasa aku mendengarnya di gagang  telefon. “ Waalaikummussalam,iyer siapa tu”.Aku tidak berapa pasti akan suara itu.Siapa pulak yer. “Alamak,apa lah kau ni.Takkan member lama tak kenal kot”.Kedengaran serius percakapan individu tersebut.Kepala otak aku jadi jem kejap.Maklumlah tengah ngeteh dan pekena gorang pisang.Tetiba mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali.Pulak kata member lama tu. “Aisey , tak camlah suara siapa ini”.Aku berterus-terang. “Ini tuan hj Syarani lah.”Huh.itulah suara sahabat lama yg dikenali sbg cikgu Syarani dahulu.Inilah hikmahnya yang aku dapat apabila masih lagi berhubungan dengan cikgu yang mengajar kita dahulu.Walaupun aku sudah meninggalkan sekolah hampir 12 tahun lamanya.Aku dengan cikgu syarani tidak pernah miss berhubung bertanya khabar setiap tahun.Sekali-sekala kalau free aku dengan dia ngeteh sama-sama di Segamat.Iyer.Cikgu Matematik yang mengajar aku masa di tingkatan 5.Dialah orang yang berjaya membuatkan aku faham mengenai subjek Matematik.Kih..kih..kih..Kelakar dan lawak mengenangkan time dia mengajar.Penuh serius dia mengajar.Cara dan style dia ketika mengajar membuatkan aku terikut style dia pada masa sekarang ini apabila kalau aku kena “public speaking”.Boleh dikatakan sebagai idola.Banyak jenis ilmu yang aku dapat daripada orang tua ni yang suka hisap rokok Benson walaupun dia ni kerap kali masuk hospital dan IJN.Daripada ilmu kehidupan,rumah tangga sehinggalah pernah sekali dia mengijazahkan aku satu ilmu akhirat.Itu yang palinh aku tidak lupakan.Jadi dipendekkan cerita,rupanya ada satu business baru yang dia ingin kongsikan dengan aku.Bayangkan pada hari semalam dia sanggup turun Pontian bersama “Mem” besar dan anaknya yang dipanggil “ANAK” semata-mata untuk menerangkan business yang sedang dia buat bersama dengan testimoni yang sebenar.Aku sangat terharu dan menghargainya.Dia memberikan kepercayaan kepada aku.Kata dia “Kita ni kerja makan gaji,sampai bila pun tak boleh kaya.Kita nak kaya kumpul harta sebab kita boleh berikan derma yang banyak kepada orang yang memerlukan.Kau tak nak ke Azrin ada orang ajak kau bukak Madrasah?”Kebenaran itu ada.Aku cuma mengangguk tanda setuju. “Aku dah kaji setahun setengah,benda ni memang boleh jana pendapatan sampingan kita.Kalau betul2x buat,setakat gaji kau 5 angka boleh dapat tiap bulan.Yang penting kena usaha lebih.Kau mesti ada impian nak pakai kereta dan mempunyai rumah idaman sendirikan?Aku setuju.Iyer aku mempunyai impian di dalam hidup. “Mana ada kerja yang senang terus jadi senang.Kita kerja kuat tapi bijak.Susah dulu,lama-lama2x senang itu akan datang.Aku nak kau jadi “Pioneer” business di Pontian ini sebab tiada orang yang buat lagi.”Kata-kata itu membuatkan aku bersedia dan teruja. “Saya tiada hal”.Aku on aja.Well….soalnya adakah aku bersedia untuk keluar dari zon selesa pada masa sekarang ini?Ya Allah.berikan hambaMu ini petunjuk kebenaranMu agar aku tidak mudah patah semangat.Terima kasih cikgu memberikan saya rod pancing yang mahal untuk saya pancing ikan.Mudah-mudahan plan kita akan berjaya.Chaiiiyookkkk………………..

No comments: